NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Thursday, December 29, 2011

SEPETANG BERSAMA- MENJAGA MARUAH ISLAM




BismillahirRahmanirRahim

Salam

Khamis 29 Disember 2011/5 Safar 1433H

Saya sekarang berada di Meritus Pelangi Beach Resort & Spa Langkawi menyertai suami saya bertugas. Resort lima bintang ini menjadi pilihan sebahagian besar pelancung luar negara. Kalaulah bukan kerana tugas mungkin saya tidak berada di tempat sebegini. Ambiance (aura) budaya luar terasa dan ketara sekali. Welcome drink jika mau di tempah berasaskan arak. Kos segala perkhidmatan tinggi sekali. Swimming pool dan tepi pantai berkeliaran manusia mendedah aurat. Memang pelancung luar negara termasuk negara lslam memilih pulau ini kerana cuaca dan pantainya yang cantik. Demi menjana ekonomi dalam bidang pelancungan, Malaysia seolah tidak ada pilihan kecuali meng'izin'kan pengaruh budaya asing berleluasa tetapi sekaligus merendahkan maruah agama lslam di Pulau ini.

Tajuk blog saya ingin menjelaskan bahawa sebenarnya umat lslam punya MARUAH agar tidak di nodai begitu mudah oleh budaya asing. Antara kekuatan maruah lslam ialah AKHLAK, perilaku dan penampilan di khalayak ramai yang harus di teliti supaya pelancung hormat dan insaf bilaberinteraksi dengan kita. Namun sebaliknya rata-rata kita sendiri yang mengubah strategi mendaulatkan apa saja yang barat atau orang tidak berakidah lakukan.  Mangsanya adalah anak-anak muda Melayu lslam yang sanggup menggadaikan maruah agama kerana faktor kurang jatidiri iman, tidak memahami lslam dan ketandusan akhlak mulia. Seorang teman saya menulis dalam blognya isu 'bosan'. Saya melihat umat lslam muda dan tua di landa fenomena bosan ini sampai tercari-cari sesuatu untuk di lakukan, di kejar dan di banggakan. Naluri bosan berpunca daripada tiada kepuasan dalam apa yang mereka cari.

Sebenarnya ciri tidak pernah puas itu adalah ciri DUNIA, makin di kejar makin jauh ia lari. Ciri AKHIRAT sebaliknya perlu memikirkan kebenaran dan menyelam jauh kedalam jiwa mencari keikhlasan dan ia AMAT MENYIBUKKAN dan saat menjiwainya memberi kepuasan dan mendapat hidayah insyaAllah.

Sebagai seorang motivator diri sendiri, ahli keluarga dan kenalan dekat saya pernah mengujudkan sebuah Syarikat Perunding untuk membantu golongan ibu tunggal, rakyat termiskin dan orang kelainan upaya. Apabila ruang dan masa saya dikuasai tugas dan kesibukan, tibalah saat saya tinggalkan dunia tersebut untuk ia MENGEJAR saya pula bila diperlukan. Projek adik saya di Garut telah mengejar saya dan kini saya melapangkan diri untuknya seketika. Bila peluang muncul untuk bermotivasi saya gunakan segala kesempatan terutama waktu musafir dan bersama keluarga. Begitu juga memasarkan hasil unik kraf kitarsemula saya lakukan biasa-biasa sahaja.

InsyaAllah tidak rugi saya ke Langkawi kali ini kerana Syarikat Cable Car (Panorama Langkawi Sendirian Berhad) sedang mencari sovenir untuk pelancung negara Arab yang kian ramai muncul mutakhir ini. Syarat sovenir ialah 'go green' atau bahan kitarsemula. Alhamdulillah saya kira rezekilah pengkeraf nanti jika berlaku tempahan daripada PLSB, ameen.

