NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Sunday, June 10, 2012

KESEMPURNAAN vs SEADANYA

Salam

Ahad 10 Jun 2012 / 20 Rejab 1433H

Musim cuti sekolah di Malaysia sinonim dengan musim kenduri kendara, tak kiralah perkahwinan, aqiqah, pertunangan, tahlil atau apa saja sambutan yang ingin mengumpulkan saudara mara dan anak cucu, almaklum masing-masing bebas daripada jadual dan rutin persekolahan.

PENGANTIN DALAM MAJLIS KHATAM QURAN
Sekembalinya bermusafir ke negeri-negeri pantai timur saya bergegas ke Tangkak Johor menghadiri majlis khatam Quran dan keesokannya pernikahan dan majlis perkahwinan anak perempuan adik saya yang ke sepuluh (Top Ten). Alhamdulillah hampir semua adik beradik hadir kecuali adik yang ke sembilan yang sedang menunaikan Umrah.

 PENGANTIN DALAM MAJLIS PERNIKAHAN

 

 BERSAMA BAPA PENGANTIN (TOP TEN)


Selaku kakak yang kedua tertua saya dan kakak saya rasa sayu menggantikan orang tua kami dalam perhimpunan keluarga ini. Dalam hati kecil kami terukir hakikat tempoh hayat kami juga hampir tamat di muka bumi ini dan sebaiknya inilah masa kami melepaskan rindu dengan adik beradik dan saudara mara dekat dan jauh.

 IPAR DUAI






 GAMBAR-GAMBAR KENANGAN DI MAJLIS PERKAHWINAN

Selang dua hari selepas berkumpul, semangat ingin bersama masih utuh kerana tiga adik beradik saya bersama lagi mendampingi kakak saya yang mengetuai rombongan kumpulan wanita di kampong Solok Tangkak melawat Pulau Pinang, Kedah (Pulau Langkawi) dan Perlis (Padang Besar). Walau keletihan saya tidak tergamak menolak pelawaan kakak saya yang mohon di permudah lawatan ke Panorama Langkawi Cable Car, kebetulan kami ada kenalan di sana. Dua orang cucu remaja pula memberi syarat akan hanya ikut program jika saya dan suami bersama.

EMPAT ADIK BERADIK DI KAKI BUKIT BENDERA

Masa musafir agak suntuk kerana lawatan empat hari tiga malam menjadi tiga hari dua malam sahaja kerana travelling time (satu malam perjalanan pergi, satu hari perjalanan pulang). Saya mohon izin pulang menaiki pesawat Firefly kerana acara kami pada hari Sabtu agak padat di Kuala Lumpur.

 
 DI LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA LANGKAWI-KEBERSIHAN BERBANDING JETI KUALA PERLIS IBARAT LANGIT DAN BUMI

Program musafir dengan bas di penuhi sebaiknya. Bertolak daripada Tangkak jam 9.30 malam Selasa 5 Jun, berhenti mengambil kami penumpang Shah Alam di RnR Jejantas Sungai Buluh jam 12.00 tengahmalam. Esoknya hari Rabu 7 Jun 6.30 pagi berhenti menunaikan solat Subuh di Masjid Negeri Pulau Pinang, bersarapan dan segera menaiki train ke Bukit Bendera. Kemudian membelibelah jeruk buah-buahan di Jalan Chowrester Penang dan terus menuju ke jetty Kuala Perlis. Tepat-tepat ada 30 minit sebelum boat jam 3.00 petang bertolak ke Pulau langkawi.


DALAM BAS DAN DALAM TRAIN-PADAT MACAM SARDIN

Keindahan bersahabat dengan besan adik saya di negeri Perlis terungkap apabila beliau datang membawa juadah yang amat enak untuk bekalan makan dalam boat, syukron ya Allah semoga sahabat ini di permudah urusan dan di tunaikan segala hajat kerana mempermudahkan kami seramai 45 penumpang bas termasuk 2 pemandu.

