NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Monday, November 7, 2011

MANISNYA ISLAM



MANISNYA KESUBURAN KEHIDUPAN BERSAMA ILAHI (TUMBUHAN DAN IKAN)


Salam


Isnin 7 November 2011/ 11 Zulhijjah 1432H

Alhamdulillah umat Islam sedunia kecuali di Pakistan selamat menyambut AidilAdha Ahad 6 November. Pakistan manyambutnya pada hari Isnin, maaf saya tak sempat semak mengapa.


Semoga Allah meredhai amal usaha kita walau sekecil mana pun. Sering saya ungkapkan kepada diri dan teman bahawa 'berbekalkan niat yang baik adat dan kebiasaan (yang tidak bercanggah dengan syarak) menjadi IBADAH.'

Tajuk blog kali ini mengambil sempena ibadah korban yang di lakukan di banyak tempat.  Di Surau AtTaqwa Seksyen 7 Shah Alam lima (5) ekor lembu tumbang dan semua daging korban di sedekahkan melalui jamuan tengahari dan kepada faqir miskin,alhamdulillah.

Menjamah masakan daging korban, kalimah yang terkeluar dari mulut kami ialah 'Aduh manisnya rasa daging korban ini'. Jauh di sudut hati saya mengakui bahawa yang manis itu ialah IMAN dan ISLAM yang serasi dengan kehidupan seharian kita.

GAMBAR TERBARU SBS GARUT


Kebetulan saya sedang menikmati sebuah buku bertajuk DAKWAH tulisan Fethullah Gulen seorang berbangsa Turki yang banyak menyebut betapa ruginya jika umat lslam tidak melaksanakan AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR kerana kehilangan peluang berkongsi MANISNYA  ISLAM dengan orang yang bukan lslam. Saya terus mengambil tajuk yang benar-benar perlu di budayakan kerana MANISNYA ISLAM hanya akan di rasai jika insan benar-benar faham asal usul diri dan mengapa dia di ciptakan. Manisnya juga akan benar-benar di rasai jika insan ikhlas untuk sujud tunduk kepada kebesaran Allah yang terpampang di mana-mana.
  
Sepanjang saya tidak menulis blog saya dan team berada di Bandung, kemudian terus ke Garut menemui staf Situwangi Boarding school (SBS) serta pelajar untuk berkongsi kemahiran teman saya seorang lulusan Ph D yang sedang bercuti 'Sebbatical'. Alhamdulillah satu pengalaman MANIS bertemu rakan seperjuangan yang tidak pernah letih berjihad memuliakan lslam.

Melihat wajah anak-anak yang ceria, jernih dan berseri-seri membuatkan kami warga emas muda kembali.  Itulah MANISNYA ISLAM...kalaulah ramai merasai apa yang kami rasai, alangkah indahnya!. Dalam bahasa IHES (Integrated & Holistic Education System) di sebut 'immersion' (bergelumang dan tenggelam) dalam menghayati KEMANISAN  perintah Allah melalui penghayatan AlQuran yang di pindahkan dalam kehidupan semasa.

Perpindahan ini memerlukan banyak jihad untuk bersyura kaedah terbaik mendidik anak-anak, merujuk pandangan ulama dan menyusur perjalanan mujahid zaman berzaman seperti Salahuddin AlAyubi,Sultan Muhammad AlFateh, Syed Nursi, Imam Ghazali dan ramai lagi. Di gabungkan pula dengan kemajuan teknologi semasa dan keperluan setempat yang di sebut 'customized' mengikut suasana pelajar yang akan di didik oleh guru-guru yang 'setiasa bersedia' menjadi 'murobbi' bukan sekadar guru yang mengajar.