Dalam dua kesempatan musafir baru-baru ini beberapa pemenang kuiz dan penampilan menulis esei telah di pilih di kalangan anak-anak. Tujuannya agar anak-anak berminat untuk menjawab soalan, meminta bantuan ibu bapa dan kenalan menjawab soalan kuiz serta meluahkan pandangan dan buah fikiran. Saya sengaja mengisi masa cuti sekolah mereka yang panjang agar tidak terus menerus bosan dengan rutin tidur, makan, menonton TV, ber iPad, sms kawan, dan sebagainya. Hanya dengan bantuan ibu bapa ramai anak-anak dapat menjadi peserta, alhamdulillah. Dek kerana saya membesar dalam suasana suka bermain, berprestasi olok-olok bersama adik beradik yang ramai saya ingin kongsikan dan hidupkan semula budaya dan kenangan manis ini di kalangan generasi ketiga iatu cucu-cucu saya.

Petang Ahad 25 Disember 2011 tibalah kesempatan SEPETANG BERSAMA bertemu pemenang pelbagai pertandingan. Program di awali ceramah Ustaz Miftah mengenai tajuk 'Berbuat baik kepada ibu bapa' dengan merujuk kisah bagaimana Nabi Yusuf melayan ibu bapanya setelah baginda menjadi Menteri dan kisah Nabi Ibrahim yang inginkan kebaikan untuk bapanya yang syirik.

Menghargai pasangan ideal sewaktu kami bermusafir ke Bandung sepasang warga emas turut mendapat penghargaan. Saya perhatikan semakin bertambah umur seseorang semakin sunyi ruang hati yang perlu di isi dengan pelbagai jenis penghargaan terutama daripada anak-anak.  Anak-anak yang soleh perlu memerhatikan naluri ini kerana di bimbangi kesepian membawa rajuk sebelum maut.

PENGHARGAAN PASANGAN IDEAL

Di akhir program saya digamit teman daripada Cambridge Allkhlas 'memang elok kita galakkan memberi pernghargaan walau pun dalam hal-hal yang kecil sebagai contoh dakwah yang baik.' Alhamdulillah ada yang nampak bahawa kerja dakwah dan memertabatkan maruah lslam boleh di lakukan dengan pelbagai cara dan arena. Doa saya anak-anak yang terlibat menyimpan memori 'SEPETANG BERSAMA' dan merindui enaknya rasa mi rebus Pak Teh petang itu!

Azam kita semua sewajarnya ialah memastikan maruah lslam di pelihara melalui tindakan di khalayak ramai agar tidak mencetuskan kesalahfahaman tentang kebenaran dan kemuliaan lslam. Menjadi orang berTuhan dan beragama tidak semudah megenakan pakaian luar yang cantik dan menarik. Yang lebih menarik dan memukau ialah akhlak dan peribadi yang par excellence di senangi dan tidak menggamit fitnah ketika bersuara, ketika bermuamalat, ketika gembira dan saat menghadapi masalah. Stay cool, ingat Allah, sentiasa berwuduk, banyak berzikir/istighfar dan doa habis-habisan kerana ALLAH MAHA MENDENGAR. Ketika saya bersama pasangan pengantin baru diingatkan jangan berlebihan bercengkarama dan bercumbuan di khalayak ramai sekalipun halal kerana ia bukan budaya orang beriman, simpan rahsia diri dalam bilik tidur. Itulah MARUAH lslam. Mereka akur, sekadar berpegang tangan, alhamdulillah. waAllahu'alam 

 CERAMAH USTAZ MIFTAH

MEMBACA SENARAI PEMENANG


 PENAMPILAN ILHAM HUSAINI SEMAKIN POWER!

NASYID ADIK SAKINAH ALYA 

MENIKMATI HIDANGAN MI REBUS ISTIMEWA

 PENERIMA CENDERAHATI HADIAH KUIZ        


TETAMU KHAS

PETIKAN MAKSUD MARUAH DARIPADA GOOGLE SEARCH

"Maruah, kemuliaan diri atau izzatunnafsi bagi umat Islam ialah IMANnya. Kedua, ke-ISLAMANnya, yakni hukum-hukum yang lima yang tertegak dalam dirinya baik hukum wajib, sunat, makruh, haram atau mubah. Yang termasuk maruah itu ialah kehormatan agama, nyawa, zuriat, anak isteri, harta dan negaranya. Ketiga, ialah AKHLAK yang mulia yang menghiasi diri seperti jujur, ikhlas, sabar, kasih sayang, pemurah, berani, benar, tawaduk, berlapang dada, pemaaf dan lain-lain lagi."

No comments:

Post a Comment