NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Monday, February 13, 2012

AKHLAK ITU SPONTAN



Salam

Isnin 13 Februari 2011/ 20 RabiulAwal 1433H

 TUJUAN MUSAFIR INGIN BERSAMA ANAK CUCU

BERZIARAH RUMAH BAPA PENGANTIN DI BATU PAHAT


Sejak hari Khamis 9 Februari hingga Ahad 12 Februari saya bermusafir ke Johor Baharu melalui Batu Pahat dan Simpang Renggam menziarahi kaum kerabat dan anak cucu yang menetap di kedua daerah negeri Johor.

MELAKARKAN KARENAH CUCU-CUCU DI PASARAYA


Nostalgia berada di negeri lahir bukan sedikit kerana saya bersekolah hingga ke tingkatan lima di Muar dan pernah menjawat jawatan sementara di pejabat SUK Johor,Johor Baharu. Perubahan ketara di mana-mana terutama di kawasan Iskandar Johor Baharu. Budaya orang Johor masih kekal, aneka makanan tidak banyak berubah. Adat meminang yang kami hadir masih sama walau lebih ringkas.

BERSAMA KELUARGA ROMBONGAN MEMINANG SEBELUM DINNER

Tajuk blog saya ingin meyorot tindak tanduk manusia yang di sebut AKHLAK.  Sempena musim Maulidil Rasul Muhammad saw isu ini amat releven kerana baginda di bangkitkan untuk menyempurnakan AKHLAK manusia. Dalam AlQuran juga gesaan mencontohi peribadi Rasulullah saw jelas bagi mereka yang berharap kembali kepada Allah dan hari akhirat serta banyak berzikir mengingati Allah.(Surah Al Ahzab 21)

MAKAN DURIAN PUN ADA AKHLAKNYA-BE YOURSELF, AKHLAK ITU SPONTAN

Akhlak adalah perbuatan atau tindakan seseorang pada setiap saat. Namun akhlak yang terserlah ialah yang SPONTAN di lakukan ketika tenang dan gawat,ketika marah dan redho, ketika sedih dan gembira, ketika alpa dan sedar. Akhlak Spontan itulah DIRI KITA kerana ia hasil sebatinya pemikiran, sikap dan emosi yang di terapkan sepanjang hayat. Ada orang beranggapan akhlak spontan tidak dapat di kawal kerana ia mengikut persekitaran.

Tetapi saya masih menganggap AKHLAK SPONTAN adalah hasil didikan sejak kecil, pendedahan dalam pergaulan serta jati diri seseorang yang terbentuk kesan ilmu yang di terima daripada pelbagai sumber. Yang paling utama ialah matlamat berAKHLAK. Adakah ia untuk pamer-pamer atau berlakon atau hasil penerapan terbiyah jiwa yang ingin kembali kepada Allah SWT membawa sekeping hati yang hidup dan mati kerana mencari redhoNya.

MAHALNYA HIDANGAN KETAM..SEDAPNYA


Kisah dalam blog ini ingin menyentuh akhlak secara umum hasil pemerhatian saya sewaktu bermusafir. Dalam sebuah restoran terkenal di JB kami sedang menikmati makan malam tiba-tiba terdengar sorak bergema di sebelah luar. Rupanya perlawanan bola sedang di pertontonkan dalam skrin TV besar di mana setiap kali saat pemain gagal menjaring gol sorak sorai membingarkan...satu akhlak spontan terpacul keluar melalui mulut seorang penonton..stupid, bastard, go to hell....ramai yang tergamam namun penonton menganggap ia perkara biasa dalam memberi sokongan kepada teamnya.   Rasa sedih, kasihan dan simpati kepada penonton yang menampilkan akhlak maki hamun menyebabkan kami terus pulang selepas makan malam.

SATU PAGI DI SEBUAH KAMPONG DI SIMPANG RENGGAM JOHOR


Saya sempat bermalam di Simpang Renggam rumah anak saya yang menetap dikawasan kampong. Suasana damai,tenang dan sepi mengingatkan saya waktu kecil di kampong, tiada hawa dingin, tiada attached bathroom. Lama juga saya tidak bersama anak cucu di rumahnya.Pagi-pagi anak saya mula mengejutkan anak-anaknya yang tiga orang untuk ke sekolah. Nampak perbezaan cara anak-anak di gerakkan. Tidak lagi tergesa-gesa mengejar masa, suara lunak memanggil nama anak-anak untuk bangun solat subuh menyenangkan gendang telinga. Alhamdulillah tinggal di kampong rupanya menampilkan AKHLAK SPONTAN  yang lebih tenang. Doa saya akhlak ini kekal sebagai kenangan anak-anak membesar dalam dakapan kasih sayang ibu bapa yang beriman dan bertaqwa.