Namun di satu sudut lain apabila manusia tercari-cari resipi kebahagiaan tanpa hidayah dan rujukan Alquran, pasti akan SESAT. Seorang kenalan saya menceritakan kisah seorang pak cik tua di bawa oleh seorang pemimpin tempatan untuk menunaikan ibadah haji.  Satu ketika pak cik berkenaan di dapati 'SESAT' berhari-hari di sekitar Mekah, pakaian pun compang camping. Bila di tanya beliau datang ikut siapa ternyata yang membawanya orang yang kurang amanah.Teman saya menyampok,lain kali jangan ikut orang SESAT kerana nawaitu orang yang membawa pak cik tu awal-awal sejak di Malaysia dah sesat,apatah pula bila sampai di Mekah, di biarkannya pak cik tersebut terlantar,betul-betul SESAT DAN MENYESATKAN .Nauzubillah!

Saya lebih berminat untuk kali ini berkongsi pandangan penulis Fathullah Gulen kerana ia amat menyentuh naluri keinsafan saya. Petikan m.s 96-97 buku DAKWAH seperti berikut: (mohon maaf terjemahan bahasa Indonesia)

"Rasulullah saw bersabda 'siapa yang bersedia untuk berjuang menegakkan kebenaran dan meninggikan kalimat Allah, maka sama ertinya dengan ia sedang berjuang di jalanNya Allah 'azza wa Jalla'.

Maksud sabda Rasulullah saw adalah siapa saja yang mau menegakkan kebenaran khusunya beramar makruf nahi mungkar dengan ikhlas, maka ia termasuk seorang pejuang di jalan Allah. Siapa saja yang bergerak untuk menegakkan kebenaran, tidak boleh di ikuti dengan niat yang lain. Misalnya untuk membangun tempat tinggal,sekolah,pondok pesentren atau yayasan apa pun, jika seseorang mempunyai niat yang baik untuk menegakkan amar makruf nahi mungkar maka tidak boleh di campuri dengan keinginan lain, walau bernilai sedikit.

Demikian pula pada saat hendak mendirikan yayasan sosial maka harus (wajib) di sertai niat yang ikhlas semata-mata kerana Allah SWT,agar hasilnya mendapat sukses yang nyata, baik di dunia maupun di nilai yang terbaik diakhirat kelak. Sehingga aktivitas sosial apa pun yang akan kita lakukan mempunyai jiwa perjuangan yang utuh dan sekaligus bersedia pertanggungjawaban yang sesuai terhadap keselamatan umat. Kiranya itulah satu-satunya cara untuk membimbing pemikiran dan kegiatan para penegak kebenaran di jalan yang baik, sesuai kehendak Allah SWT dan RasulNya saw.

Perlu untuk di cermati pula secara bersama-sama apabila kita TIDAK berjuang untuk kepentingan masyarakat kita dengan cara-cara yang ikhlas, maka sudah tentu anak-anak keturunan kita akan mengalamai KEROSAKAN MENTAL YANG SERIUS."

Begitulah seriusnya jika umat yang di amanahkan menjadi khalifah gagal memainkan peranan penting mencegah mungkar dan berbuat kebaikan serta ikhlas melaksanakan perintah Allah. Natijah sekitar kita di dunia hari ini jelas mempaparkan tidak ramai yang sudi menikmati KEMANISAN ISLAM. Waallahu'alam

 
GAMBAR KENANGAN TEAM MENYERTAI LAWATAN BANDUNG NOVEMBER 2011

  




 BERSANTAI DI SEKITAR GARUT





TAKLIMAT IHES DI KALANGAN STAF SBS






KESERIUSAN DAN KECERIAAN ANAK-ANAK DI SBS

GAMBAR DI BAWAH INI SEMPENA LAWATAN KE SEKOLAH NURULFIKRI LEMBANG



GAMBAR DI BAWAH TAKLIMAT IHES KEPADA KETUA YAYASAN SBS


GAMBAR DI BAWAH KENANGAN DI HOTEL ASTON BANDUNG











BERSAMA WARGA EMAS (LEBIH 80 TAHUN) DI KAJANG

No comments:

Post a Comment