NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Saturday, October 29, 2011

BUTA SEJARAH


Salam


Sabtu 29 Oktober 2011/ 2 Zulhijjah 1432H

Hampir 10 hari tidak menulis blog, kesihatan pun kurang mantap. Namun aktiviti perlu di teruskan kerana rahsia kejayaan menurut lslam mesti ada 'will power' selain kemampuan anugerah Allah termasuk mampu berfikir, mampu menggambarkan sesuatu kebaikan, mampu mengingat, mampu melihat sesuatu daripada pelbagai sudut persepsi dan munculnya ilham untuk mengorak langkah beramal soleh.

Alhamdulillah umat lslam kini sedang berada dalam semangat 10 hari istimewa awal bulan Zulhijjah yang mana pada hari Arafah nanti 9 Zulhijjah adalah kemuncak munajat yang turut memberkati umat lslam yang tidak menunaikan haji melalui pelbagai amalan dan ibadah antaranya berpuasa, berzikir, membaca alquran, bersilaturrahim dan sebagainya.

Seorang ahli keluarga Kohatsa Dr NorHarlina (Mona) dan suaminya Dr Zamri alhamdulillah bertuah menjadi tetamu Allah tahun ini dan perjumpaaan telah di adakan di kampong kami Tangkak di rumah ibunya. Satu pertemuan syahdu kerana kami adik beradik agak lama tidak bersua. Tumpahlah juga air mata suci si anak dan ibu...masyaAllah saya tumpang terharu.


MONA DAN SUAMI MENYAMPAIKAN 'WASIAT'







'USTAZ' KELUARAN KOHATSA DAN TUAN RUMAH MERAIKAN TETAMU DI TANGKAK


Di pihak keluarga suami saya seorang adiknya sedang 'menunggu' visa untuk menjadi tetamu Allah dan majlis khenduri turut di adakan di kajang. Mutakhir di beritakan visa telah gagal di perolehi. Mungkin banyak hikmah berikutan kegagalan ini,antaranya memberi masa persiapan dan sentiasa memohon kemurahan dan rahmat Allah yang menjadi 'Tuan Rumah' kota suci Mekah agar memilih kita sebagai tetamuNya.
 
 BERSAMA ADIK YANG BAKAL KE MEKAH





PERTEMUAN KELUARGA KAJANG


Tugasan dan amanah menyediakan dokumen pengurusan Situwangi Boarding School (SBS) turut mengisi masa. Team kami terus mengadakan perbincangan dengan pakar sekalipun terpaksa 'menumpang' di rumah adik kerana dewan yang di tempah asalnya di gunakan untuk program lain.  Semakin kami mendalami konsep Sekolah lslam Terpadu dan Menyeluruh semakin kami merasakan berat tanggungjawab untuk menyediakan 'murrobi' (pendidik), 'bi'ah solehah (persekitaran yang baik) dan Manhaj (program/sistem pelaksanaan) untuk melahirkan generasi alQuran dan 'UlulAlbab' di SBS. Semoga Allah melorongkan langkah-langkah yang tepat untuk kami bertindak cepat memandangkan team kami semuanya warga 'beyond 60'.




TAAT MENDENGAR TAKLIMAT SEORANG PAKAR

Jemputan daripada ExxonMobil berkaitan produk kitarsemula dan penjagaan alam sekitar menampilkan Mawaddah Kraf sekali lagi berada di bangunan korporat di Jalan Pesiaran KLCC. Lokasi yang paling sesak dan sukar di datangi. Soalan saya kepada penganjur mudah sahaja: ada parking?,ada bilik solat? dan ada disediakan makanan untuk petugas? Sebagai aktivis kitarsemula Mawaddah Kraf mesti terus melangkah dan saya berdoa akan di pertemukan suasana yang membantu melancarkan pemasaran produk ini.


 





DI SEKITAR PAMERAN PRODUK MESRA ALAM TERMASUK KERETA HYBRID HONDA

Blog kali ini macam caca marba kerana terlalu banyak ingin di peringatkan.Namun selaku diari saya untuk mudah merujuk keberadaan saya terpaksa juga di masukkan semua urusan insyaAllah.

Yang menarik perhatian saya dalam tempoh saya berdiam diri ialah insiden pada 20 Oktober kematian seorang pemimpin negara lslam Libya Muammar Ghaddafi. Banyak komen dan ulasan tentang kematian beliau dan cara mayatnya di layan dan sebagainya saya tak mahu komen.

Saya hanya melihat pertempuran yang meladak di banyak negara lslam mutakhir ini adalah sebagai peperangan ideologi yang tidak serasi dengan kehendak kuasa barat. Kemasukan NATO ke negara Libya pada pandangan saya adalah satu pencerobohan maruah sebuah negara lslam. Sekalipun dikatakan Ghaddafi pemimpin zalim dan kukubesi kedaulatan sebuah negara tidak harus di ceroboh seperti yang sewenang-wenang berlaku di negara lslam oleh kuasa barat samada atas nama PBB, NATO atau apa sahaja. Di sini umat lslam telah tertipu dek BUTA SEJARAH kerana bermulanya rampasan tanah Palestin adalah dominasi kuasa Negara sekutu barat mewakili semangat PERANG SALIB melawan kekuatan Islam Empayer Ottoman di Turki.