Tajuk di atas saya pilih kerana mutakhir ini saya sering berhadapan dengan isu IDEALISM atau KESEMPURNAAN dalam semua perkara terutama yang menyentuh pelaksanaan lslam kepada masyarakat yang tenat di landa pelbagai wabak kesesatan yang bertopengkan kemajuan moden. Era moden yang datang dalam satu pakej tidak boleh di tolak pengaruhnya. Sebut saja boikot barangan buatan orang bukan lslam kita terperangkap dengan semua kecanggihan teknologi moden yang ada sentuhan mereka.  Sebut saja menolak RIBA kita terperangkap dengan sistem perbankan yang berbangga dengan 'lslamic windownya'.  Sebut saja sistem pemerintahan kita berhadapan dengan sitem ciptaan manusia, membesarkan manusia dan menolak hukum Allah.

Bagaimanapun bermusafir mengajar kami tidak ada KESEMPURNAAN  kerana ia merupakan ujian kepada hati-hati peserta samada ikhlas, puashati, berdisiplin, bertamaddun atau sebaliknya. Ketika melihat kebersihan toilet di Jeti kuala Perlis tidak terurus kami bersabar, ketika ada peserta remaja yang merokok saya pejamkan mata, ketika ada peserta yang mengomel cucu saya kerana bertukar tempat duduk saya nasihatkan cucu agar bertenang, ketika ada peserta yang tidak puashati atau lewat naik bas kami penganjur senyum saja.

Menerima SEADANYA kelebihan dan kekurangan manusia yang berhadapan dengan kita merupakan kaedah dakwah terbaik kerana kita tidak upaya merubah hati manusia, ia hak Allah. Namun manusia selaku pengguna dan penerima khidmat perlu juga bertamaddun(civilized) menjaga kemanusiaan mereka. Contohnya kemudahan awam harus di guna dengan baik dan dalam keadaan kesulitan belajar berkongsi dengan orang lain apa saja khidmat. Saya lihat Rest Area di puncak atas Cable Car di salahguna pelancung yang kurang menjaga kebersihan, tak pandai flush toilet dan kertas tisu di buang merata-rata.

 
 CAPTIVE MARKET - PENUMPANG TERPAKSA DENGAR


Cuma satu kelebihan musafir dalam bas ialah 'CAPTIVE MARKET' maksudnya peserta tidak ada tempat melarikan diri kecuali terpaksa mendengar apa yang di suarakan.  Saya sempat berkongsi tazkirah bahawa hati manusia mudah tersentuh dengan DUA ketakjuban, Pertama takjub dan kagum dengan KEBESARAN yang di lihat, kedua tersentuh dan terpegun dengan KEBAIKAN yang di terima.

Biasanya manusia nampak dan kagum dengan kebesaran manusia di alam nyata, kaya, berpangkat, cantik dan berkuasa. Jarang-jarang kita membuka minda untuk merasa kagum dan takjub dengan kebesaran Allah di alam keliling yang mencipta laut, gunung dan seluruh alam.





KENANGAN BERSAMA CUCU REMAJA DI PUNCAK CABLE CAR- SEADANYA



SAM D'LLYOD PENYANYI KEAGUNGAN TUHAN  MENINGGAL DUNIA 9 JUN 2012

Biasanya manusia juga amat teruja dengan KEBAIKAN orang lain samada pemberian hadiah, layanan terbaik dan memuaskan hati. Jarang kita merasa kebaikan Allah yang memberi kita nyawa untuk bernafas dan udara jernih yang kita sedut, jarang kita melihat kebaikan Allah yang memelihara kita daripada kecelakaan dan kesulitan yang tak termampu kita lalui.

