NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Monday, December 19, 2011

BUNGLOW JALAN LOMBOK MENTENG JAKARTA PUSAT

ROMBONGAN MELAWAT JAKARTA-BANDUNG-GARUT 5-10 DISEMBER 2011

Salam

Isnin 19 Disember 2011/24 Muharram 1433H

Saya dan suami masih bersama cucu yang menyertai musafir ke Indonesia. Terasa benar kerinduan dengan suasana musafir setiap kali cucu bertanyakan 'swimming pool', program berkuda dan menghubungi teman-teman yang menyertai musafir.  Kami mengisi masa mereka dengan program bersama Cambridge English di Shah Alam City Centre.


PAK SARDI DAN PESERTA MUSAFIR

Setibanya kami di lapangan terbang Seokarno Hatta Cengkareng Jakarta, Pak Sardi sedia menunggu melepaskan kami daripada pemeriksaan immigeresen yang panjang, sepanjang barisan 350 penumpang pesawat KLM yang penuh kapasitinya hari kami bermusafir. Saya hanya menjawab 'rezeki' bila di tanya mengapa tidak lalu di laluan biasa. Perkhidmatan Pak Sardi banyak memudah dan menyelamatkan masa rombongan kami yang riuh rendah almaklum anak-anak ramai yang pertama kali menjejakkan kaki ke Jakarta. Kami juga dapat melihat beberapa rombongan Wanita sebuah parti politik Malaysia dalam penerbangan kerana mereka mambawa identiti yang mudah di kenal.

Iktibar membawa anak-anak kena bersiap sedia menjawab pelbagai soalan yang di ajukan, malah menceriakan mereka dengan kuiz dan hadiah lumayan.

Sebuah bas menanti kami dan tidak sampai 1 jam setelah KLM mendarat kami telah berada di jalanraya macet menghala ke Jakarta Pusat. Perancangan awal kami akan di tempatkan di apartment sekitar Jakarta namun 'rezeki' lagi kami di tawarkan menginap di bunglow koporat kawasan elit Jakarta.

 BUNGLOW JALAN LOMBOK MENTENG

BERSANTAI SELEPAS MAKAN


Saya pun pertama kali melihat bunglow cantik dan mewah ini dan alhamdulillah masing-masing di tempatkan dalam 5 buah bilik lengkap yang di sediakan. Dewan makan penuh makanan dan minuman ala 'bar' dan anak-anak termasuk cucu saya yang pertama kali berada di tempat semewah itu amat teruja...apatah lagi di sebalik langsir dewan makan tersergam sebuah 'swimming pool' yang menggamit deria rasa anak-anak ingin berada dalam air. Memandangkan agenda yang padat kami menyabarkan mereka untuk rehat dahulu.


AKHIRNYA DAPAT BERSERONOK DALAM SWIMMING POOL

Indah dan cantik bunglow namun tempat solat berjemaah kami sediakan sendiri di sebelah dewan makan, alhamdulillah. Anak-anak dalam musafir kami amat peka agenda solat berjemaah dan tidak sukar menggerakkan mereka menyertai solat seawal 4.00 pagi waktu solat Subuh. Malah penyertaaan awal solat hari pertama mendapat hadiah 'tasbih' istimewa. Ameen.

Cerita swimming pool pendek sahaja kerana masa anak-anak berada di dalamnya tidak sampai 1 jam setelah pulang musafir Puncak. Apa yang seronok ialah jalinan persahabatan anak-anak bermula dengan keceriaan tanpa batas. Saya kira ini merupakan 'wasilah' anak-anak berkenalan kerana aura 'air' memang menceriakan. Saya lihat sebaik pulang musafir cucu saya tak lekang mulutnya membariskan nama teman yang di temui semasa musafir, malah menghafal nombor talipon mereka. satu iktibar betapa perlunya kita meraikan kegembiraan anak-anak kecil sebagai kenangan yang memotivasi mereka ke arah persaudaraan yang mantap, insyaAllah.

