NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Monday, February 6, 2012

MERINDUI MU YA RASULULLAH





Salam

BARISAN PESERTA BERSAMA MODERATOR PROGRAM LATIHAN IHES

Isnin 6 Februari 2012/ 13 Rabiulawal 1433H.

Sekembalinya saya daripada program latihan guru-guru Situwangi Boarding School (SBS) berkaitan IHES (Integrated and Holistic Education System) di Hotel Putra Kuala Lumpur selama tiga hari 3-5 Februari 2012 yang di kendalikan Prof Hasni saya di serang KERINDUAN. Titis air mata mensyukuri anugerah Allah bahawa dalam umur sebegini saya mampu lagi menyelaraskan sebuah pertemuan hati-hati insan ke arah berukhwwah menegakkan Generasi AlQuran melalui Quranic Generation Development Program (QGDP).


MODERATOR PROGRAM LATIHAN IHES DAN ISTERI

SEBAHAGIAN PESERTA TERMASUK KETUA YAYASAN SBS

Sebut sahaja sesuatu yang menggunakan kerangka AlQuran dan Sunnah pasti hati kecil orang-orang beriman dan bertaqwa bergetar dengan MERINDUI murrobbi agung Rasulullah saw. Kini dalam bulan Rabiuawal baginda di lahirkan MERINDUI Rasulullah saw perlu di perkukuhkan kerana kita ingin di iktiraf sebagai umat baginda di Padang Mahsyar nanti insyaAllah. Sepanjang program sifat-sifat murobbi menjadi paksi iaitu orang-orang yang memiliki kehangatan iman,ruh yang kuat, jiwa yang suci, motivasi yang tinggi, perasaan yang lapang dan mampu mempengaruhi orang lain. (petikan buku Tarbiyah Hasan Al Bana oleh Dr Yusuf al Qaradhawi m.s 14)  

HARAPAN YANG MENGGUNUNG UNTUK MELAHIRKAN GENERASI ALQURAN YANG BERANI DAN KUAT

Sejarah karier saya selepas bersara awal daripada perkhidmatan kerajaan ialah bersama peserta kursus PPRT (Program Pembangunan Rakyat Termiskin). Ketara selepas kursus 3 atau 4 hari ialah hubungan mantap hati-hati kami dan peserta ke tahap kami akan menangis beramai-ramai kerana perpisahan yang berlaku selepas kursus, mungkin ia perpisahan yang terakhir, almaklum peserta datang daripada ceruk kampong dan berjauhan untuk kerap bertemu. Saya masih ingat insiden membuat latihan dengan kumpulan ibu-ibu tunggal daripada Pendang Kedah yang di jalankan di Pulau Langkawi. Sebaik sampai ke Kuala Perlis di mana dua buah bas sedia menunggu untuk membawa peserta pulang, hampir semua peserta mengerumuni saya dan pembantu; mereka enggan pulang menaiki bas.




LANGKAWI SEKARANG MEMBAWA NOSTALGIA LAMA


Rahsianya ialah KERINDUAN hati-hati peserta yang kami ikat dengan kekuatan silaturrahim. Alhamdulillah selepas bengak-bengak mata dua tiga hari masing-masing kami dan peserta kembali ke alam biasa, menjalankan rutin biasa, yang tinggal hanyalah RINDU. Sekali sekala kami melawat Pendang, namun ketika lama berjauhan ramai yang kehilangan kehangatan rindu. Hari ini setelah bertahun-tahun meninggalkan program hanya satu dua muka peserta menerpa dalam ingatan saya, harap-harap mereka terus mendoakan saya seperti saya akan sentiasa mendoakan mereka kekal istiqamah di atas jalan AlQuran dan sunnah,ameen.

 PROGRAM DI AWALI JAMUAN MAKAN MALAM DI RESTORAN D'ARAB CAFE SHAH ALAM

Kembali mengimbau QGDP yang merupakan usaha memertabatkan pengajian AlQuran di era moden supaya kesan sentuhan AlQuran melahirkan hasil yang barakah, saya berdoa ianya cepat berkembang untuk di laksanakan kepada lebih banyak institusi pengajian di semua peringkat di seluruh dunia.

BARISAN MUROBBI SBS SEWAKTU LAWATAN KE SEKOLAH TAHFIZ HIRA'

Pertama kali saya mengenal GENERASI ALQURAN YANG UNIK ialah membaca buku 'milestone/petunjuk sepanjang jalan' hasil tulisan AsSyahid Sayyid Qutb seorang anggota Ikwan Muslimun di Mesir.Walaupun penulis di anggap pejuang ektrim dan telah di jatuhkan hukuman bunuh oleh pemimpin Jamal Nasser (dan bukunya di haramkan di Mesir termasuk satu ketika dahulu di Malaysia) jiwa bawah sedar saya amat terkesan dengan hujjah-hujjah yang diberikannya.

