NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Sunday, January 1, 2012

COUNTDOWN 2012


Salam

Sabtu 31 Disember 2011-Ahad 1 Januari 2012 saya dan suami berada di Hotel SeaView Langkawi. Hotel 3 bintang yang 'full house' dengan pelancung dalam dan luar negara. Detik tengahmalam kedengaran dentuman mercun atau bunga api saya tak pasti kerana saya tidak membaca atau melihat apa-apa iklan mengenai sambutan tahun baru. Tapi suara muzik dan nyanyian daripada dewan makan hotel berkumandang. Rezeki kamilah malam itu saluran TV di bilik kabur semuanya, lantas kami masuk tidur.

LOBI HOTEL SEAVIEW

Dalam berita di akhbar hari pertama tahun 2012 baru saya dapat maklumat sambutan 'COUNTDOWN' berlaku dimana-mana macam biasa KECUALI di Dataran Shah Alam bergema takbir dan Asmaulhusna. Nampaknya saya 'miss'perubahan sambutan di Shah Alam tahun ini dan saya mendoakan pihak penganjur program yang ingat Allah di ganjari sebaiknya kerana perubahan ini merupakan DASAR yang perlu datang daripada pemimpin dan pemerintah (pihak kerajaan).

Teringat saya janji Allah dalam Surah Al A'raf -96 bahawa jika sebuah negeri beriman dan bertaqwa akan turun 'barakah' dari langit dan bumi. Saya ada dengar juga di iCity Shah Alam sambutan countdown ala biasa tetap meriah. Dalam dua peristiwa di tempat yang sama hanya Allah yang menentukan majlis yang mana lebih mulia. Kebetulan musim pilihanraya semakin hampir pada saya jika majlis di adakan dengan nawaitu pilihanraya rugilah...

Empat tahun yang lalu saya pernah menyertai program 'Masih ada yang sayang' untuk mencegah remaja bermaksiat malam tahun baru. Pasangan yang 'di cekup' di beri nasihat dan motivasi agar menjaga MARUAH diri dan agama. Saya tidak tahu apa follow up selepas itu kerana sebuah NGO telah di amanahkan menguruskannya. Pernah pihak JAIS memanggil Ngo-Ngo lain membantu dan membuat program kepada remaja yang belum terjebak namun saya telah lama tidak menghadiri mesyuarat tersebut. Khabarnya pegawai yang mencadangkan idea tersebut pun telah di naikkan pangkat dan berpindah ke JAKIM.

Rupanya sewaktu Countdown 2012 berita dibawah ini amat merunsingkan:
   
"Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah menahan sejumlah individu beragama Islam kerana meminum arak dalam Ops Mungkar yang diadakan di Shah Alam menjelang tahun baru Masehi 2012. Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali berkata, operasi itu dibuat ekoran banyak pusat hiburan menganjurkan sambutan menyambut tahun baharu selain pihaknya menerima banyak aduan mengenai aktiviti itu. Antara yang diserbu itu JAIS berjaya menahan seramai 23 orang belia Melayu. Kesemua mereka terdiri daripada sepuluh lelaki dan 13 wanita. Setelah diperiksa, 10 daripada mereka didapati meminum arak. Difahamkan, rata-rata individu yang ditahan itu ialah pelajar institusi pengajian tinggi tempatan yang berusia antara 18 hingga 35 tahun. Jadi kita tertanya-tanya, dimana berkesannya pendidikan agama yang di ajarkankan disekolah, sejak dari pra sekolah hingga ke universiti dan kolej. Mereka yang melakukan jenayah meminum arak itu sudah dewasa dam maklum tentang hukum dan kemerosotan kesihatan akibat arak, namu mereka meneguk juga. Tentu ada sesuatu yang mendorong mereka meminum arak, adakah iklan arak lebih berkesan dari pendidikan agama, atau mungkin juga kebebasan penjualan arak memudahkan mereka membelinya. Arak dah dadah hukumnya sama dan akibat pengamalnya sama, namun masih melakukannya."

 HONEY MOON DI LANGKAWI

Itu belum lagi laporan maksiat hubungan intim lelaki wanita yang menurut kajiannya tahun demi tahun : selepas 9 bulan daripada sambutan Countdown ramailah kelahiran anak tanpa bapa di seluruh negara. Dalam blog saya sebelum ini isu MARUAH lslam telah saya sentuh. Ramai yang berpandangan maruah adalah masalah peribadi namun jika ia di lakukan beramai-ramai contoh semasa perayaan tahun baru ia menjadi isu negara dan isu agama. Saya amat bimbang budaya ini menular kepada mana-mana ahli keluarga yang kita kenal dan pernah didik yang menunjukkan betapa pentingnya didikan itu di lakukan berterusan kerana sesaat yang kita lalaikan akan di manfaatkan syaitan MUSUH orang beriman.

Namun apalah daya manusia macam kita yang sama-sama lemah jika pintu hidayah jarang di ketuk insan yang kita kasih sekalipun. Saya berpendapat 'Pintu Hidayah' benar-benar merupakan pintu rahsia yang perlu di bayangkan setiap remaja untuk memasukinya jika mahu keluar daripada pintu nafsu dan syahawat yang sukar di bendung sewaktu remaja. Melalui pengalaman sejak saya masih remaja ramai ibu bapa yang 'membukakan' pintu hidayah melalui perkahwinan usia muda bagi mengelak maksiat berterusan.

Saya dan adik saya pernah berusaha mempercepatkan perkahwinan dua remaja dikemuncak bercinta semata-mata untuk mengelak dosa dan maksiat. Tabek kepada adik saya yang bertegas pergi berjumpa ibu bapa remaja wanita terlibat dengan memberi kata dua...'kahwin atau jangan bertemu lagi jejaka idaman'. Pihak perempuan memilih 'berkahwin'. Semoga RM10,000 yang di keluarkan adik saya ketika itu mendapat ganjaran yang tinggi di akhirat insyaAllah. Dalam tempoh dua minggu perkahwinan dua remaja beres di sempurnakan. Iktibar mencegah mungkar dikalangan remaja: 'kena ada WANG untuk memudahkan remaja bernikah." Sanggupkah kita??? tepuk dada tanya IMAN.

Pada saya COUNTDOWN menyambut tahun baru tidak ada apa-apa manfaatnya kerana ia menjadi pintu masuk remaja ke alam yang merosakkan. Sikap terlalu mengikut gaya hidup masyarakat yang tidak beriman jika dibiarkan menjadi budaya di khuatiri kita telah menggadaikan MARUAH dan IZZAH (kemuliaan) lslam dengan begitu mudah. WaAllahu'alam.     


No comments:

Post a Comment