NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Tuesday, December 13, 2011

WISATA KUDA ALA COWBOY

Salam

GAMBAR DE RANCH LEMBANG BANDUNG INDONESIA

Selasa 13 Disember/18 Muharram 1433H

Rombongan melancung ke Jakarta-Bandung-Garut termasuk keluarga anak yatim selamat pulang pada hari Sabtu 11 Disember. Kebetulan tempoh musafir merangkumi tarikh 9 dan 10 Muharram kami bersyukur kerana menggembirakan anak-anak yatim yang bersama kami,ameen.

Kalau seorang Doktor akan merasa puas melihat pesakitnya sihat saya pihak penganjur musafir rasa teruja anak-anak bergembira dalam program lawatan yang membawa pulang seribu kenangan manis semuanya terakam dalam minda bawah sedar. Saya harap sangat anak-anak ini akan kembali mengimbau lawatan mereka 5, 10, 20 tahun akan datang.

Wisata kuda ala cowboy yang di tawarkan oleh De Ranch Lembang,kira-kira 30 minit daripada Bandaraya Bandung merupakan program yang paling menyeronokkan.Ini dapat di lihat daripada wajah-wajah peserta yang menunggang kuda. Seronoknya ia ada kaitan dengan anjuran dalam sunnah Nabi saw agar mendidik anak-anak dengan 3 kemahiran, berenang, memanah dan berkuda. Saya juga di beri maklum ada beberapa remaja dalam program yang menyertai pakej memanah selepas berkuda. Semoga anak-anak dapat kembali kepada fitrah dan sunnah untuk melakarkan kemahiran mereka bersosial.

Paling seronok dalam program ini kami di hiburkan oleh anak kecil 6 tahun yang sudah berani berceramah dalam perjalanan dengan bas bermusafir. Hadiah Rupiah 100,000 telah sampai ke tangannya.

InsyaAllah saya akan bercerita lagi tentang musafir ke Bogor lawatan Safari Park dan swimming pool di Jalan Lombok Menteng,Jakarta Pusat.

ILHAM HUSAINI SUKRI PENCERAMAH CILIK ALA COWBOY
 

1 comment:

  1. Salam. Wah!....Jelous saya tak berserta. Anda tak cuba naik ke?

    ReplyDelete