NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Tuesday, June 26, 2012

QGDP (QURANIC GENERATION DEVELOPMENT PROGRAM)

Salam

Ahad 24 Jun 2012/ 4 Syaaban 1433H tarikh kemenangan Dr Muhammad Mursi sebagai Presiden baru Mesir. Mabruk (tahniah) rakyat Mesir kerana jihad ikhlas anda puluhan tahun menghasilkan natijah yang di doakan seluruh umat lslam insyaAllah.
Dr Muhammad Mursi, pemimpin negara ke-2 dalam dunia moden kini yang menghafal 30 juzuk Al-quran selepas Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyah.

The final results

Turnout: 26,420,763 (51 per cent)
Invalidated votes: 843,252
Morsi: 13,230,131 votes (51.7 per cent of valid votes)
Shafiq: 12,347,380 votes

 Saya petik sebahagian rencana mengenai kemenangan rakyat Mesir seperti berikut:

"Di sebalik kemenangan Ikhwan Muslimin, kita melihat kemenangan itu bukan di raih hanya disebabkan kepakaran strategi politik semata-mata, tetapi pimpinan serta ahlinya SANGAT PEMURAH MASANYA DENGAN ALLAH SWT dalam perjuangan mereka. Melihat kepada anggota Majlis Parlimen Mesir sekarang terhimpun di dalamnya, lebih dari 140 ORANG HAFAL AL-QURAN, Lebih dari 100 orang HAFAL DAN MENGUASAI 10.000 HADIS. Lebih dari 180 orang HAFAL SEPARUH AL-QURAN. Lebih dari 170 orang bergelar DOKTOR PAKAR dari pelbagai bidang dan disiplin ilmu. Lebih dari 50 orang TIDAK MEMILIKI KERETA PERIBADI ,lebih 350 orang adalah BEKAS TAHANAN POLITIK berkisar 6-10 tahun penjara dan 4 orang WANITA yang bertudung kemas"

MasyaAllah...sungguh hebat nilai peribadi barisan pemimpin Mesir dan saya mendoakan Allah berkati pemerintahan mereka. Jom kita lihat nilai barisan kabinet negara kita? Di sisi Allah saya malu mengaku yang saya ini warga negara lslam Malaysia. Ramai yang kemaruk keduniaan tanpa batas, malas cakaplah nanti jadi gunjingan pula.




SEBAHAGIAN TEAM IHES PRA SEKOLAH






PERHIMPUNAN HIJAU DI MALAYSIA


Soalannya apa peranan kita selaku rakyat yang peka seperti rakyat di Mesir? Perlukah kita mengujudkan Tahrir Square di dataran Merdeka seperti BERSIH berhari-hari? Saya yakin rakyat Malaysia yang mendahulukan keamanan dan ketenangan tidak mampu bertahan. Di fahamkan di Tahrir Square mereka amat berakhlak dan sentiasa ingat mengingati agar tidak serabut dan membuat kacau.Solat di jalankan dengan teratur dan di fahamkan juga mereka ada kumpulan yang bergilir ganti memenuhi Tahrir Square dengan penuh komitmen. Saya menjangkakan satu generasi lagi mungkin kita dapat membentuk peribadi yang sama di Malaysia insyaAllah.


PROGRAM DI MULAKAN DENGAN AYAT ALQURAN SURAH AZ-ZUMAR MENGAJAK MASUK SYURGA BEROMBONGAN BUKAN SENDIRI-SENDIRI

Ke arah itu saya dan teman serta beberapa orang adik beradik komit untuk mengujudkan sistem yang di panggil QGDP dalam Bahasa Melayunya Program Pembangunan Generasi AlQuran.  QGDP di asaskan di bawah pakej IHES (Integrated and Holistic Education System) kini dikendalikan secara profesional di Sekolah Islam Adni dan cawangan serta associatenya termasuk SituWangi Boarding School Garut Indonesia.  Memandangkan Sekolah Islam Adni memulakan langkah daripada Hadhonah (nuseri) dan pra sekolah kami rasa bertuah dapat melawat dan menjadi tetamu sekolah tersebut pada hari Jumaat 22 Jun baru-baru ini untuk mendengar sendiri daripada Pak Hasni konsep dan falsafah IHES dan QGDP.

Sebuah pembelajaran dan pengalaman yang amat panjang jika ingin menguasai pakej IHES dan QGDP, namun hasratnya kami ingin seramai mungkin anak-anak umat lslam merasai nikmat 'bergelumang' (immersion) dalam menghayati kebesaran Allah melalui penguasaan AlQuran.

GAMBARAN SEBUAH KELAS PRA SEKOLAH YANG DI PIMPIN SEORANG MUROBBI DAN PEMBANTU


Dalam sebuah kelas QGDP di Sekolah Islam Adni anak-anak serendah umur 4 tahun sedang maenghafal surah AlBuruj (gugusan Bintang). MasyaAllah,kemudian mereka dijelaskan maknanya dalam pelbagai bentuk cerita, VCD dan persembahan. Terpulang kepada guru dan pembantu berkreatif membawa hati anak-anak kepangkuan kebenaran yang terpampang di depan mata kita semua,masalahnya ramai yang tidak nampak dan mengambil mudah kebesaran tersebut.  

PEMBELAJARAN YANG SENTIASA MENJURUS UNTUK MEMBESARKAN ALLAH

DIDOAKAN IHES TANGKAK AKAN MANTAP BERSAMA TOKOH-TOKOH YANG KOMITED

Kami akur betapa sukarnya melahirkan murobbi IHES dan QGDP ke tahap saya mengesyurkan kita mengujudkan 'Mobile Murobbi' untuk membantu mana-mana pihak yang berminat. Buat masa ini kami akan fokus untuk membantu pra sekolah AlHuda Subur Fitrah di Tangkak Johor dan akan mengadakan lawatan pertama awal bulan Julai insyaAllah. Betapa tidaknya kami ingin melebarkan pengaruh QGDP kerana di kota sebesar KL kos dan yuran menyertai sekolah istimewa ini antara RM700-RM1.500 sebulan. Pak Hasni menyatakan Sekolah Adni bukan sekolah elit atau untuk orang berada sahaja tetapi pakejnya memerlukan sepenuh komitmen dan kos membiayai latihan guru serta persiapan bahan amat tinggi. Namun katanya ia pelaburan yang amat menakjubkan kerana selepas 15 tahun lahir anak-anakyang bukan sahaja mampu menghafal alQuran tetapi  dengan izin Allah mampu menguasai 7 bahasa, memperolehi Ph D dan menjadi khalifah umat insyaAllah. Dan...nilai di akhirat sebagai anak yang soleh TIDAK TERBATAS... maksudnya bukan jaminan tetapi proses yang perlu dilalui anak-anak menyebabkan mereka akan merasa terpanggil dengan semua arahan alQuran.

 

 KENANGAN DI SEKOLAH ISLAM ADNI TAMAN MELAWATI

Setakat ini dahulu,saya akan sambung bercerita tentang QGDP jika ada kesempatan,insyaAllah. 

No comments:

Post a Comment