Antara tiga syarat melahirkan generasi Alquran yang saya ingat hingga kehari ini ialah 1.Mengambil SUMBER BERSIH dan jernih daripada AlQuran, Sunnah dan Ulamak Muktabar, 2. Mematuhi perintah AlQuran untuk di LAKSANAKAN dalam kehidupan dan 3. MEMUTUSKAN hubungan total dengan sistem JAHILIYYAH (sistem yang menolak kuasa Allah).

Dalam menentukan sumber yang masuk dalam minda dan fikiran kita bersih, jernih dan suci sumber-sumber dusta, palsu, tuduhan dan syak wasangka perlu di hindarkan ke tahap menolak total membaca dan mendengar berita tersebut, apatah lagi memerhatikan dan membuat komen. Tidak menghairankan jika ada golongan masyarakat yang memboikot akhbar serta berita palsu dan songsang kerana mereka tidak mahu menanggung kesal di akhirat nanti. Bagi yang lebih matang menapis berita silalah menghabiskan masa menapis namun saya termasuk ke dalam golongan mereka yang akan tetap memboikot kepalsuan sama seperti saya memboikot produk hasil keluaran Yahudi laknatullah yang merampas negara Palestin.

Menatap ketiga-tiga syarat tersebut saya MERINDUI Rasulullah saw kerana baginda mendidik para sahabat awal melalui kaedah tersebut. AlQuran di turunkan untuk di laksanakan dan para sahabat tidak akan menghafal ayat baru sebelum melakasanakan ayat terdahulu. Memutuskan hubungan dengan sistem Jahiliyah berlaku sewaktu kumpulan pertama bertemu secara sulit di rumah Arqam ibn Arqam menghayati semua perintah alQuran mencontohi akhlak Rasulullah sendiri sebagai 'AlQuran berjalan' dan tarbiyyah ini berlangsung selama 13 tahun di bumi Mekah. Hijrah baginda ke Madinah atas perintah Allah adalah semata-mata bertujuan memelihara dan demi masa depan agama lslam yang mendapat tentangan hebat kaum Quraish di Mekah.

Terkini kita umat lslam menerima agama mulia ini tanpa banyak masalah namun pelaksanaannya ternyata TIDAK MUDAH kerana SUNNATULLAH yang perlu berlaku ialah kita kena buat sesuatu yang di REDHAI ALLAH agar dapat menjaga kemuliaan lslam sepanjang zaman. Untuk mecari  keredhaan Allah kita perlu persiapkan diri dengan TAQWA. Taqwa adalah buah hasil akar umbi IMAN yang kukuh dan pokok rendang lSLAM yang di ukir dengan hati yang IKHLAS serta nilai-nilai mulia lslam terutama ukhuwah (persaudaraan). Natijahnya akan menerima janji Allah dalam surah Al-Araf 96: 'Jika sebuah wilayah beriman dan bertaqwa akan di bukakan pintu keberkatan dari langit dan bumi...'

MERINDUIMU YA RASULULLAH ialah kerana begitu sukarnya kami umat akhir zaman ini meletakkan asas AlQuran walau kepada ahli keluarga kami sendiri kerana ia harus bermula dengan ilmu yang mesti di timba dengan kerelaan sendiri setelah di beri kesedaran tentang siapa diri kita, untuk apa kita di hidupkan dan ke mana kita akan pergi akhirnya. Untuk itu kita perlu merubah suasana masyarakat yang songsang hari ini melalui penerapan sistem menimba ilmu khususnya QGDP kepada semua peringkat umur manusia.

Fasa-fasa membaca Alquran, memahami AlQuran, melaksana perintah alQuran dan menghayati (IMMERSION) nilai-nilai alQuran seharusnya berlaku sepertimana yang di lakukan Rasulullah saw. Satu kerja besar yag sama-sama kita kena lakukan walaupun bermula dengan niat yang baik.

Malangnya umat lslam hari ini bukan sahaja di landa serangan sistem jahiliyah yang amat parah, tetapi juga kesedaran umat yang begitu rapoh dengan penyakit AIDS (Angkuh,Irihati,Dendam dan Sarakah) sehingga membelakangkan persaudaraan sesama lslam. Saya nasihatkan diri saya dan mereka yang terjebak dalam perangkap bahaya senario hari ini 'bercakaplah yang baik atau DIAM' WaAllahua'lam.

TAMBAHAN GAMBAR PROGRAM LATIHAN IHES   



WAKIL IPTA UKM DAN UUM TURUT HADIR

No comments:

Post a Comment