NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Tuesday, January 17, 2012

JAGA MATA


Salam


LAKARAN SEBIJI MATA CIPTAAN ALLAH

Selasa 16 Januari 2012 /23 safar 1433H

Sekembalinya saya dan suami daripada musafir Medan Sumatera Utara (SUMUT) jemputan majlis walimah berderet-deret. Alhamdulillah mana yang ada kesempatan kami hadir, suami saya juga rebah dua hari kerana demam. Strategi saya ingin beliau merawat diri cara 'sunnah' menjadi kali ini kerana kami sudah sama-sama mengamalkan pengambilan madu, habbatussuda' dan minyak zaitun, yang dua terakhir itu melalui tablet. Antiboitic juga menggunakan ubatan HPA. Semoga setiap langkah kehidupan kami berlandaskan apa yang di nilai syarak baik mecontohi amalan Rasulullah saw dan para sahabat serta orang-orang soleh,ameen.

Dalam blog saya sebelum ini saya menyentuh keputusan mahkamah membebaskan seorang ketua parti pembangkang di Malaysia daripada dakwaan sodomy/liwat/homoseksual. Sebenarnya saya kurang berminat membicarakan isu ini di kuatiri saya bercakap tentang apa yang saya tak tahu. Rata-rata peringatan 'JAGA MULUT' di gunapakai sekarang kerana fenomena mutakhir ialah kes seorang ahli politik yang di pecat kerana SUKA BERCAKAP dan paling kronik bila ada penulis blog yang meyamakan sikap suka bercakap sebagai 'meroyan', 'gila talak' dan sebagainya. Tepat sekali peringatan Rasulullah saw agar 'Bercakaplah yang BAIK atau DIAM'. Sekiranya apa yang kita cakap tidak tepat natijahnya mengerikan di dunia dan akhirat.

Khabarnya kesan 'mulut' atau lidah yang kerap bercakap sebuah suratkhabar tempatan telah di dakwa membayar 50 juta! itu belum hukuman diakhirat sekiranya berlaku pendustaan 'lidah' sendiri menjadi saksi,nauzubillah!

Blog saya lebih menumpu  tentang 'MENJAGA MATA'. Saya hanya mengungkap semula kata-kata seorang penceramah yang saya terjumpa di You Tube. Ringkasnya mata yang akan di gunakan untuk 'MELIHAT ALLAH' sebagai kebahagiaan dan nikmat terbesar di akhirat nanti perlu di jaga daripada tiga noda: 1. Jangan di biarkan mata melihat sesuatu yang menaikkan nafsu syahawat, 2. Jangan memandang dunia dengan penuh kebesaran dan 3. Jangan mudah memperkecilkan orang berdosa melalui mata yang melihatnya dengan sombong...sepatutnya kita melihat dengan mata yang kasihan. Mata yang berpahala ialah melihat ibu bapa, keluarga dan sahabat handai serta orang-orang soleh dengan penuh kasih sayang.

Saya terpegun sejenak selepas mendengar ceramah tersebut kerana begitu mudahnya kita terperangkap melalui MATA yang meliar kesana kemari mencari kesalahan orang lain dan menghukum pula mengikut neraca sendiri. Jarang kita terkesan bahawa dalam apa keadaan pun kita kena mengambil neraca syarak sebagai pengukur. Apa yang syarak nilai baik ia jadi baik, apa yang haram dan salah tetap salah,tidak ada kompromi atau apology.

Menyentuh perkataan 'apology' saya di fahamkan tuduhan baru yang di lontarkan kepada Ketua Parti pembangkang ialah beliau menyokong perlakuan homoseksual. Perincian temubual beliau dengan BBC dalam bahasa Inggeris ada menyebut no apology terhadap perlakuan homoseksual. Bagi yang faseh berbahasa Inggeris kata-kata 'no apology' bermaksud tegas menolak, namun kini fitnah tersebar kerana teks no apology tidak di teliti oleh pihak yang menuduh. Kata orang putih 'enough is enough' tapi kata nafsu syahawat dan dendam kesumat pengaruh syaitan...teruskan, teruskan...hapuskan,hapuskan. Inilah punca jenayah yang akan merosakkan lima kekuatan yang di pertahankan syarak: Agama,Nyawa,Harta,Pewarisan dan Maruah.

Namun apa kan daya kerana hari ini kekuatan atau power MATA amat menusuk jiwa. Dalam saikologi pendidikan pun kesan paling utama ialah pembelajaran melalui apa yang dilihat. Contoh perlakuan juga akan terkesan dengan apa yang di lakukan bukan apa yang di cakapkan. Pengaruh matalah yang mencetuskan bibit cinta jika jiwa gersang dengan kasih sayang. Wajarlah AlQuran sendiri mencegah pemandangan agar di tundukkan...supaya kita tidak terperangkap dengan banyak kelalaian dunia.


CAHAYA BERGEMERLAPAN DALAM MAJLIS PERKAHWINAN YANG MEWAH DAN MERIAH

Sewaktu kami menghadiri salah satu majlis perkahwinan ternyata keindahan resort tempat diadakan jamuan besar-besaran bak SYURGA...amat indah. Sedih dan kasihannya upacara kurang mengambil nilai syarak,agak membazir dengan makanan yang melimpah ruah pelbagai macam, pakaian pengantin perempuan yang sedondon dengan hiasan wedding planner...sampai tak nampak pakaian (saya teringat cerita The King with no clothing) Siapa yang faham kena mengurut dada berkali-kali...kesan mata perlu di jaga agar tidak teransang dengan kecantikan body pengantin, tidak tergiur dengan kemewahan gemerlapan dunia dan tidak sekali-kali menghina penganjur majlis yang masih belum faham kehendak syarak...sepatutnya lebih ramai wedding planner Muslim tampil memperbetulkan konsep perkahwinan, insyaAllah.

Yang pasti selagi kita masih mampu melihat keindahan alam dengan dua biji mata anugerah Allah marilah kita gunakannya untuk mempersiapkan saat berpisah dari dunia ini dan masuk ke alam barzah UNTUK MELIHAT KEINDAHAN WAJAH ALLAH...yang akan memberi cahaya kepada kehidupan yang berkekalan. Tidak ada cahaya makhluk di akhirat, matahari bulan tidak wujud,yang ada hanya cahaya Allah...JAGALAH MATA selagi kita mampu dengan banyak melihat ayat alQuran, memandang kebesaran Allah di mana-mana sahaja di muka bumi ini apatah lagi tempat-tempat yang barakah seperti Masjid yang tiga dan masjid-masjid lain, melihat air laut yang terbentang luas,melihat wajah kedua ibu bapa bagi yang masih ada ibu bapa, memandang wajah para ulama dan orang-orang soleh..dan memandang dengan penuh kasihan wajah mereka yang belum di kurnia hidayah oleh Allah. WaAllahu'alam

2 comments:

  1. Assalamualaikum Puan, terima kasih atas peringatan. InsyaAllah akan cuba untuk menjaga sepasang MATA yang dikurniakan Allah s.w.t. Dari lensa saya yang tidak seberapa, sungguh menakjubkan kebesaran Allah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah mieza. saya sendiri sedang berjuang menjaga mata yang amat mudah menghukum. semoga Allah lorongkan mata ini di pelihara sebaiknya. tkasih melawat blog saya yang seadanya. wassalam

      Delete