Kini penyakit BUTA SEJARAH telah merebak di merata tempat kerana manusia tidak gemar kepada sesuatu yang menghalang nafsu serakah mereka. Setiap yang boleh menghalang perancangan mereka harus di hapuskan ke tahap tidak mengaku kebenaran. Ini semua warisan perangai kaum yang di murkai Allah yang terang dan jelas harus kita hindari. Namun siapalah kita yang dapat meyakinkan 'orang besar' bahawa sebesar-besar mereka "Allahu Akbar' (Allah lebih Besar).  Ini adalah kerana keyakinan itu letaknya di sudut hati diri pemunya dan hanya Allah berkuasa membolakbalikkannya. Saya amat terkilan sehingga manusia jahil sejahil yang tidak pernah memperlihatkan ketaatan kepada Allah boleh memberi komen tentang HUDUD. Marah yang bersarang dalam jiwa kadang-kadang membawa tekanan tapi doa sahaja yang mampu saya lafazkan semoga Allah memberi petunjuk kepada mereka yang BUTA disamping kita berusaha menyumbang kepada tersebarnya kebenaran Allah dimuka bumi ini dalam apa bentuk sekalipun,insyaAllah.

Malaysia menyaksikan satu lagi perhimpunan rakyat, kali ini di kalangan umat lslam untuk menentang wabak murtad yang di namakan HIMPUN. Soal akidah yang sepatutnya di benteras melalui pendidikan, persekitaran yang baik dan sistem pembelajaran yang barakah kini mencari 'kambing hitam' untuk di persalahkan. Berdegar-degar pun melalak keadaan masalah sosial hari ini tidak dapat di benteras kerana musuh umat telah berjaya masuk sampai ke bilik tidur. Masyarakat lebih percaya dan minat kepada janji sesama mereka berbanding janji Allah yang mencipta mereka.

Bila manusia di jadikan tempat bergantung mulalah manusia di takuti berbanding akhlak TAKUTKAN AZAB ALLAH. Bila manusia tidak takutkan Allah lahirlah ramai FIRAUN kecil dan besar bermaharajalela. Firaun amat kufur dan ingkar kepada Allah dan watak inilah yang kita saksikan setiap saat dalam kaca-kaca TV.
   
 Untuk tidak menjadi orang yang BUTA SEJARAH tiga (3) perkara penting perlu di perkukuhkan. PERTAMA sejarah hidup insan yang pernah berikrar mengaku Allah sebagai Tuhan harus di letak baik-baik dalam lipatan hati agar tidak mudah kufur nikmat merasakan kita bebas dan berbuat sesuka hati tanpa merujuk kepada pencipta kita. KEDUA sejarah kelahiran masing-masing ke dunia beribu-bapakankan seorang wanita dan lelaki yang berkorban mengandung,mengasuh, mendidik dan mendoakan sehingga anak-anak kecil menjadi besar.  Bayangkan jika seorang ibu yang di suruh suami atau lelaki pendampingnya  membuang bayi di merata tempat atau bayi di kelar-kelar??begitu besar jasa ibu bapa membesarkan kita.  Sejarah hidup kita waktu makan di suap, sakit di rawat dan sekolah di doakan oleh ibu bapa merupakan satu kekuatan yang perlu di simpan baik-baik dalam hati. Ia merupakan pencerah banyak masalah kehidupan dan menjadikan kita orang yang bersyukur. KETIGA letak AlQuran di hadapan dalam semua urusan kehidupan kita. AlQuran menyediakan pelbagai sejarah untuk di jadikan iktibar dan panduan.Baca, hadzam makna,hafal dan amal merupakan resipi unik AlQuran yang dapat menghindar kita menjadi mangsa BUTA SEJARAH.

Alhamdulillah rombongan meminang bagi seorang anak saudara saya telah sempurna di jalankan pagi Sabtu 29 Oktober dalam majlis yang mudah dan ringkas di Bandar Baru Bangi. Jumlah hantaran tidak di umumkan kerana ia lebih sesuai untuk perbincangan antara ahli keluarga sahaja demi menjaga keberkatan perkahwinan dan keperibadian keluarga sekalipun mereka orang berada.. Istimewanya dalam majlis kali ini ialah 'khutbah' di mana pihak pengantin perempuan telah memilih seorang ustaz JAWI menjadi wakil keluarga dan antara tazkirah dalam khutbah ialah menekankan pentingnya peranan ibu bapa untuk menjaga anak dan ahli keluarga daripada azab neraka. Peranan bakal pengantin juga di tekankan agar bersabar tidak bermaksiat kerana pertunangan bukan tiket untuk melanggar perintah Allah dengan berdua-duan tanpa muhram. MasyaAllah...amat tepat dengan cara menyelesaikan masalah sosial iaitu membudayakan berpesan dalam semua acara yang di jalankan dalam masyarakat.  Jika amalan ini menjadi kebiasaan saya yakin ramai anak muda, ibu bapa dan masyarakat akan terdidik lantas berubah menjadi insan yang tunduk patuh kepada perintah Allah. Amalan berpesan ini juga sekaigus dapat mengatasi masalah BUTA SEJARAH.  WaAllahu'alam






   






DI SEKITAR MAJLIS PERTUNANGAN MUHAMMAD ZARIF HJ KAMARDIN

No comments:

Post a Comment