NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Friday, May 18, 2012

REAL SCHOOL FOR REAL WORLD LEADERS

SITUWANGI BOARDING SCHOOL CIKAJANG KABUPATEN GARUT

Salam

Jumaat 18 Mei 2012 / 26 JamadilAkhir 1433H

Hampir dua hari yang penuh keletihan sekembali daripada musafir. Cuaca di Shah Alam tak banyak beza daripada Belitung, panas hingga ke tangki air. Bila meluncur air panas daripada paip terkenang saya suasana di Mekah kerana air dalam tangki di Mekah mendidih dek cuaca di sana.

Ustazah yang ingin bersama saya ke Umrah Ramadhan tahun ini kebetulan menalipon menghangatkan lagi hasrat ingin ke Mekah. Ya Allah cukupkanlah sumber untuk kami berdua (saya dan suami) menunaikan sekali lagi Umrah Ramadhan dalam tahun ini.Ameen.

 
 
 TEAM MANAGEMENT REVIEW SBS DI RESORT PAPANDAYAN GARUT

Musafir ke Indonesia yang bermula 11 Mei membawa kami terus ke Garut kerana masa agak suntuk. Alhamdulillah banyak perkembangan baru sejak guru-guru SBS menghadiri latihan IHES di KL. Tag line SBS terpampamg baru 'REAL SCHOOL FOR INDONESIAN LEADERS' oops...terlalu fokus dan sempit untuk Indonesia, saya membacanya sebagai 'REAL SCHOOL FOR REAL WORLD LEADERS' Teman-teman yang lain bersetuju kerana anak-anak SBS kepunyaan umat seluruh dunia juga.

Seperti yang menjadi tema utama penulisan dan filem karya Andrea Hirata MIMPI besar itu penting untuk kelangsungan hidup. Saya juga memimpikan anak-anak keluaran SBS akan menjadi pemimpin generasi baru yang mampu membuat pelbagai pembaharuan dan perubahan kepada nasib umat lslam sedunia insyaAllah.


MESYUARAT MANAGEMENT REVIEW DI SBS 11-12 MEI 2012

Mempraktikkan konsep REAL ada pra syaratnya. Pertama manhaj atau program sekolah perlu berteraskan konsep yang REAL iaitu yang LAKU (ada nilai) dunia dan akhirat. Perlu kita ambil iktibar ilusi dan fatamorgana sistem yang tidak berpijak kepada akidah mentauhidkan Allah kerana terlalu bayak DEMAND atau kehendak yang tak terpenuhi lantas berlaku ketirisan dan kebocoran amanah seorang pemimpin dunia di sana sini. Mutakhir ini terlalu banyak maklumat betapa nilai menompok harta seorang pemimpin dan anak-anak mereka menjadi ukuran kejayaan yang memperdayakan.

Pra syarat kedua ialah SISTEM pengurusan, pendidikan serta amalan contoh murobbi haruslah di tahap yang cemerlang. Kedatangan team kami ke SBS kali ini adalah untuk membuat Management Review ke arah meletakkan SBS di landasan yang jelas untuk semua urusan sebelum SBS melangkah ke Sekolah Menengah Atas (SMA) tahun 2013.

Saya mendoakan team UUM yang sudi datang menginfaqkan khidmatbakti di beri setinggi ganjaran oleh Allah di atas keikhlasan mereka ingin membantu menyediakan Perancangan Strategik SBS 2012-2015 (perancangan 3 tahun).

TEAM SUAMI ISTERI YANG SUDI MEMBERI KHIDMATBAKTI KEPADA SBS

Pra syarat ketiga adalah BI'AH SOLEHAH (Persekitaran yang baik) dimana SBS awal-awal lagi telah miliki ketenangan alam sekitar, iklim yang baik serta prasarana yang lengkap. Suasana pergaulan,kemasyarakatan serta sokongan Bupati (ketua) daerah juga memuaskan untuk melancarkan program REAL leaders.



BANDINGAN KEINDAHAN ALAM DI USA-SEQUOIA PARK CALIFORNIA



Edge of Heather Lake
East edge of Heather Lake



  SUASANA ALAM SEKITAR SBS YANG PENUH KETENANGAN

REAL LEADER perlu mencontohi pemimpin yang penuh karisma dan di redhai Allah. Kita sedia ada Rasulullah saw dan para sahabat serta orang-orang beriman dan bertaqwa sebagi panduan hidup kita yang menyeberangi untuk mendapat keredhaan di akhirat juga. Bercakap dan menulis sesuatu memang mudah namun tangan-tangan yang mengasuh anak-anak menjadi pemimpin perlu juga memiliki ciri kepimpinan tersendiri.

 BARISAN MURABBI SBS

Saya ungkapkan dalam kata-kata akhir saya sebelum kami berpisah ialah 'GURU IBARAT CERMIN ANAK-ANAK' melihat keperibadian mereka. Lantas keperibadian guru perlu telus, ikhlas, menarik serta mampan (istiqamah). Mudah cerita kami perlu juga melahirkan kalangan guru-guru atau murabbi yang REAL di SBS. Semoga Allah mudahkan urusan kami selaku penyelaras program untuk mencapai hasrat yang di sebutkan dan kami berdoa kerja-kerja ini menjadi amal soleh setelah kami tiada lagi di muka bumi ini.

