NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Sunday, June 24, 2012

HUSNUZHON (KEYAKINAN YANG TERBAIK)

Salam

Sabtu 23 Jun 2012 / 3 Syaaban 1433H

HATI-HATI HUJUNG MINGGU KE CAMERON HIGHLAND-TAK BOLEH WALK IN. PENGINAPAN PENUH


DI HADAPAN HERITAGE HOTEL-GAH BANGUNANNYA

Saya menulis blog ini di Heritage Hotel Tanah Rata Cameron Highlands. Tiba-tiba hati saya kepingin ke kawasan iklim sejuk, agaknya merindui Garut Bandung.

 PILIHAN YANG KETARA DI CAMERON HIGHLAND MEMBELI BELAH HASIL TANAMAN

Banyak perubahan di Cameron Highland iaitu penggunaan kawasan tanah yang lebih meluas untuk tanaman bunga dan syuran tujuan ekspot. Cuaca sekadar 19-20 degree celsius waktu malam ke pagi, tengahari mencicah 26-30, tidak banyak beza daripada kawasan bawah bukit. Saya pergi melalui Tapah Perak, pulang melalui Raub Pahang, merentas dua negeri dan hutan belentara seluas mata memandang.

SEMACAM KILANG MEMENUHI KAKI BUKIT SEKITAR CAMERON HIGHLAND-PEMANDANGAN YANG TIDAK GREEN

JALAN KE RAUB SEPI. HUTAN SEJAUH MATA MEMANDANG


Sehari sebelum ke Cameron Highland iaitu hari Jumaat saya dan beberapa teman menyertai bengkel IHES pra sekolah untuk membantu Tadika AlHuda Subur Fitrah (dibawah Subur Fitrah Enterprise) Tangkak Johor. Desakan yang cukup kuat membuatkan saya gelisah sepanjang malam bimbang saya tidak cukup masa mengendalikan amanah memulakan Quranic Generation Development Program (QGDP) peringkat pra sekolah untuk mengisi kelompongan yang kian meluas dalam masyarakat yang semakin jauh daripada penghayatan AlQuran.


 BENGKEL IHES PRA SEKOLAH

Apa pun saya perlu bersangka baik kepada Allah dalam setiap langkah memegang amanah ini kerana Allah PASTI akan menolong hambaNya yang ikhlas dan jujur. Konsep bersangka baik sebenarnya kurang tepat untuk menjelaskan kasih sayang Allah yang melimpah ruah. Perkataan Zhon dalam HUSNUZHON mengikut beberapa tafsiran ulama lebih mirip kepada KEYAKINAN, husnuzhon bermaksud KEYAKINAN YANG JELAS DAN BAIK (sebab perkataan SANGKA masih ada unsur ragu). 

Saya memilih tajuk KEYAKINAN YANG TERBAIK kerana ia perlu menjadi budaya hidup kita. Biasanya kelemahan manusia bila ingin bersangka baik kepada seseorang kita di uji nampak sudut negatifnya dan perasaan pun jadi kacau di mana sangkabaik kita mungkin terjejas sedikit. Namun HUSNUZHON dengan Allah WAJIB TOTAL tanpa ragu dan keliru kerana sifat Allah MAHA SEMPURNA. Ia juga manifestasi keyakinan yang kuat bahawa Allah akan memenuhi apa saja fikiran kita terhadap Pencipta seperti maksud Hadis

Dari Abu Hurairah ra Rasulullah saw bersabda. Sesungguhnya Allah berFirman, "Aku mengikut keyakinan hambaKu terhadap Aku, dan Aku selalu bersamanya jika dia berdoa kepadaku." Hadis riwayat Muslim)

Dari Abu Hurairah ra bahawa Rasulullah saw bersabda; 'Jauhkanlah dirimu dari prasangka buruk kerana sesungguhnya prasangka itu adalah perkataan yang paling bohong.'

Sebaliknya apa yang sering berlaku ialah seorang hamba Allah selalu kufur nikmat melalui keluhan, tidak redho atau marah melulu bila berhadapan dengan sebarang masalah atau ujian sedangkan Allah berfirman dalam ayat 216 Surah AlBaqarah
'..Boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal ia baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia tidak baik bagimu. Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui.'  

Menyentuh konsep HUSUNUZHON membuat hati saya luluh baru-baru ini bila berhadapan dengan pilihan untuk menyertai pakej Umrah bersama seorang teman Ustazah yang baru kematian suami. Beliau merayu agar saya menyertainya kerana saya berpengalaman setiap tahun menunaikan Umrah. Lantas jawapan saya 'InsyaAllah jika adik saya masih sponsor'. Tempahan di buat dimana Ustazah pergi dengan anak perempuannya dan saya dengan suami. Namun kepada Ustaz ketua pakej Umrah saya menyatakan tempahan saya 'tentatif' dan bersyarat 'kalau ada sponsor seperti biasa.'

