NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Sunday, August 26, 2012

IKTIBAR 2

Salam Aidilfitri

Ahad 26 Ogos 2012/8 Syawal 1433H

IBADAH UMRAH TERMASUK SAIE MESTI ADA KESABARAN YANG TINGGI UNTUK MEYEMPURNAKANNYA

Cadangan ingin meneruskan puasa sunat Syawal yang di mulakan di tanah suci Mekah terpaksa ditangguhkan kerana suami saya masih dalam rawatan dipusat perubatan KPJ Shah Alam. Tak sangka tahun ini kami menyambut sebahagian tetamu berhariraya di hospital. Ramai saudara mara kedua belah pihak keluarga saya dan suami datang berziarah. Namun sebelah malam kami dapat berehat lama dan saya mengucap syukur hikmah rawatan di KPJ ini saya berada dalam suasana hotel lima bintang! yalah setelah hampir dua bulan di 'sudutkan' di penginapan pakej umrah yang 'haru' juga pada pandangan saya jika di nilai seadilnya.

BERINTERAKSI DENGAN ORANG ARAB TIDAK SEMESTINYA MENIRU PERANGAI ORANG ARAB KECUALI AKHLAK ISLAM YANG DI BAWA RASULULLAH SAW


Tanpa berburuk sangka kepada pihak penganjur pakej umrah yang saya sertai saya sebenarnya meyokong hasrat Pengurus syarikat yang ingin membantu lebih ramai umat lslam mampu mengunjungi tanah suci Mekah Madinah. la serupa konsep 'everybody can fly' tagline AirAsia dan saya yakin AirAsia telah berjaya mengkotakan hasratnya.

DI KLIA SEBELUM MEMULAKAN UMRAH BERSAMA USTAZAH DAN TEMAN-TEMAN

Berbeza dengan keberadaan umat lslam di dua kota suci kerana melakukan ibadah, ia bukan sekadar 'berada' di sana. Pakej ibadah ada unsur syumul, sempurna dan menyeluruh. lktibar yang saya ingin kongsi dalam blog ini ialah untuk memurnikan cara fikir umat lslam di Malaysia mengapa mereka mesti bersedia dari segi ilmu ketika berada di kedua tanah suci Mekah Madinah supaya memahami apa maksud ibadah umrah sebenarnya. Saya bimbang jika di biarkan keadaan yang berlaku tanpa muhassabah ia akan terus menjadi 'budaya' yang disanggupi dan jadilah apa yang berlaku kepada jemaah umrah negara-negara Indo-Pak (termasuk Bengladesh, Paksitan India, Srilanka,Maldive dll) yang melemparkan diri mereka ke tahap sub standard, memakai konsep zuhud yang keliru, meludah, melepak dan makan minum sesukanya. ATAU sebaliknya saya juga tidak mahu jemaah umrah Malaysia menjadikan pakej mereka sebagai tanda aras simbol status, semakin mahal pakej semakin tinggi status dan kesombongan!


TRANSIT DI COLOMBO SRILANKA DALAM PERJALANAN KE JEDDAH




Ibadah Umrah merupakan antara pilihan ibadah mengingati dan menghampirkan diri kepada Allah. Keadaan orang yang ingatkan Allah hendaklah tenang, selesa, bersedia dan suka. Bagi jemaah Malaysia ia bermula dengan memilih pakej yang di yakini dapat memberi ruang tenang dan selesa melakukan ibadah. Kebetulan di kawasan sekitar MasjidilHaram (MH) terkini berdebu kesan tindakan meruntuhkan bangunan berdekatan, ia menambah beban saikologi yang harus di harungi semua jemaah.

PROGRAM ZIARAH KEBUN KURMA MADINAH

Taklimat awal yang kami terima ialah penginapan kami tidak sampai 400 meter daripada 'dataran' MH. Rupanya dataran MH telah di luaskan termasuk kawasan terminal bas. Bersedialah kami untuk menambah lagi 600 meter meliputi seluruh dataran sampai ke pintu MH. Kira-kira 1 KM perjalanan pergi dan 1 KM perjalanan pulang ke penginapan. Saya rasa ter'sudut'di sini.

IFTAR DI MASJIDILHARAM SERONOK KERANA DI PERMUDAHKAN OLEH SALWA, SEORANG PEMBANTU 'MAK ARAB' KAYA YANG SEPANJANG RAMADHAN MENGINFAQKAN MAKANAN UNTUK BERBUKA

Taklimat mengenai penginapan ialah menyediakan minima bilik selesa paling ramai 6 orang sebilik. Saya di tempatkan dengan tiga orang teman sebilik di Madinah dan lima-enam orang teman sebilik di Mekah mengikut pakej jemaah,ada yang datang lewat dan ada yang pulang lebih awal. Tidak pula kami di beritahu kita punya pilihan untuk menginap berdua bersama suami dalam bilik yang mempunyai enam katil dengan bayaran lebih sedikit atau datangnya satu jemaah yang dibenarkan masak sendiri. Saya ter'sudut' disini kerana tanpa maklumat yang jelas saya dan teman tertanya-tanya siapa 'jiran' kami selama sebulan dan bagaimana berkongsi kemudahan yang di sediakan, terutama bilik air.

