NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Saturday, February 18, 2012

USWATUN HASANAH (CONTOH AKHLAK TERBAIK)

Salam




Sabtu 18 Februari 2011/25 Rabiuawal 1433H

Sepanjang minggu agak terikat dengan beberapa urusan yang perlu di selesaikan termasuk membantu Mudir Situwangi Boarding School (SBS) Garut memulakan penempatan di Sekolah Integrasi Sains Kg Jawa Kelang. Alhamdulillah semua beres dan Mudir telah pun berlepas pulang ke Indonesia tengahari tadi dengan selamat.

 PERTEMUAN SILATURRAHIM ANTARA SEPUPU


Umat lslam sedunia masih lagi berada dalam bulan yang mulia kelahiran Nabi Muhammad sebagai rahmat seluruh alam. Di sekitar saya dan famili bertuah juga mereka yang di lahirkan dalam bulan ini kerana sempena menyempurnakan janji untuk memberi hadiah kepada kumpulan yang menyertai pertandingan melakarkan kisah lawatan ke lndonesia akhir tahun 2011 samada dalam bentuk tulisan atau multimedia tarikh 18 Februari 2012 telah di tetapkan untuk mengadakan persembahan dan meraikan hari jadi ahli keluarga kebetulan anak lelaki dan tiga orang cucu saya. Majlis juga diadakan bertujuan merapatkan hubungan silaturahim kaum kerabat yang sudi hadir dan memperingati tinggalan Rasulullah saw terutama hadis dan sunnah kehidupan baginda.

 SYUKUR HARI LAHIR DALAM BULAN RABIULAWAL
MENGGEMBIRAKAN ANAK KECIL SATU CONTOH YANG AKAN DI KENANG

Demikianlah tajuk blog kali ini iaitu untuk menilai sejauh mana kita telah dapat menjadi contoh terbaik kepada generasi yang akan menggantikan kita. Rasulullah dan para sahabat telahpun mewakafkan kehidupan mereka untuk kita umat lslam contohi dari segi amal soleh maupun jihad dalam pelbagai medan tidak terkecuali berperang dan syahid demi menegakkan deen lslam dimuka bumi Allah. Tidak ada di sana tinggalan harta melimpah ruah untuk di agih atau kekayaan tersergam untuk di banggakan. Apabila tiba kematian kepada seorang anak Adam, menurut hadis Rasulullah saw, terputus amal kecuali tiga perkara iaitu ILMU YANG BERMANFAAT, SADAQAH JARIAH DAN ANAK YANG SOLEH YANG MENDOAKAN.
  
 ANTARA TETAMU YANG JUGA PESERTA MUSAFIR KE INDONESIA
 SAHABAT DAN KANALAN YANG SUDI HADIR MENIKMATI CITARASA ARAB

Majlis yang di adakan pada jam 8.00 malam di restoran D'Arab Cafe sebelah Pasaraya Giant Seksyen 7 Shah Alam dihadiri teman usrah dan ahli keluarga. Persiapan teknikal agak kurang sempurna kerana tujuan perjumpaan hanya melihat persembahan multimedia dan bertemu makan-makan sahaja. Namun dalam hingar bingar sebuah restoran yang beroperasi seperti biasa saya cuba juga memaklumkan tujuan pertemuan ialah untuk anak-anak dan generasi muda melihat contoh hidup kita (uswah) dimana jika contoh baik ia merupakan amal soleh yang akan di ikuti bila mereka dewasa. Anak cucu akan melihat cara hidup kita:  ilmu apa yang kita kuasai, sedekah apa yang kita lakukan dan doa apa yang kita baca untuk di tuju kepada siapa. Melalui pengalaman saya program musafir merupakan satu cara menerapkan contoh yang di sebutkan dengan berkesan.

KAUM KERABAT

Saya juga teringat latihan Integrated & Holistic Education System(IHES) yang menjuruskan maksud hadis di atas untuk menyempurnakan sebanyak ilmu kepada pelajar sebagai asas (FOUNDATION), meransang ekonomi umat lslam sebagai wasilah (MEANS) agar dapat berinfaq dan sadaqah jariah di mana hasil yang di harapkan ialah ANAK YANG SOLEH (OUTPUT). Lebih kukuhlah semangat saya agar IHES segera di sebarkan dan dilaksanakan insyaAllah.
 
Merenung tajuk contoh akhlak terbaik (usawatun hasanah), dua perkara menyentuh perasaan saya untuk di perkukuhkan termasuk siapa sahaja yang sama-sama menginsafi dua isu ini. Pertama ialah kisah seorang sahabat yang permintaannya hanya ingin bersama Rasulullah saw di Syurga di mana Rasulullah saw menjawab 'tolonglah aku untuk menolongmu dengan memperbanyakkan SUJUD' Kedua kisah Saidina Umar memukul seorang penduduk yang sanggup berhutang semata-mata untuk membeli buah-buahan kegemarannya. Saidina Umar menasihatkan 'KAWAL NAFSUmu'
  
Memperbanyakkan sujud memerlukan kesabaran mengerjakan ibadah solat dan merenung diri dengan penuh kerendahan. Bagi yang tinggi ego diri ia perkara yang tidak mudah...ada sahaja alasan yang di ransang nafsu jahat dan bisikan syaitan, apatah lagi jika agenda hidup kita tersasar untuk menegakkan kebenaran diri sendiri dan merasakan orang lain semua salah. Saya petik nukilan seorang ustaz dibawah ini untuk kita sama-sama renungi: 

Bagi mengendalikan nafsu kena mengetahui terlebih dulu pintu kemasukan syaitan yang boleh merosakkan nafsu, iaitu:
- Terlalu cinta kepada dunia, sehingga tewas cinta Allah.
- Tamak haloba, hingga lupa kemahuan dan kemampuan diri. Maknanya, walaupun tidak mampu, mereka tetap mahukannya.
- Hasad dengki, iaitu berasa senang apabila orang lain mendapat musibah tetapi susah hati apabila orang lain mendapat kesenangan. Tidakkah dengki namanya itu?
- Wanita. Nafsu boleh rosak kerana wanita. Bagi lelaki, nafsu boleh jadi tidak terkawal apabila berdepan wanita.
- Gopoh gapah, maksudnya tidak berfikir panjang dalam melakukan sesuatu.
- Taksub, iaitu sifat atau pegangan yang keterlaluan dalam menghadapi sesuatu. Disebut juga fanatik.


Dalam lain perkataan untuk menjadi contoh akhlak terbaik (uswatun hasanah) contohi sabda Rasulullah saw 'PERBANYAKKAN SUJUD' dan ikuti nasihat Saidina Umar 'KAWAL NAFSU'

Seorang penulis tersohor Amru Khalid menulis dalam bukunya 'Meniti Jalan ke Syurga' m.s 253 

  " Apakah pernah terlintas dalam benak anda bahawa para ulama' dan para pendakwah menjadi tokoh besar begitu saja sejak dilahirkan dimuka bumi ini? Tidak! Untuk menjadi orang besar mereka harus berjuang terlebih dahulu untuk memerangi nafsu mereka hingga Allah swt berkenan MEMBESARKAN nama mereka."


MasyaAllah...KECILnya darjat saya yang sering tewas dengan nafsu dan kurang pula sujud sedangkan umur semakin senja.Ya Allah beri aku petunjuk dan kemampuan untuk melakukan dua perkara yang aku catit dalam blog ini..ameen

GAMBAR KENANGAN DENGAN PEMENANG DAN SAHABAT HANDAI
LAGI SILATURRAHIM TIGA GENERASI

No comments:

Post a Comment