NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Thursday, May 17, 2012

ORANG MELAYU

Salam

SETIBANYA DI BANDARA HASNAN JEODDIN TANJUNG PANDAN PULAU BELITUNG TEAM KAMI DI SAMBUT DENGAN ALUAN LASKAR PELANGI SIMBOL BELITUNG MASAKINI

PANTAI PULAU BELITUNG YANG BELUM TERCEMAR

Khamis 17 Mei 2012

Alhamdulillah musafir ke Bandung-Garut-Jakarta-Belitung-Jakarta sempurna di lalui dengan penuh kenangan manis.



Sejak lama tidak menulis blog saya kehilangan idea sehinggalah saat melawat Pulau Belitung dan berkenalan dengan sejarah dan suasana di sana kerana banyak penemuan baru yang saya tidak menyangkanya. Antara yang paling mengejutkan saya ialah majoriti rakyat Belitung adalah orang MELAYU. Sebahagian kecil orang BUGIS dan CINA sementara beberapa petugas adalah orang JAWA.


Bercakap tentang orang MELAYU saya agak sensitif kerana ramai yang ingin memperjuangkan nasib orang MELAYU namun tidak satu pun yang IKHLAS, tinggallah orang MELAYU dengan kemelayuannya, layu dan norak (bahasa Indonesia maksudnya kuno, ketinggalan). Saya tidak merendahkan orang Melayu walaupun asal usul bapa dan datuk saya ialah orang BUGIS. Namun perkembangan mutakhir di negara saya memperalatkan nama MELAYU amat menyakitkan hati.

Mujurlah penulis terkenal di Indonesia ANDREA HIRATA dengan buku larisnya LASKAR PELANGI adalah orang MELAYU, barulah sakit hati saya reda sedikit. Blog kali  ini ingin berkongsi tentang pengembaraan saya dengan team tiga orang (empat termasuk pak supir Iwan) ke Pulau Belitung Indonesia dimana ramai orang MELAYU berada dan menyingkap kisah Laskar Pelangi yang menjadi motivasi kejayaan ramai pelajar lndonesia dan Malaysia. Saya menonton VCD filem Laskar Pelangi dua tahun yang lalu iaitu setelah dua tahun kisah tersebut di filemkan (2008) dan menjadi laris di pasaran.

PAK SUPIR MUDA IWAN
GAMBAR ATAS MENIKMATI SEA FOOD YANG POPULAR DI PULAU BELITUNG

Pertama menerpa suasana kami di Belitung sejak di lapangan terbang (Bandara) Hasnan Jeoddin Pulau Pandan Belitung ialah cuacanya. Kabarnya suhu 39 darjah Celcius adalah perkara biasa di Belitung. Teman saya berseluruh dia di lahirkan di London dan merasa kurang selesa dengan cuaca panas, segera mencari AC (Air Condition) atau kipas ke mana sahaja dia pergi, namun jarang bertemu. Lucu juga memerhatikan tingkah laku teman ini bila kepanasan, apatah lagi kami baru kembali daripada kawasan pergunungan sejuk di Garut!

Pokoknya masyarakat di pulau di mana pun memang sudah 'acclamatise' (sesuai dengan cuaca) panas dan langsung tidak kisah samada terdapat AC atau kipas. Di sebuah kedai menjual buku-buku dan busana Muslim pengusahanya terkejut bila di tanya mengapa tidak ada kipas dalam kedai yang agak sesak. Kelihatan barang-barang jualan pun pudar dan mudah di makan cuaca. Saya membeli sehelai tudung panjang dan sekembali di hotel terus membasuhnya jelas agak penuh debu.



PANTAI DI BELITUNG TENANG TIADA OMBAK DAN MEMUTIH PASIRNYA SEJAUH MATA MEMANDANG

Penemuan kedua ialah keadaan tenang, santai dan tidak macet seperti di bandar lain di Indonesia. Rakyat di Belitung amat santai dengan pekerjaan buruh syarikat bijih timah, nelayan atau petani. Sebahagian besar taukeh kedai termasuk makanan halal adalah orang Cina. Agak ganjil tekak saya mulanya namun tertebus di hari kedua dengan masakan Melayu asam pedas ikan merah segar.

LAUK ASAM PEDAS MASAKAN MELAYU YANG ENAK

Kerajaan Indonesia kabarnya ingin mempromosi Pulau Belitung menjadi tempat wisata (pelancungan) seperti Pulau Bali dengan menawarkan harga murah penginapan di hotel yang agak mewah suasananya. Dengarnya pantai di Pulau ini kurang ombaknya kerana berada di antara Pulau Sumatera dan Borneo.      


HOTEL BERTARAF 4-5 BINTANG MULA WUJUD DI BELITUNG

PETA PULAU BELITUNG (BILLITON) SATU JAM PENERBANGAN DARIPADA JAKARTA

Yang menariknya Belitung mula terkenal dengan filem Laskar Pelangi mengisahkan kejayaan pelajar miskin sekolah Muhammadiyah yang berteraskan moral dan agama. Saya amat suka perkembangan ini dan terus membeli SEMUA novel karya ANDREA HIRATA dalam sebuah kedai buku di Belitung. Pelik rasanya dalam usia lanjut ini saya mula membaca novel namun nawaitu saya ialah ingin mengenal hati budi penulis dan cara berfikirnya sebagai ORANG MELAYU.

 DI TENGAH-TENGAH PANAS BERLATARBELAKANGKAN REPLIKA SEKOLAH MUHAMMADIYAH LASKAR PELANGI BELITUNG
KENANGAN DI LOKASI PENGGAMBARAN FILEM LASKAR PELANGI
Mungkin saya tidak begitu taksub sebagai orang BUGIS kerana ibu saya orang MELAYU. Saya sanggup melunturkan KEBUGISAN saya kiranya ada sikap dan tanggapan orang Melayu yang sesuai dengan prinsip saya sebagai MUSLIM FIRST. Setakat ini dulu, bertemu lagi insyaAllah. WaAllahu'alam.


2 comments:

  1. Satu tulisan yang baik. Saya telah lama ingin memijakkan kaki di Pulau Belitung, namun kerana kerja dan segala macam rintangan, nampaknya hasrat itu masih belum kesampaian. Mungkin Sdr boleh memberikan beberapa maklumat terperinci tentang Pulau Belitung ini untuk panduan saya atau lain-lain pembaca blog yang mungkin ingin ke sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah sdr theriderinblack

      Penerbangan Sriwijaya Air Indonesia berlepas dpd Lapangan terbang Seokrano-Hatta, saya tak check berapakali sehari,tapi lebih sekalilah. Tiba di Belitug kami menginap di Billiton Hotel di tengah bandar Tanjung pandan, sekarang musim promosi, agak murah. Executive room lumayan mewah dan brekfast selera Melayu.

      Kalau mau supir dan kereta sewa sila hubungi Pak Iwan +62 8194 91 35564. Beliau biasa dan sedia membawa sdr kemana sahaja tempat pelancungan yang menarik di sekitar Pulau Belitung termasuk boat ride ke Pulau-pulau2 berhampiran.

      Selamat berkunjung ke bumi laskar pelangi

      Delete