 BERSAMA CEO PANORAMA CABLE CAR
 
BERSAMA PEGAWAI CORPORATE COM PANORAMA CABLE CAR

Semoga dengan tazkirah ringkas sebelum saya beredar dariapda rombongan memberi sedikit kefahaman kepada peserta bahawa musafir kemana sahaja perlulah membetulkan nawaitu iaitu sentiasa ingin mensyukuri nikmat Allah yang tak terhitung dan menjalin silaturrahim sebagai ibadah dan amanah kemasyarakatan. Semoga Allah redhokan kami bermusafir bersama lagi ke mana-mana tempat wisata yang menakjubkan. Ameen

Apapun konsep KESEMPURNAAN  vs SEADANYA harus di dasari asas IMAN yang tak goyah dan IBADAH yang benar serta AKHLAK yang lslamik. Tanpa asas-asas ini kaedah SEADANYA  akan menelurkan kecamuk yang sukar di rungkai kerana manusia boleh saja menerima  SEADANYA tanpa berusaha lebih untuk memperbetulkan kesilapan dan menambahbaik sebarang kekurangan dan kelemahan.

Saya cukup teruja setelah berkali-kali melihat kebersihan di Jeti Kuala Perlis yang di ABAIKAN sedangkan penumpang dalam negeri (warganegara Malaysia) yang berpusu-pusu menggunakannya setiap kali cuti sekolah berhak mendapat perkhidmatan yang baik. Dalam konteks ini saya mahu yang IDEAL iaitu BILIK AIR 5 BINTANG di mana-mana sahaja point destinasi pelancung. Di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Langkawi boleh pula suasana 5 bintang di kekalkan. Pada saya konsep bilik air SEADANYA adalah 5 bintang, tidak kurang!  Mereka akan beralasan apa yang berlaku adalah diluar peranan dan tak upaya mencari ikhtar selainnya.

Akhir kalam, saya maukan KESEMPURNAAN dalam kemampuan SEADANYA yang akan terus di tingkatkan melalui usaha menjadi cemerlang dalam semua aspek kehidupan. Saya juga akan berlaku ADIL kepada kelebihan dan kekurangan yang wujud dikalangan manusia sekitar saya agar mereka tidak menjadi bahan kritikan dan hukuman yang melulu. Saya akan berdoa dan bertawakkal (bukan berserah) setelah berusaha sebaiknaya dalam sebarang tugasan, amanah serta hajat yang saya inginkan.   

Sebaik pulang daripada Pulau Langkawi, pada pagi hari Sabtu 9 Jun saya meraikan anak cucu yang sedang bercuti di rumah, menghadiri dua jemputan perkahwinan dan pertunangan. Pada sebelah malamnya menghadiri majlis Makan Malam Eksklusif bersama Syeikh Dr Ekrimah Sabri mantan Mufti Besar Palestin anjuran NGO Aman Palestin.

BERSAMA CUCU YANG LAIN YANG PERLU DI RAIKAN
 

KENANGAN DALAM MAJLIS PERKAHWINAN DI KELANG . GAMBAR BAWAH PERTUNANGAN ANAK SAUDARA SUAMI SAYA DI SENAWANG SEREMBAN

Kehadiran saya dan suami dalam majlis makan malam adalah atas jemputan suami saya selaku Penasihat Aman Palestin Malaysia. Peristiwa yang menyenangkan kerana selain mendengar nasihat Syeikh, saya di pertemukan dengan peribadi-peribadi unik yang telah sampai keperingkat artis terkenal, alhamdulillah. Seorang bekas fasilitator saya yang kini menganggotai kumpulan nasyid Far East; Personaliti TV9 yang juga Duta Aman Palestin dan DJ IKIM yang fasih tiga bahasa selaku emcee malam itu. Saya baru sedar betapa berpengaruhnya menjadi artis pujaan ramai kerana sering di serbu dan ingin di contohi.

