NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Thursday, May 3, 2012

BARAKAH

Salam

Khamis 3 Mei  2012

 PEMANDANGAN NEGERI KELANTAN DARIPADA PESAWAT FIREFLY

26-30 April saya berada di bumi Kelantan menyahut seruan tahun melawat Kelantan 2012. Alhamdulillah satu kerehatan yang tenang di negeri penuh barakah.  Saya dapat perhatikan banyak bas pelancung menunjukkan ramai pelancung luar negeri Kelantan yang datang sekalipun 28 hb merupakan hari perhimpunan BERSIH 03 di Kuala Lumpur.

Agak lama tidak menulis blog kerana kurang kesempatan sekalipun berhadapan dengan pelbagai kemelut politik negara dan bayang-bayang persepsi yang keliru terhadap banyak isu. BERSIH 03 berlangsung dengan jayanya di merata tempat khabarnya di seluruh dunia tapi tidak kelihatan di Kota Bahru. Malah jam 2.00 petang tarikh tersebut saya berada di tengah bandar KB menjamu selera dengan guru dan beberapa pelajar Mahaad AlManar.

Mau tak mau saya terpaksa juga menyatakan prinsip hidup saya melihat perkembangan politik negara yang gawat mutakhir ini. Saya yang memegang prinsip BARAKAH seperti yang terakam dalam AlQuran Surah Al-Araf 96 memang merindui tampilnya pemimpin yang BERIMAN DAN BERTAQWA mentadbir negara kerana itu sahaja pilihan yang akan menyelamatkan umat di dunia ini dan menjanjikan keberkatan dari langit dan bumi. Namun proses melahirkan bakal pemimpin bukan menjadi agenda pemerintah yang terang-terang menolak hukum Allah kecuali dalam pentadbiran Negeri Kelantan.  

Doa memohon seorang pemimpin yang mengasihi rakyat sering kita baca (Allahumma la thusalid alaina man yarhamuna) Ya Allah janganlah Engkau beri KEKUASAAN kepada orang yang tidak akan menyayangi kami (Hadis AtTirmizi)

Atas prinsip itu juga gerak kerja saya harus mempamirkan komitmen ini antaranya sentiasa memikirkan untuk mengujudkan AKADEMI IHES (Integrated and Holistic Education System) dan mendokong apa sahaja usaha ke arah memertabatkan sistem pembelajaran AlQuran di mana-mana Mahaad (Sekolah Agama) dan sekolah swasta yang ada di sana program hafazan dan pendidikan AlQuran.

BERSAMA TIGA PELAJAR MAHAAD ALMANAR ASAL FILIPINA

Sekolah AlBanat (Perempuan) Mahaad Bahasa Arab dan AlQuran AlManar Selinsing Pasir Putih merupakan sebuah sekolah yang menjadi projek saya sejak 3 tahun yang lalu. Awalnya cucu saya bersekolah di sana dan sumbangan saya bermula untuk memberi motivasi kepadanya. Namun bukan rezekinya untuk terus mendapat bimbingan bersama rakan-rakan yang masih kekal di AlManar. Tapi doa saya untuk kejayaannya dalam SPM tahun ini bersama teman-teman di AlManar tetap utuh insyaAllah.

SEPERTI BIASA LAWATAN DI CERIAKAN DENGAN PERSEMBAHAN PELAJAR

Menjalin silaturrahim dan melihat sendiri perkembangan pembelajaran pelajar AlManar merupakan nikmat terbesar dari Allah pada saya dalam lawatan ke Kelantan. Tergambar di wawasan saya betapa pelajar yang terpilih di sekolah ini nanti akan menjadi warga yang solehah dan menyumbang kepada ujudnya negara yang bertamaddun lslam. Dalam sesi pertemuan dengan pelajar banyak persoalan di bangkitkan, yang paling mendesak ialah tekanan pelajar menghadapi tahun peperiksaan di samping meneruskan hafazan. Seolah-olah keseimbangan dua tuntutan iaitu pembelajaran AlQuran dan akademik (SPM) menghadapi jalan buntu.


PROGRAM MOTIVASI 'KENAPA KOPI MANIS'

Lantas saya berkongsi pandangan terhadap kejayaan pelajar sekolah yang melaksanakan konsep IHES. Pelajar IHES melihat pendidikan apapun sebagai "PINTU" yang membuka peluang kepada pelbagai kejayaan yang berterusan bukan sekadar mencapai target 10A1. Mereka merasa MANISnya belajar umpama manisnya minuman yang perlu 'di kacau'(stir) ke tahap enak di minum.

Satu soalan cepumas saya kemukakan kepada pelajar AlManar iaitu 'Apa yang membuatkan kopi manis di minum'. Hanya di saat akhir seorang bekas pelajar AlManar yang kini menjadi mentor berjaya menjawabnya iaitu 'kacau air itu'. Saya yakin jawapannya adalah hasil pengalaman luas beliau menikmati kemanisan belajar berteraskan AlQuran dan Sunnah di Darul Quran KL kini. Maksud 'kacau' ialah bergerak dan berusaha mengadunkan semua nikmat Allah kearah mencapai redhaNya. Kalau tidak ada sebarang usaha untuk merasa manisnya IMAN tidak akan mungkin seseorang akan merasai MANISNYA belajar mencari ilmu terutama ilmu AlQuran.

MENU STEAMBOAT ALA BANGKOK AMAT MENYELERAKAN DI KB


Tajuk blog saya kali ini ingin berkongsi nikmat BARAKAH yang saya rasakan di negeri Kelantan. Sewaktu bersiar-siar dan melihat gerai pelbagai jualan di Pasar Siti Khadijah saya sempat bertanya mengapa tidak di pasang Air Condition di tingkat menjual kain sutera untuk menjaga kain agar tidak mudah rosak. Jawapan yang mudah ialah nanti kos sewa melonjak. Bila saya tanya berapa sewa gerai, terkejut juga kerana harganya RM2.00 (Dua Ringgit sahaja) sehari! MasyaAllah satu penemuan yang menakjubkan saya kerana sewa yang begitu murah membawa KEBERKATAN kepada seluruh rakyat yang akan menikmati kesan harga barang yang berpatutan.

Di saat berita yang menggemparkan negara bahawa harga bahan asas berterusan meningkat naik negeri Kelantan mampu bertahan dengan mengenakan sewa yang begitu rendah. Ini yang saya maksudkan BARAKAH. Tidak menghairankan begitu ramai peniaga dan pengusaha yang suka berniaga dan tidak kurang pula warga Kelantan yang berjaya di seluruh pelusuk negara ini.

PASAR MALAM DI TENGAH-TENGAH BANDAR KB MERIAH DI KUNJUNGI PELANCUNG

Memikirkan pentadbiran negara Malaysia yang begitu kacau mutakhir ini termasuk kesan perhimpunan BERSIH yang di katakan telah berlaku penangkapan serta bukti kezaliman pihak polis di tambah pembohongan maklumat termasuk fitnah di sana sini saya yakin ia adalah satu MUSIBAH, berbanding BARAKAH. Ketara penilaian beberapa pihak yang menganalisa perkembangan negara bahawa mertabat Malaysia di mata dunia menjunam terus.

Doa saya hanyalah agar di beri kesempatan 'berjihad' menegakkan kebenaran dan menanamkan IMAN sebagai penggerak perubahan seperti yang banyak berlaku kepada insan yang di beri hidayah sejak awal penciptaan manusia hingga ke akhir zaman. Semoga dengan usaha kecil dan sedikit akan menjadikan kehidupan penuh BARAKAH, insyaAllah.

No comments:

Post a Comment