Tugas REAL LEADERS ialah menyatukan umat dengan nilai-nilai mantap,iman,taqwa,ihsan dan berprestasi. Bagi lndonesia ia tugas yang amat berat. Terlalu bayak perpecahan dan perbezaan di kalangan rakyat lndonesia. Yang paling ketara ialah jurang pendapatan dan kedudukan golongan kaya dan miskin. Jurang inilah yang memerangkap negara lndonesia dengan amalan rasuah tak terbendung serta 'escapism' atau cari jalan keluar menghilangkan kerunsingan dengan amalan merokok tahap teratas di dunia.

Anak-anak SBS telah menerima sedikit motivasi antaranya agar BERANI, KUAT,PINTAR dan MUNCUL JUARA. Semua setuju agar mereka hanya MALU melakukan MAKSIAT kerana dalam  belajar dan suka bertanya tidak ada sifat MALU.

 BERSAMA JUARA REAL LEADERS

Contoh REAL LEADERS antaranya pada umur muda mereka samada telah menghafal AlQuran dan Hadis serta berbahasa lebih dua bahasa. Sistem pembelajaran yang menintegrasikan sistem pasentren serta sistem nasional di harap dapat meletakkan anak-anak SBS di tingkat lebih mampu berbanding anak-anak yang tidak menyertai sistem pasentrenan. Saya di fahamkan selain mampu menghafal AlQuran tanpa lupa-lupa, anak-anak di beri kefahaman dan mengkaji kitab 'Kuning' sebagi syarat menguasai bahasa Arab dengan fasih.


Istimewa perkembangan mutakhir ialah lawatan seorang pakar IT yang lama berkaryawan di Jepun. Beliau datang untuk membuat penilaian SBS serta menawarkan biasiswa bidang IT ke Jepun dan Germany. Bila di tanya anak-anak ada yang telah mantap untuk meneruskan pengajian di Germany, alhamdulillah.

Berita SBS juga telah keluar dalam akhbar di Indonesia. Di fahamkan berita tersebut terkesan dengan persekitaran ladang sayuran untuk di terjemahkan menjadi sumber kekayaan di bidang keusahawanan kosmetik,masyaAllah...

 
 DI LADANG WORTEL (CARROT) DAN PELBAGAI TANAMAN SBS      

REAL SCHOOL FOR REAL LEADER bukan hak rakyat Indonesia sahaja mempraktikkannya. Saya berdoa Akademi Pintar di Batu Pahat akan segera megembangkan sayapnya di seluruh Malaysia sama seperti saya pernah menyebarluaskan konsep MAWADDAH di kalangan rakyat PPRT satu ketika dahulu.

Mengenang PPRT berita terkini ialah kematian seorang tokoh PPRT di Desa Merbau Berdarah Sabak Bernam sewaktu saya berada di Jakarta. Seminggu sebelum saya bermusafir saya dan suami menziarahi beliau yang menderita diabetic dan sakit jantung. Beliau sihat waktu itu namun Allah yang menyayanginya memanggil beliau lebih awal daripada kami sedangkan umurnya mungkin lebih muda daripada saya. Semoga Allah merahmati ruh beliau dan menempatkan beliau di kalangan orang-orang soleh. InsyaAllah kami semua akan menyusul juga akhirnya.

ALLAHYARHAM EN ARSHAD ADNAN YANG PERNAH MENJADI KETUA KELOMPOK PPRT DI DESA MERBAU BERDARAH SABAK BERNAM

Demikianlah perkisahan REAL LEADERS di SBS. Di mana-mana sahaja semua kita adalah pemimpin yang akan di tanya tentang kepimpinan kita. Saya mendoakan semua yang terlibat dalam menyediakan apa sahaja yang perlu di SBS untuk melahirkan REAL leaders akan mendapat saham yang setimpal di akhirat kelak. Marilah kita berdoa agar amalan kita semua tidak terbatal kesan pelbagai akhlak negatif yang masih bersarang dalam jiwa kita antaranya ego, sombong, marah,hasad dan seumpamanya. Hanya keredhaan Allah yang kita semua harapkan insyaAllah.

Surah Muhammad ayat 22-23

" Maka apakah sekiranya kamu berkuasa, kamu akan berbuat kerosakan di bumi dan memutuskan hubungan kekeluargaan? Maka itulah orang yang di kutuk Allah lalu di buat tuli pendengarannya dan di butakan pengelihatannya."(Tafsir Muyassar Dr 'Aidh al Qarni-Mereka tergolong orang yang di jauhkan Allah dari rahmatNya. Dia jadikan tuli pendengaran mereka dari hal-hal yang bermanfaat dan butakan pengelihatan mereka dari bukti yang jelas dan dalil-dali yang bermanfaat. Mereka orang-orang yang sentiasa berada dalam kesesatan.m.s 125 vol 4) WaAllahu'alam.

No comments:

Post a Comment