Setiap kali kami bersarapan dan makan bersama merupakan saat indah. Mudah sahaja kalau kita beramai ke Restoran Nasi Padang,tapi kami santai masak sendiri dan membeli lauk sahaja. Yang paling indah ialah Nasi Lemak beras Arab yang menjadi menu hari akhir musafir...sampai tak cukup. Ia menggamit selera ibu-ibu pula meneruskan menu untuk anak-anak bila pulang ke Malaysia.

Setinggi penghargaan kami kepada Pak Perianto (Anto) dan Junaidi yang tidak kenal penat melayan 1001 macam kerenah kami dan anak-anak sampai membasuhkan baju! Semoga keikhlasan memberi khidmat kepada kami di ganjari Allah termasuk Pak Asril Mario yang memantau setiap keperluan kami. Allah mengizinkan kami mendapat supir bas Pak Wiwi dan pembantunya Pak Adi yang amat 'sabar' di jalanan dan di mana sahaja. Itu semua 'rezeki' yang telah Allah taqdirkan, semoga pertemuan dalam musafir akan mencetuskan pertemuan lain malah sampai ke Syurga, ameen.


BERSAMA ANTO, JUNAIDI, PAK WIWI DAN PAK ADI

Kenangan di bunglow mewah Jalan Lombok akan sentiasa manis dalam ingatan dan saya yakin anak-anak akan membesar membawa semangat persaudaraan yang telah di jalin disana dengan baik. Kesyukuran saya paling tinggi ialah bila perancangan awal di ganti dengan yang lebih baik dan ini semuanya nikmat yang tak terucap syukur kami. Alhamdulillah setiap memulakan perjalanan kami berdoa dan mengisinya dengan aktiviti yang bermanfaat.

Tawaran ada di berikan kepada anak-anak remaja dan orang dewasa peserta musafir agar melakarkan 'travelog' musafir ke Indonesia untuk di berikan hadiah lumayan. Semoga dalam tempoh satu bulan ini ada yang menyahut tawaran ini, insyaAllah.  Pakej yang ada bersamanya tawaran menulis adalah semata-mata untuk menggalakkan peserta mentaddabur alam dan memikirkan kebesaran Allah sepanjang perjalanan. Dengan adanya pelbagai kemudahan alam maya,internet,blog dan seumpamanya ia merupakan 'wasilah' menyeru manusia ke jalan yang benar dan di redhai Allah, satu tugas dakwah yang terpikul di bahu semua kita insyaAllah.

 MELAKARKAN KEINDAHAN GUNUNG CIKURAI GARUT

Sifat berhati-hati dalam berfikir,menulis dan mengeluarkan pandangan memerlukan asas pendidikan dan tarbiyah yang mantap. Mana mungkin tawaran menulis akan berlaku secara tiba-tiba sekiranya anak-anak tipis ilmu,kurang berfikir dan menjadi mangsa hiburan berlebihan. Saya tabik sikap ibu bapa dan ahli keluarga yang cuba mendedahkan anak-anak mereka kepada pelbagai pengalaman bersama anak-anak sebaya dan orang dewasa agar kepekaan hubungan sosial tidak sekadar berlaku melalui sms, twitter, facebook dan sebagainya.

Allah mengizinkan saya bertemu seorang penulis muda dalam program 'a night to remember' di kelab Golf Selangor 8.00 malam Ahad 18 Disember 2011...masyaAllah saya akui ia merupakan anugerah keranan saya terlibat dalam program mengumpul dana melalui 'lelong' buku tulisan sister Zabrina Abu Bakar. Bidding (tawaran harga) saya berjumlah RM500 telah memungkinkan saya membawa pulang tiga penulisan yang pada saya "FANTASTIC', suami saya kata  'MARVELOUS'. Sister Zabrina boleh menjadi idola generasi muda yang kehausan ilmu kehidupan yang membahagiakan. Menggunakan bahasa inggeris yang ceria dan mudah saya akan pastikan peristiwa malam yang di kenang ini akan menjadi sejarah baru dalam aktiviti saya mutakhir ini,insyaAllah.  Ameen

A NIGHT TO REMEMBER BERSAMA SISTER ZABRINA

No comments:

Post a Comment