UBAH SELERA-BERBUKA DI DATARAN BERSAMA KELUARGA ARAB YANG LAIN

Terkejut juga bila kami dapat tahu jiran bilik hadapan kami memuatkan 11 orang jemaah makcik-makcik daripada Kedah dengan kemudahan satu bilik air kecil! Rentetannya bilik air kami jadi sasaran dan rebutan dan terpaksalah kami 'berbaris' menggunakan kemudahan bilik air. Tanpa izin segala kemudahan milik kami seperti baldi juga di kongsi bersama, ini memberi lebih tekanan kerana isu izin berkaitan dengan redho.

Suasana memasak di kawasan sempit pantri juga mengundang bau dan harungan lalat,saya terpaksa minta tolong suami menjemur baju di loteng hotel. Jemaah yang tidak dapat di bantu mengeluh dalam sepi. Iktibarnya pihak pengurus pakej kena berterusterang dan jujur bila mengatur program mengurang dan menambah jemaah yang menyertai pekaj agar kami bersedia menerima keadaan sebenarnya. Saya bertanya tentang bayaran lebih untuk menginap dalam bilik yang kurang penghuni, jawapan pihak pengurus 'tidak ada' sedangkan jiran kami mendapat keistimewaan tersebut. Bila ada isu 'double standard' saya rasa ter'sudut' di hatikecil, siapa sebenarnya mereka yang dapat keistimewaan tersebut.

BERSAMA 'BIRAS' DARI KAJANG ZAMHARIRAH YANG DATANG DENGAN PAKEJ 14 HARI BERUMRAH RAMADHAN


Satu ketika Ustazah teman sebilik saya kurang selera makan dan beliau menyuarakan rasa tersebut secara terbuka. Spontan saya menyarankan ustazah agar tidak berbuat demikian di kuatiri menjadi doa di kawasan langit terbuka Mekah (Doa mudah maqbul). Ustazah terus menegur saya agar jangan meneruskan 'khurafat' menakut-nakutkan jemaah supaya tidak menyatakan rasa sebenar yang di hadapi. Satu sudut saya setuju dengan ustazah bagaimana suasana 'suci' (sacred) kota Mekah 'menyepikan' apa yang terbuku di hati terhadap pengurusan pakej jemaah: mungkin menu makanan tak sedap atau bilik kurang selesa...semuanya tak boleh komplain. Di sudut yang lain saya menyanggah ustazah kerana suami saya sering berpesan agar selalu bersyukur dan tambah kesyukuran dengan bertindak mengatasi masalah melalui amal, doa, pasrah dan tawakkal kepada Allah. Maksud amal kata suami saya beliau terkadang membeli minuman untuk semua jemaah sebiliknya,membeli sabun membersihkan bilik dsbnya. Hakikatnya saya melihat sepanjang Ramadhan Ustazah kurang selera makan atas alasan beliau berpenyakit kencing manis. Seperti biasa saya sentiasa mendoakan yang terbaik buat semua jemaah terutama ustazah yang khusus saya menyertai pakej ini untuk bersamanya.

IBADAH UMRAH YANG AMAT MENYERONOKKAN JIKA DI DATANGI DENGAN PERSEPSI BERSANGKABAIK (HUSNUZHON) IA PERNIAGAAN YANG TAK PERNAH RUGI

Berikutan beberapa peristiwa yang di sebutkan di atas saya terpaksa membuat strategi perjalanan terbaik untuk sampai ke MH setiap hari. Saya pilih satu kali perjalanan pergi dan satu kali sahaja perjalanan pulang ke penginapan. Saya bersiap diri dan membasuh pakaian jam 9.30 pagi ketika ramai yang masih tidur. Siap jam 11.30 saya ka MH untuk solat Dhuha, menunggu zohor 12.30, tidur sebentar di MH menunggu Asar 3.40 petang iftar dan Maghrib 7.00 petang, Isya 9.00mlm. Habis solat terawih jam 11.30, keluar makan malam hingga 1.00 pagi, tahajud hingga 3.00 pagi,tunggu Subuh 4.30 pagi, tawaf (jika mampu) hingga 6 pagi. 7.00 pagi pulang ke penginapan untuk berehat 2-3 jam. Masalahnya saya bersendirian mematuhi jadual ini kerana ramai juga yang tidak sesuai dengan rutin ini. Ustazah keluar bersama anaknya bila-bila waktu beliau lapang, sihat dan selesa.

BERHARIRAYA DI RUMAH ORANG TEMPATAN MEKAH DI BUKIT SUDAN
 
Saya mengambil iktibar bahawa pengurusan pakej umrah amat rumit. la tugas mengurus manusia yang pelbagai karenah. Maklumbalas yang saya dengar ramai jemaah yang kurang senang jika di bentak-bentak seperti orang Arab. Kurangnya berkenalan (takruf) dengan peserta jemaah menyebabkan kurang kasih sayang dan masing-masing bertindak nafsu nafsi. Pakej yang di dasarkan untuk mengutip keuntungan semata tanpa melihat peningkatan iman dan amal jemaah sekembalinya mereka daripada umrah pasti kurang keberkatannya. WaAllahu'alam   

No comments:

Post a Comment