DOAKAN KEBAIKAN SEMUA INSAN TUGAS ORANG YANG BERIMAN


AKHLAK SPONTAN turut berlaku dalam minda bawah sedar. Setiap insiden yang berlaku minda kita akan terus membuat rumusan baik atau buruk bergantung kepada paksi nilai yang digunakan. Sering kita lupa bahawa rumusan yang di buat merupakan satu pengharapan atau doa yang kadang-kadang menjadi kenyataan kerana minda kita percaya dan mengharapkan rumusan kita itu benar dan akan terjadi depan mata.

Contohnya dalam kisah kami menghantar rombongan peminangan minda saya sendiri berkata-kata mengapa bakal pasangan anak saudara suami saya tidak menutup aurat. Namun setengah ahli rombongan kurang sabar menahan komen lantas bersuara...eh orang Johor tak bertudung? saya anak Johor...membetulkan komen. "Doakan, satu hari dia akan menutup aurat." Akhlak spontan telah mengasilkan komen yang kadangkala menyinggung, namun inilah rempah ratus pergaulan.

 KENANGAN MAJLIS PERTUNANGAN BAKAL ISTERI ANAK SAUDARA SUAMI SAYA
 BAKAL PENGANTIN BERSAMA IBU PASANGAN LELAKI

Pada hari Ahad spontan saya dikejutkan dengan pertemuan seorang teman kolej sewaktu tingkatan 6 di akhir tahun 60an dalam majlis perkahwinan anak saudara saya di Batu Pahat. Aziah Amiruddin nama yang tidak tertonjol sewaktu tingkatan 6 di Kolej Tunku Kurshiah sama seperti saya kecuali nama bapa saya yang unik sedikit. Aziah peribadi yang tekun pendiam sewaktu di kolej berbanding nama-nama lain yang tertonjol bijak serta suka bersuara. Saya ingat Aziah, namun dia sukar mengenali saya sekalipun saya ada bersama rombongan menghantar pernikahan anak saudara saya di Perlis. Rupanya dia emak saudara kepada isteri anak saudara saya. Katanya sewaktu bertanya anak saudara saya samada saya pernah bersekolah di Kolej Tunku Kurshiah anak saudara saya tidak ada maklumat. Akhlak spontan mengatakan saya tidak ada sebab ingin membesar-besarkan di mana saya bersekolah. Alhamdulillah kami sama-sama mengucap syukur kini kami sudah menjalin persaudaraan melalui perkahwinan anak saudara masing-masing.

BERSAMA AZIAH AMIRUDDIN KINI BERSAUDARA MELALUI IKATAN PERKAHWINAN


Menyorot kembali isu bahawa AKHLAK ITU SPONTAN ia merupakan hasil satu proses SEBATI atau dalam bahasa biasa bergelumang dalam satu acuan yang kukuh berteraskan kebenaran. Dalam AlQuran Surah Al-Baqarah ayat 138 berbunyi:
" Katakanlah wahai orang-orang yang beriman agama lslam yang kami telah SEBATI dengannya ialah celupan Allah (yang mencorakkan seluruh kehidupan kami dengan corak lslam) dan siapakah yang lebih baik celupannya daripada Allah? (Kami telah percayakan Allah) dan kepadaNyalah kami beribadat."   Maksudnya akhlak spontan yang lahir daripada sebatinya acuan AlQuran ialah perintah Alquran itu sendiri kerana Rasulullah saw dan para sahabat awal pernah di sebut sebagai 'AlQuran Berjalan'

 KECERIAAN IBU PENGANTIN BERSAMA TETAMU DARI KAJANG
 PENGANTIN BERSAMA SEBAHAGIAN AHLI KELUARGA SAYA
SEBAHAGIAN AHLI KOHATSA


Menepati proses 'IMMERSION' yang telah di perkenalkan melalui Quranic Generation Development Program (QGDP) dalam latihan yang saya hadir baru-baru ini saya merumuskan bahawa yang SPONTAN DALAM AKHLAK ialah nawaitu seseorang, hasrat yang ingin di capainya (dengan apa cara sekalipun) dan isi hati yang tersimpan beberapa lama yang tercurah tanpa kawalan. Perlulah seseorang itu berhati-hati dalam mencurahkan hasrat hati di bimbangi ia akan mecerminkan SIAPA DIRI KITA SEBENARNYA tanpa bertopengkan nama, kebesaran,harta, organisasi atau apa sekalipun. WaAllahu'alam.

PENGANTIN MERAIKAN TETAMU DARI JB

BERSUA TEMAN-TEMAN LAMA

No comments:

Post a Comment