NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Sunday, August 26, 2012

IKTIBAR

Salam

MERINDUI KAABAH DAN TANAH SUCI ADALAH SATU FITRAH

Ahad 26 Ogos 2012/8 Syawal 1433H

DESTINASI PERTAMA MENJADI TETAMU ALLAH: MASJID NABAWI MADINATUL MUNAWARAH

Sebaik saja rombongan jemaah Umrah mendarat di KLIA pada jam 2.15 petang Sabtu 25 Ogos setelah bermusafir 47 hari mulai 10 Julai 2012 kami menunaikan solat syukur dan jama' Zohor/ Asar di surau KLIA. Terasa perbezaan suasana di perantauan dengan negara sendiri. Kebersihan, kecekapan dan persekitaran yang tenang, kurang kalut dan ketiadaan suara jeritan manusia amat ketara.

Keadaan bilik air tidak kedengaran ketukan pengguna tegar yang mahukan bilik air segera dikosongkan untuk kepentingannya. Kadang-kadang saya tersenyum sendiri megapa bilik air di sekitar Masjidilharam kalut sekali sedangkan beratus bilik air masih kosong. Jawapan yang saya nampak ialah mereka mahukan apa yang di depan mata. Mereka kurang yakin untuk mencari habuan yang lebih baik di tempat yang jauh daripada di hadapan mata. Mereka bersikap ingin memiliki sesuatu yang ada di tangan orang lain. Iktibar yang kita dapat  ialah kita hendaklah meyakini apa yang ada di sisi Allah,bukan yang ada di tangan makhluk lain kerana apa yang ada di sisi Allah adalah lebih berharga dan lebih kekal.

Sudah begitu lama tidak menulis saya tercari-cari tema. Satu yang pasti ialah IKTIBAR yang banyak saya kutip hasil renungan insiden yang berlaku sepanjang musafir semoga menjadi panduan dan rujukan kepada siapa yang berminat.

'BERSYUKUR MENJADI TETAMU ALLAH' begitulah tagline syarikat yang menganjurkan pakej Umrah termurah dan terlama di tanah suci Mekah dan Madinah tahun ini. Saya suka tema tersebut kerna sifat syukur datang dari jiwa yang faqirkan rahmat dan pertolongan Allah. Sejak awal saya memanjatkan doa agar Allah memberi rahmat kepada rombongan kami, memudahkan urusan, meredhoi, mengampuni dosa kami, memberkatkan pertemuan kami serta menerima ibadah umrah kami. Itu zikir saya sepanjang musafir dan alhamdulillah semuanya berjalan lancar.

Ketibaan di rumah saya dan suami di sambut meriah 10 cucu, anak menantu dan adik beradik yang menginap di Shah Alam.Sayunya menjijak semula kaki di rumah yang lama di tinggalkan tak dapat di bayangkan, hanya titis air mata bersuara deras. Terhidang di atas meja juadah hari raya, ketupat rendang, sambal dan lontong. Anak cucu memang merancang meraikan kami, alhamdulillah. Sepanjang malam kami bersembang setelah solat bersama. Lewat malam itu salah seorang anak terpaksa pulang ke Simpang Rengam untuk persiapan persekolahan anak-anak.

Doa memohon rahmat dan kemudah terus di lorongkan Allah kerana awal pagi Ahad suami saya mengadu tidak dapat buang air kecil walau setitis! Perutnya rasa senak dan sukar berdiri tegak. Kami sempurnakan solat Subuh dan terus ke KPJ Specialist Centre seksyen 20 Shah Alam. Ya Allah jika insiden ini berlaku di Mekah atau dalam transit penerbangan alangkah sukarnya kami? Aku bermuanjat syukur dalam cemas menghadapi keadaan yang ditaqdir Allah begitu sempurna sekali, elok-elok saja kami tiba di tempat sendiri ia terjadi. Iktibarnya ialah doa sebagai senjata mukmin...jangan sekali-kali kita lupa memohon doa agar Allah elakkan kita daripada sebarang musibah yang Allah tahu kita manusia tak tertanggung memikulnya.

Waktu menulis ini suami saya berada di wad suite Pusat Perubatan KPJ Shah Alam sehingga keadaan prostate dapat dipulihkan. Kemungkinan juga akan di buat minor operation agar prostate tidak menggangu sistem membuang air kecil. Rekod menunjukkan dalam tahun 2007 pihak KPJ pernah menganalisa keadaan prostate namun tidak ada tindakan susulan di lakukan suami saya sehinggalah awal pagi ini. Iktibarnya ialah jangan sekali-kali meremehkan nasihat kesihatan yang di beri Doktor Pakar kerana mereka berpengalaman dalam bidang yang mereka ceburi.
 SUAMI DAN ANAK SAUDARA SAYA SIHAT SEPANJANG UMRAH

1 comment:

  1. Salam. Terubat sedikit rasa rindu bila membaca entry. Terima kasih berkongsi pengalaman. Tulislah lagi. Belum puas mendengari. Semoga Datuk cepar pulih.

    ReplyDelete