NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Monday, January 9, 2012

MEDAN MANA,MEDAN APA?


KESEGERAN BUNGA DI DANAU TOBA

Salam

Isnin 9 Januari 2012/ 13 Safar 1433H

Sewaktu saya memberitahu ahli keluarga akan ke Medan...tercetus pertanyaan Medan mana? Medan apa? Lucunya ada yang menyebut Medan Selera, Medan Ikan Bakar...

Lebih 20 tahun yang lalu arwah bapa saya telah di bawa oleh salah seorang adik saya melawat kota Medan Sumatera Indonesia. Yang saya ingat daripada kenangan lawatan tersebut ialah 'Danau Toba'. Kisah kereta yang di pandu laju dan kengerian melihat danau yang dalam daripada atas bukit...Saya ada memasang nawaitu ketika itu untuk melancung ke tempat unik Danau Toba/ Lake Toba satu hari nanti.

DANAO TOBA HERE WE COME


Saat yang di nantikan tiba apabila 'enrich' keahlian penerbangan MAS menawarkan kepada suami saya percutian percuma ke salah satu bandar pilihan sekitar Asia Tenggara, saya terus menyebut MEDAN Indonesia.

Nah..sekarang saya telah menyempurnakan nawaitu melawat DANAO TOBA dengan izin Allah...alhamdulillah syukur. Awal-awal pagi pun saya telah terima berita keputusan mahkamah di Malaysia kes tuduhan liwat di gugurkan dan yang di tuduh bebas. Alhamdulillah Allahu Akbar. Manusia merancang...Allah sebaik-baik perancang. Perancangan Allah ke atas saya dan suami serta pemandu Pak Adi sepanjang hari ini amat sempurna sekali. Kami ingin melawat air terjun dan kolam air panas, namun masa tidak mengizinkan,hanya Danao Toba dan tempat pelancungan atas bukit Brastagi.

Teringat arwah bapa dan emak saya melawat tempat unik ini, memang sayup dan bagi yang ada masalah 'gayat' terasa di tarik-tarik untuk jatuh ke danau. Kebetulan hari Isnin merupakan hari lepas libur/cuti...kami tidak mengalami kesesakan dimana-mana pun. Hari juga mendung terus hujan gerimis hingga membawa kami pulang. Sejuk bukan kepalang,almaklum cuaca atas bukit.   

Maklumat carian google memperlihatkan sejarah Lake Toba seperti berikut:
  

"Lake Toba also known as Danau Toba in Indonesia is the largest volcanic lake ( crater lake ) in the world. At 100 km long and 30 km wide, measuring 505 m at its deepest point, it is situated in the middle of the northern part of the Indonesian island of Sumatra.
Surrounded by tall mountains, it cradles the large island of Samosir in its middle.
north sumatra medan danau toba

Uniqueness of Lake Toba:

The lake has a different and more dramatic origin. Lake Toba marks the site of the largest volcanic eruption in the last 2 million years. It is, a “resurgent caldera”, or a “perfect horror” because they are both violent and enormous.This is one enormous volcano and its most recent eruption, about 75,000 years ago, was in Volcanic Explosivity Index of 8. On Samosir Island the tuff is more than 1800 feet (600 m) thick. Ash fall from the eruption covers an area of at least 4 million square km.

lake toba medan sumatera

MEDAN yang saya ziarahi akan membawa seribu kenangan kerana kami menghabiskan 14 jam pergi balik lawatan daripada hotel. Medan 'Jihad' juga kerana sepanjang perjalanan perlu di isi dengan perbualan, tidur, berhenti toilet, makan, solat dan bersiar. Jihad sungguh kerana sebahagian besar penduduk sekitar Danao Toba terdiri daripada kaum batak menganut agama kristian menyukarkan pilihan makanan. Di mana-mana terpampang 'Babi Panggang'. Mujur saya membawa bekal tiga bungkus Nasi Lemak Arab. Pak Adi sampai berkata ' pertama kali dalam hidup saya makan beras panjang-panjang...' Beras nasi Arab, Ameen alhamdulillah.
Bila pulang ke Malaysia nanti saya akan terus ingat MEDAN MANA MEDAN APA...semuanya MEDAN JIHAD sekalipun sewaktu berwisata/melancung kita tidak pernah lekang daripada pelbagai ujian untuk berjihad...menjaga fikiran, pandangan, perkataan,akhlak, solat, doa dan SABAR...untuk sampai ke destinasi. Gambar-gambar di bawah mengungkapkan segalanya. 



MENIKMATI NASI LEMAK BERAS ARAB-MASAK DI MANA? HENDAK SERIBU DAYA!

PAK ADI PEMANDU WISATA BERPENGALAMAN-KAMI PUTAR KELILING DANAU TOBA


MASJID AGAK JARANG-JARANG KELIHATAN SEPANJANG PERJALANAN KECUALI DI PEKAN PARAPAT DANAU TOBA

SEJUK YANG AMAT,KALAU TAK HUJAN LAGI SEJUK! KALAH GARUT KATANYA



SEPANJANG PERJALANAN JALAN SEMPIT, GERIMIS KENA MEMANDU BERHATI-HATI


GEREJA TERDAPAT DI MANA-MANA
GAYAT DI TEPI DANAU...




BUNGA-BUNGAAN DAN BUAH-BUAHAN LUMAYAN MENARIK MINAT PELANCUNG


 

No comments:

Post a Comment