 PENYERAHAN CEK MEMBINA MASJID DI GAZA
 BERSAMA UMMU AMAR ISTERI MANTAN MUFTI PALESTIN

Kalaulah masa boleh di putar kembali dan saya muda semula mau rasanya saya menjadi emcee, DJ atau artis yang mempamirkan akhlak lslam, membantu umat lslam di dunia apatah lagi di Palestin: kiblat PERTAMA umat lslam, Masjid KEDUA di bina di muka bumi selepas Masjidilharam dan Masjid KETIGA yang di saran di ziarahi kerana keberkatannya (ini kata-kata Pak Syeikh).

 BERSAMA KUMPULAN FAR EAST. DI BAWAH FASILITATOR SHARIMAN (ABANG CIK) YANG TAK BERTEMU SEJAK 8 TAHUN

AKSI PERSONALITI TV 9 DALAM ACARA LELONGAN YANG BERJAYA MENGUTIP RM 5000 DEMI PEMBINAAN MASJID DI KHANS YUNIS GAZA

TINGGALAN MASJID DI KHAN YUNIS YANG DI BOM YAHUDI DALAM TAHUN 2009

 
 KENANGAN BERSAMA DJ IKIM

Kami bertemu seorang sahabat lama yang sama-sama di didik melaksanakan lslam sebaiknya. Beliau menyebutkan masalah businessnya dan bantuan anak-anaknya yang kurang konsisten. Dia mengaku mungkin golongan kami ini terlalu IDEAL, mengharap anak-anak menjadi macam diri kita tanpa menimbang kemampuan mereka, sedangkan masa di perlukan untuk merawat hati anak-anak agar condong kepada kesolehan. Saya setuju dengan pandangannya kerana saya juga melalui berbagai fasa AZIMAH (pelaksanaan lslam total) dan jarang ingin berRUKHSAH (berkelonggaran) kepada anak cucu ke tahap mereka berontak lantas menjauhi program pendidikan seperti usrah dan tahfiz.

Namun dalam hati saya masih ada IDEALISM ingin melihat lslam tertegak dengan penuh KEMULIAAN tanpa KOMPROMI dengan KUFUR DAN JAHILIYYAH. Konsep yang saya pegang ini adalah berasaskan kefahaman BLACK - WHITE tanpa blur di mana dalam mempraktikkan keimanan yang TAJARRUD (Bulat hati-Fokus mencari redho Allah). Hanya ada dua pilihan IMAN atau KUFUR, SYURGA atau NERAKA, tidak ada di tengah-tengah bercampuraduk. WaAllahu'alam

GAMBAR KENANGAN SEMOGA ALLAH PERKENAN KAMI DAPAT KE AL AQSA ASAP


Apapun dalam pemahaman SEADANYA ia berteraskan kebebasan memilih tanpa paksaan. Kaedah dakwah juga perlu diubahsuai mengikut kemampuan madu'.  Selagi madu' belum bersedia pendakwah perlu bersabar dan berjihad membimbing,berdoa, merai dan menunggu hidayah Allah sampai ke pangkal hati madu'. Mungkin setelah pendakwah meninggalkan hayat kehidupan barulah madu' insaf dan sedar, mudah-mudahan insyaAllah.

Kebimbangan saya adalah konsep SEADANYA akan melahirkan sikap mudah berpuashati dengan apa yang ada tanpa berusaha meningkatkan kefahaman dan keimanan,mengikut saja apa yang di sogok pihak media dan pemerintah yang zalim. Berlakulah apa yang sedang berlaku sekarang dimana negara dan umat lslam terperosok di bawah sampah-sampah tinggalan sistem kufur dan sukar bangkit semula kecuali Allah izinkan generasi yang mendatang sedar kedudukkan mereka dan ingin memulakan hijrah kepada keimanan yang total. Apa yang berlaku dalam insiden HIJRAH Rasulullah saw ke Yathrib (Madinah) adalah untuk menjaga KEIMANAN agar tidak di robek-robek oleh musyrikin Mekah yang ganas. Persoalannya mampukan kita memulakan HIRAH KEIMANAN seperti yang berlaku dalam sejarah kegemilangan lslam dahulu? cuba kita renungi sama-sama.

No comments:

Post a Comment