Allah izinkan sponsor saya kali ini ada sedikit kesulitan dan belum dapat menyempurnakan hajat saya seperti biasa. Bila di beritau Ustazah terus beliau menyampok 'takkan suami tak boleh sponsor kut...jawapan suami saya hanyalah 'INSYAALLAH, tolong doa.'

Saat saya membuat keputusan menarik diri menyertai Umrah setelah melakukan pelbagai usaha mendapatkan sumber kewangan, ketua pakej terus jawab semua urusan telah dibuat termasuk pembelian tiket dan tempahan tempat tinggal, kalau puan menarik diri sama sahaja kena lunaskan bayaran yang telah di tetapkan. Apabila saya beritahu beliau masalah sebenar yang saya hadapi kerana urusan ke Umrah setiap tahun merupakan 'hadiah' adik saya dan kali ini dia mungkin menangguhkan 'hadiah' itu tahun depan, Ustaz ketua pakej terus jawab, puan pergi sahaja, bayaran jangan risau kita kira kemudian. Dalam menerima jawapan ini saya terkedu...Ya Allah adakah aku masih di terima menjadi tetamuMU Ramadhan ini?

Tiba-tiba hati saya jadi sebak kerana saya lupa bahawa pergantungan saya sebenarnya SILAP, saya sering mengaitkan umrah dengan 'sponsor' seorang insan yang bernama adik...saya hampir lupa saya BERTUHAN dan Allah sering mendengar doa saya ingin menunaikan Umrah setiap tahun saya bermunajat di hadapan Multazam. Luruh semua semangat saya di ganti rasa hina dan bodoh betapa saya telah berlaku zalim pada diri sendiri. Saya menangis sepuasnya dan merintih bertaubat, malu dan insaf di hadapan Allah kerana dalam suasana saya berharap ada 'sponsor' Allah mengIZINKAN saya pergi ke Umrah walaupun nanti saya perlu memikirkan urusan dengan Ustaz untuk melunaskan segala bayaran yang di dahulukannya.

Keesokannya 1 Syaaban 1433H dalam keadaan jiwa masih sedih dan sayu dengan insiden di 'perkenan' menunaikan Umrah saya terima berita dari teman bahawa adik saya akan pergi berUmrah dengan keluarganya petang yang sama, agaknya sempena awal Syaaban. Sempat saya mengucapkan selamat pergi dan kembali sedangkan hati terus merintih betapa selama ini saya sering termakan dek kata-kata pembantu adik saya...'don't worry..pick up the phone, sure you get what you want'.  Saya sayu kerana kata-kata tersebut membuatkan saya menjadikan semua urusan saya bergantung harap kepada seorang manusia macam saya...tidak ada kuasa walaupun hasrat dan azam tinggi menggunung. Mengapa saya tidak terus angkat tangan BERDOA? lagi sedih hati ini memikirkan kelemahan diri walaupun selama ini saya tak pernah berhenti berdoa untuk keselamatan semua orang di dunia dan akhirat.
BERDOALAH -JIWAMU SECANTIK BUNGA YANG SEDANG BERKEMBANG

Konsep HUSNUZHON kepada Allah perlu di perbetulkan kerana dengan kefahaman yang jelas kita hidup dan dengan keyakinan yang jelas juga kita akan mati. Jika masih ada secebis ragu mari sama-sama chek iman kita. Saya tidaklah menyatakan dengan Husnuzhon kita tidak perlu merancang, berusaha dan menjalankan ibadah semaksima mungkin. Cuma dalam menerima hasil usaha kita banyak-banyak kena serah dan bertawakkal kepada Allah. Jika berlaku sesuatu sesuai dengan kehendak kita atau mendapat bantuan seseorang ia bukan usaha kita atau orang itu, ia ANUGERAH ALLAH, dan segala pujian hanyalah untuk Allah. Soal berterimakasih kepada manusia itu isu protokol dan adab saja.  HATI kita mesti bulat menyatakan semua yang berlaku adalah dengan IZIN ALLAH. Dengan cara ini kita berkeyakinan terbaik (HUSNUZHON) secara total,  kerana sifat Allah MAHA PEMBERI, MAHA KAYA, MAHA MENGETAHUI SEGALA ISI HATI. WaAllahu'alam

No comments:

Post a Comment