NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Thursday, June 21, 2012

JUJUR MACAM MANGGIS

Salam


AKU TAK CANTIK TAPI MANIS

Sabtu 16 Jun 2012 tarikh hari jadi kakak saya. Beliau mengumpulkan kenalan kelas AlQuran sekitar kawasan Tangkak untuk mengadakan majlis khatam Quran 30 juz untuk di hadiahkan kepada arwah ibu bapa, datuk nenek dan saudara kami yang telah pergi mendahului kami ke alam barzah. Majlis juga adalah memperingati malam Isra Mi'raj Rasulullah saw yang berlaku penghujung bulan Rejab. Sebelah petangnya turut di adakan majlis aqiqah cucu kakak saya.

KAMI TETAMU AWAL MAJLIS AQIQAH

Setelah menghadiri dua jemputan majlis perkahwinan di Shah Alam saya dan suami terus ke Tangkak,namun hanya dapat hadir majlis aqiqah. Terasa benar ahli Kohatsa sukar bertemu sekarang kerana masing-masing keluarga telah membesar dan program keluarga sendiri mendapat keutamaan. Kehadiran kakak saya mewakili arwah ibu bapa di kampong kelahiran kurang menggamit rasa ingin balik kampong kerana budaya hidup bandar nafsi-nafsi dominan sekarang. Terasa sayu dan sedih kerana budaya arwah bapa kami semakin menipis.

 BERSAMA BABY AQIQAH DAN ANAK SAUDARA YANG MASIH 'DEKAT'

HAPPY BIRTHDAY KAK NGAH (BERSAMA ANAK DAN CUCU)

Tajuk di atas ada kaitan dengan budaya interaksi antara manusia yang banyak berubah hari ini.   

Sewaktu kami bermusafir satu soalan teka teki kakak saya menarik sekali. Ia berbunyi 'Aku tidak cantik, tapi manis.Aku tak pernah mungkir janji kerana aku selalu jujur. Siapa aku?' Puas beberapa jawapan di berikan dan setelah clue di beri bahawa ia sejenis buah-buahan tempatan barulah seorang meneka 'Buah Manggis'.

Jujur buah manggis ialah di tampok bawah buah ada tanda jumlah isi di dalamnya dan bilah isi tak pernah salah. Begitulah Allah menciptakan buah manggis sebagai iktibar jika kita sering merenung kejadian Nya

Manisnya bersifat jujur serupa menikmati isi buah manggis yang masak. Sebaliknya dalam dunia manusia yang berakal tapi lemah sering berlaku DUSTA. Paling ketara ialah bila ada manusia yang merasa diri lebih baik, lebih berkuasa, lebih mampu dan hebat berbanding orang lain. Semua dakwaan lebih baik dan sebagainya adalah DUSTA kerana hanya Allah yang TERHEBAT,manusia tetap dengan kerendahannya; kerdil dan berharap kepada KEHEBATAN Allah.


DUSTA yang kedua ialah setiap kali manusia berikrar sering sahaja berlaku ingkar dan tidak tepati janji, antaranya ikrar manusia di alam ruh mengakui Allah sebagai Rab, namun di alam nyata manusia mempertuhankan segala benda dan material ke tahap sebiji bola yang tidak bernilai pun di jadikan tandingan Allah.

Berlaku benar bermula dari hati membawa kepada perkataan yang di ucap. Dalam AlQuran Surah AlAhzab 70 di sebut QAULAN SADIDA (perkataan yang benar) yang jika sering bercakap benar akan memberi natijah bahawa amal kita akan di perbaiki dan dosa kita di ampun. Berlaku benar manfaatnya adalah untuk akhirat kerana berdusta adalah satu dosa besar yang mendekatkan manusia ke neraka nauzubillah. Sikap sombong, bongkak dan ujub (rasa diri hebat) adalah DUSTA kerana tidak ada yang dapat menandingi kuasa Allah.

Hari ini sekitar kita pembohongan, dusta dan kemunafiqan bermaharajalela. Andainya kita mematuhi sikap BENAR dalam semua perkara alangkah nikmatnya kerana kita tidak di serang rasa terancam, takut, gusar dan bimbang sepertimana jika berbohong dan berdusta. Jika buah manggis di jadikan iktibar alangkah malunya manusia kerana isi hati manggis terlihat diluar tompoknya sedangkan manusia cuba menyembunyikan apa yang ada di hati sedangkan ALLAH MAHA MENGETAHUI. WaAllahu'alam. 

No comments:

Post a Comment