NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Saturday, January 7, 2012

WELCOME TO HAPPINESS


Salam



PROTECTING GREEN LUNG IS HAPPINESS

Sabtu 7 Januari 2012/ 12 Safar 1433H

Saya sekarang berada di Garuda Plaza Hotel kota Medan Sumatra Utara Indonesia. Di waktu yang sama satu majlis kesyukuran sedang berlangsung di rumah adik saya di Shah Alam yang sejak hari Jumaat menjadi 'the happiest GRANDFATHER of the year' dengan kelahiran cucu lelaki PERTAMAnya. Tahniah kepada Zaid dan isteri yang dapat 'menggembirakan' ibu bapa mereka dengan anugerah Allah yang terbesar kepada sebuah keluarga iaitu melahirkan zuriat yang soleh.

Pada hari Rabu 4 Januari saya sendiri berkongsi kegembiraan seorang bekas ibu tunggal Puan Kamisah dan suaminya Sidek dengan kelahiran anak perempuan mereka Putri Sofea. Dua senario yang berbeza tentang kebahagiaan (happiness) kerana Allah telah 'menggantikan' zuriat kamisah yang meninggal dalam keadaan trajis 8 tahun lalu, sedangkan kegembiraan pasangan yang pertama kali menimang cahaya mata pasti memuncak tinggi. Bagi kalangan orang berada mudah melahirkan kegembiraan dengan mengundang saudara dan teman meraikannya,bagi Kamisah dan suami hanya bersama ahli keluarga terdekat.

KEBAHAGIAAN MENDAPAT PUTRI SOFEA MENGGANTIKAN ZURIAT YANG PERNAH HILANG


Demikianlah 'relatif'nya perbandingan konsep 'bahagia'(happiness) menunjukkan tidak ada 'happiness' yang bersifat sempurna atau perfect di bumi ini berbanding janji Allah tentang bahagia syurga yang di sebutkan dalam sebuah hadis qudsi

'Telah Aku siapkan untuk hamba-hambaKu yang soleh apa yang belum pernah terlihat oleh mata, belum pernah terdengar oleh telinga, dan belum terlintas di hati manusia' 

Begitu juga dengan sifat manusia yang lemah yang amat mengharap rasa bahagia hanya datang daripada Allah SWT. Sunnatullah mengingatkan kita tidak selamanya manusia akan kekal bahagia, kuat, kaya, senang seperti dalam ayat Quran bermaksud ' Allah Dialah yang menciptakan kamu dari keadaan lemah, kemudian Dia menjadikan kamu sesudah keadaan lemah itu menjadi kuat, kemudian Dia menjadikan kamu sesudah kuat itu lemah (kembali). dan beruban. Dia mencipta apa yang di kehendakiNya dan Dialah yang Maha mengetahui lagi Maha Kuasa. (Ar-Rum 54)         

Sewaktu bercuti di Langkawi pada 2 Januari 2012, saya dan suami menjadi tetamu kepada Panorama Langkawi Sdn Bhd (PLSB). Saya tertarik dengan tagline PLSB 'WELCOME TO HAPPINESS' menggambarkan tawaran kegembiraan menaiki cable car menikmati senario indah daripada awan biru...


 BERSAMA STAF PLSB

Saya ingin menyarankan PLSB mengambil peluang tagline 'WELCOME TO HAPPINESS' dengan pelbagai kaedah memperkenalkan ciri-ciri BAHAGIA /HAPPINESS dalam bentuk kembali kepada memelihara alam sekitar, menceritakan kebahagiaan yang perlu di raih umat lslam iaitu kebahagiaan SYURGA sebagai matlamat yang membentuk budaya beriman dan bertaqwa sekalipun dalam suasana berwisata. Bukan senang ya kerana ia menyentuh isu falsafah hidup. Bagi yang menikmati KEBAHAGIAAN dalam pelbagai bentuk insaflah semuanya datang daripada Allah dan semua penciptaan Allah tidak kekal.

Bagi yang dianugerahkan anak sekali-kali jangan tergiur untuk memperlekehkan insan yang belum atau tidak dikurnia anak kerana Rasulullah pernah mengingatkan para sahabat dengan bertanya ' apa yang kalian tahu tentang Ar-Ruqub. Mereka menjawab Ar-Ruqub adalah orang yang tidak di kurniai anak. Rasulullah kemudian bersabda,' Ar-Ruqub adalah orang yang tidak mempersembahkan sesuatu pun dari anaknya.' maksudnya apabila seseorang tidak mendapatkan PAHALA dari anaknya. (Rujukan Ibnu Qayyum Al Jauziah-Tuntutan Solat Rasulullah m.s 283.).

Tanggapan saya ialah selain memiliki anak sebagai tanda kesyukuran seorang hamba Allah mesti memastikan pendidikan anak-anak mereka tidak MERUGIKAN mereka dengan MAKSIAT, sebaliknya hendaklah bersungguh-sungguh meraih PAHALA hasil akhlak dan peribadi anak-anak soleh dan solehah. Anehnya dalam masyarakat akhir zaman yang agak songsang ini ramai ibu bapa yang ingin menjana sesuatu selain PAHALA daripada anak-anak mereka, tak perlu saya sebut apa,fikir-fikirlah.

Antara doa Imam Ghazali berbunyi,' Ya Allah ku pohon USIA yang penuh BAHAGIA, mari kita amalkan.

WaAllahu'alam.

MENIKMATI HAPPINESS DI AWAN BIRU 
   

No comments:

Post a Comment