'SESUNGGUHNYA ORANG-ORANG YANG SELALU MEMBACA KITAB ALLAH (ALQURAN) DAN MELAKSANAKAN SOLAT DAN MENGINFAQKAN SEBAHAGIAN REZEKI YANG KAMI ANUGERAHKAN KEPADANYA DENGAN DIAM-DIAM DAN TERANG-TERANGAN, MEREKA ITU MENGHARAPKAN PERDAGANGAN YANG TIDAK AKAN RUGI.' (ALFATIR 29)
NIKMAT ALLAH
Tuesday, November 15, 2011
TAKE ME OUT
BismillahirRahmanirRahim
Salam
Selasa 15 November 2011/19 Zulhijjah 1432H.
Satu tempoh yang agak lama saya kurang aktif menulis blog. Masalah kesihatan dan urusan keluarga mendapat tempat sepanjang minggu. Sesekali saya minta suami 'TAKE ME OUT' untuk bertukar selera dan suasana kerana asyik terkongkong di rumah.
Saya terkejut bila program TV7 mewar-warkan siri realiti bertajuk 'TAKE ME OUT' dengan menghadiahkan pemenang lelaki peluang membawa wanita pilihan keluar untuk makan malam. Bagi peserta Muslim di katakan gambar mereka makan bersama tidak disiarkan kerana menghormati nilai dan hukum lslam.
Tersirap darah saya membaca pandangan TV7 kerana meletakkan hukum lslam sewenang begitu. Terus rasa geram ini memberi inspirasi saya menulis blog tajuk ini sebagai simbol betapa 'teruknya' program TV mutakhir ini memperbodohkan penonton dan seluruh masyarakat. Yang mengaut untung daripada program bercorak mencari pemenang ialah syarikat yang mengendalikan talian talipon bimbit. Ketara sekali budaya popular dan sistem kapitalis bermaharajalela dalam masyarakat hari ini.
Apa itu budaya popular? Tidak lain daripada budaya yang santai, seronok, mengasyikkan yang di pelopori segolongan manusia yang gilakan hiburan dan kebebasan tanpa sempadan agar menyuntik sifat lalai di kalangan masyarakat terutama umat lslam supaya meninggalkan tugas 'amar maaruf nahi mungkar' (melakukan kebaikan dan mencegah mungkar).
Apa itu kapitalis? Golongan yang mementingkan keuntungan di atas kemelaratan orang ramai dimana berlakulah fenomena 'yang kaya bertambah kaya. yang miskin bertambah miskin' Merebaknya fenomena ini menyebabkan si miskin 'terpaksa' meminta-minta kepada si kaya dan berlakulah manusia lebih takutkan manusia sesama mereka berbanding Allah pencipta mereka. Betapa ramai umat miskin yang tidak lagi yakin bahawa rezeki dan hidup mati mereka di tentukan Allah. Ramai yang meninggalkan kehendak agama akibat terperangkap dengan budaya popular dan sistem kapitalis ini.
Kemudian berlakulah isu murtad dan beramai-ramai protes dalam HIMPUN tanpa ada keinsafan yang di suarakan bahawa budaya murtad adalah output atau hasil fenomena yang berlaku rancak dalam masyarakat hari ini.
SENARIO DI SACC UJIBAKAT RAJA LAWAK ASTRO
Saya terserempak dengan satu program ujibakat pemilihan calon 'Raja Lawak' yang di adakan di Shah Alam City Centre (SACC) hujung minggu lalu. Sekali lagi saya terkejut begitu ramai anak muda 'Melayu lslam' yang berbaris menunggu giliran. Soalan yang bercambah di minda saya ialah 'ke mana menghilang remaja-ramaja ini pada waktu solat dimasjid dan di surau?' Memang satu soalan yang aneh kerana begitu asingnya remaja hari ini dengan institusi masjid dan surau.
Alhamdulillah jiwa saya dapat di isi dalam satu program NGO Ikram yang saya hadiri bilamana penceramah memaklumkan 'kaedah Sulbah' iaitu penerapan ruh lslam yang perlu berlaku bermula dengan jihad mendidik diri individu, ahli keluarga untuk melahirkan rumahtangga Muslim. Seterusnya gabungan rumahtangga Muslim akan mengujudkan masyarakat muslim yang insyaAllah akan menjadi asas tertegaknya daulah atau negara lslam. Dalam senario lebih ramai umat yang menentang hukum Allah hari ini rasanya terlalu lama dan berat tugas ini jika kita ingin memulakan proses dan kaedah yang di pelopori Rasulullah saw sewaktu mendidik generasi AlQuran di Mekah dan Madinah lebih 1400 tahun lalu. Namun ia MESTI dilakukan kerana 'tidak akan baik umat yang kemudian kecuali mengikut jejak umat terdahulu menjadi baik (kata-kata Imam Malik)
Turut mengisi semangat juang saya ialah mengedit tulisan teman saya yang ingin menghantar rencana tentang sekolah lslam terpadu kepada sidang pengarang Majalah ANIS. Saya doakan rencana tersebut di terima dengan baik insyaAllah.
Program yang bercorak hiburan dan persaingan hari ini tidak sekadar di dunia hiburan sahaja. Khabarnya ada program 'ustazah pilihan', 'Imam Muda' dan sebagainya. Saya terdengar komen seorang penceramah yang memberi nasihat agar umat lslam menjauhi program yang menjurus kepada 'lagho' (sia-sia dan melalaikan) sekalipun disana ada unsur lslam. Program 'Ustazah pilihan' contohnya akan melarat-larat mencontohi program 'Wanita Melayu' dengan pelbagai hiasan dan tarikan yang bercanggah dengan budaya lslam.
Dalam hati saya berpandangan yang sama kerana semua program di kendalikan oleh penerbit yang kurang ruh lslam dan lebih kepada mengaut keuntungan untuk siaran masing-masing. Inilah antara kesan sistem kapitalis yang bermaharajalela di seluruh dunia.
Jangan juga kita lupa bahawa negara-negara Europah kini sedang menderita 'muflis' kesan sistem yang sama dan saya sedikit pun tidak hairan jika negara kita mengikut jejak mereka jika berterusan berpaksikan sistem ini.
GAMBAR KENANGAN BERSAMA AHLI KELUARGA
GAMBAR DENGAN KELUARGA DIKAJANG -PERSIAPAN PERKAHWINAN ADAM BIN YUSUF ANAK SAUDARA SUAMI SAYA PADA 19 NOVEMBER 2011
Terkini saya banyak mendengar rungutan tentang harga barang-barang di pasar meningkat dan kos sara hidup amat tinggi. Sewaktu bersembang saya kemukakan pandangan tentang kepentingan memahami saranan AlQuran bahawa.." jika sesebuah kariah/kawasan itu beriman dan bertakwa akan di turunkan keberkatan dari langit dan bumi..."(Surah AlA'raf :96) Berikutan ramai yang menolak hukum AlQuran kini azab sedang menimpa umat lslam di mana-mana secara perlahan-lahan,antaranya kesusahan menyara hidup dalam era akhir zaman. WaAllahu'alam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment