NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Monday, May 16, 2011

APPLE TEA

Salam

Selasa 17 Mei 2011, cuti hari Wesak di Malaysia.

Sepanjang hari Ahad aktiviti agak padat menyertai acara konvoi memperingati Nakbah Palestin (15 Mei) di Cawangan Aman Palestin Kota Damansara. Perancangan yang baik daripada penganjur dapat menarik lebih 500 penyertaan dan kutipan melebihi RM15k. Alhamdulillah.

Penganjur aktiviti kebajikan dan amal kena banyak belajar daripada Pengarah Cawangan Aman Palestin Kota Damansara kerana saya lihat komitmennya tinggi sekali. Penyokongnya ramai sekali mengebar bendera di sana sini. Memang jihad habis-habisan 'Demimu Palestin'. Yang cantiknya persatuan dan badan-badan yang menggabungkan diri terdiri daripada orang awam yang amat terkesan dengan syaksiah Pengarah cawangan, alhamdulillah. Galeri Mawaddah di jemput membuat jualan amal, peluang memperkenalkan kuih 'Hani's ring.'
PENYERTAAN ORANG AWAM YANG MENGGALAKKAN KEFAHAMAN TENTANG JIHAD UNTUK RAKYAT PALESTIN

KUMPULAN BIKERS BERAKSI PUASHATI DENGAN PROGRAM

Isnin kami menerima tetamu daripada Singapura/Germany dan bersama mereka di Satay Station Kg Pandan hingga larut malam, alhamdulillah. Tetamu turut di rai dengan makan tengahari Selasa hidangan ala Arab di D'Arab cafe Anjung 7. Pakej yang amat memuaskan kerana siap dengan hidangan dessert dan dua jenis minuman,sejuk dan panas ditambah hidangan buah-buahan. Tetamu seronok nampaknya, alhamdulillah.
BERSAMA TETAMU

RELAX DALAM MUSAFIR YANG EXCELLENT !

Menyambung travelog Turki: Musafir hari kelima di Cappadocia bermula dengan bangun seawal 4.30 pagi waktu Subuh kemudian bersiap untuk menyertai pakej 'Air Balloon' di syarikat Royal Air Balloon. Cuaca sejuk yang meggugat dan suasana angin dan hujan mencemaskan. Mengikut pengalaman jurupandu pakej, cuaca sedemikian agak berisiko kerana air balloon mungkin tersasar dan landing boleh terhempas. Hampir dua jam menunggu kami di maklumkan penerbangan terpaksa di batalkan kerana cuaca dan akan di jalankan esoknya kerana kami menginap di Cappadocia dua hari. Apa pun kami kini berpengalaman mengenai penerbangan air balloon dan akan cuba menaikinya di tempat lain kalau ada rezeki.AIR BALLOON
PANORAMA SPECTACULAR DI CAPPADOCIA

Perkataan yang tepat untuk panorama Cappadocia ialah 'spectacular' (mengkagumkan) satu gambaran ciptaan Allah yang tidak ada tandingannya kerana terlalu rapi bentuk bumi menyerupai rumah penginapan dalam batu (gua). Di fahamkan sewaktu agama kristian tersebar ramai pendita (hermit) tinggal bertapa di gua-gua kecil atas bukit.
Kami meneruskan lawatan ke Cappdocia carpet. Satu pendedahan ilmu membuat karpet Turki yang teliti sekali. Lebih dua jam kami di beri taklimat di ikuti tawar menawar harga karpet yang rata-rata tidak kurang USD1k sekeping. Hasrat membeli sekeping karpet kenangan memang ada namun apakan daya tidak ada upaya fulusnya!
ADA YANG SERONOK DAPAT KARPET KENANGAN

Di Cappadocia carpet kali kedua saya menikmati "Apple Tea",(Elma cayi dalam bahasa Turkish) Teh perasa epal ini di perkenalkan dalam pasaran Turki untuk menarik pelancung dan bebas caffine. Citarasanya unik dan sesuai dengan selera saya, alhamdulillah. Blog ini saya memilih tajuk 'apple tea' kerana di setiap lawatan yang kami pergi minuman ini sering di hidangkan.
MENIKMATI APPLE TEA

Menenun karpet merupakan satu perusahaan yang di dokong kerajaan Turki. Di Cappadocia Carpet pemiliknya Mr Hamdi bermula dengan penenun karpet,kini menjadi jutawan agaknya kerana stok karpet mahalnya banyak sekali dan pekerja pun mahir belaka. Harga karpet anyaman tangan akan meningkat harga mengikut lama masa membuatnya dan rapi anyamannya (kecil). Untuk menunun karpet kecil dan benang halus tidak boleh lebih daripada satu jam sehari kerana akan merosakkan mata!

Bagi yang pulang membawa karpet cantik sebagai kenangan tersenyum lebar dan poket pun lebar koyaknya. Yang lain membawa rasa lazat apple tea sajalah.

Kami membuat lawatan ke tempat pelancungan melihat muka bumi terpacak ukiran di sana sini kesan hakisan beribu tahun. Paling banyak bas pelancung yang saya pernah lihat di mana-mana tempat pelancungan menunjukkkan tempat spectacular begini menggamit pelancung daripada seluruh dunia. Masyaallah, Subhanallah semoga ramai pelancung yang pulang dapat memikirkan kebesaran Allah Maha Pencipta.DERETAN BAS PELANCUNG DI KAWASAN MENGAMBIL GAMBAR

Makan tengahari istimewa dalam restoran gua dan amat menarik sekali hiasannya dan makanan pun alhamdulillah sedap.
MAKAN TENGAHARI DALAM RESTORAN GUA

Lawatan seterusnya melihat kemahiran membuat hiasan pasu seramik. Penjelasan panjang lebar termasuk demonstrasi yang melibatkan peserta menggugat minat kami ingin memilikinya. Mulanya kami sepakat menyatakan ia umpama melawat kilang membuat labu sayung di Perak, namun setelah kami di ajak menuruni lorong bawah tanah dan gua-gua rupanya terlalu berharga kemahiran melukis pasu dengan ukiran ala kesultanan saljuk dan seniukir khalifah Ottoman Turki.

Teringat untuk memberi cenderahati tuan rumah hotel (rumah besar)di Shah Alam kerana hiasan yang agak mahal sesuai untuk rumah besar-besar, almaklum sebiji mangkuk buah-buahan berharga hampir RM1k dan selepas di tawar turun harga menjadi RM600 lebih. Sebelum kami pulang ada seorang peserta berbisik kepada saya harga di pasar awam hanya RM100. Saya hanya menjawab kita beli nama syarikat yang mahal,yang tertua dan terunik terletak di bawah tanah di Turki.LUKISAN TANGAN YANG MENGKAGUMKAN

Lawatan ke underground city membawa kami kepada sejarah umat kristian yang terpaksa lari daripada kezaliman pemerintah yang anti agama. Mereka membina lapisan tempat kediaman sampai 11 tingkat bawah tanah dimana 8 tingkat daripadanya telah di baikpulih dan di sediakan letrik untuk menerangi pintu-pintu gua. Di bawah tanah ini terdapat rumah kediaman, tempat simpanan makanan, memelihara kuda, juga tanah perkuburan. Bertahun mereka tidak akan keluar daripada gua ini umpama kisah AshabulKahfi. Begitulah kentalnya orang dahulu berjihad memelihara agama mereka. Saya dan beberapa teman kurang mampu menuruni lorong kecil ke underground city dan kaki pun masih meragam kurang sihat. Pemandu pelancung kami mewakilkan tugasnya kepada Uncle Mustapha kerana saiz badan beliau menyukarkan pergerakan bawah tanah.

Musafir hari keenam kami meninggalkan Cappadocia menghala ke Ankara (214 km) dan Gunung Bolu 139 km, lebih 500km perjalanan. Menginap semalam di Hotel Gunung Bolu TORKMUTFAR SAFABACHES yang amat sejuk dan mengingtkan kami arkitek lama ala Tudor semacam di Cameron Highland.

Kami mulai terasa akan hampir saat perpisahan dan cuba mengabadikan sebanyak mungkin masa bergambar sama di sepanjang perjalanan.MENGABADI KENANGAN SAAT AKHIR MUSAFIR

Sebelum memulakan perjalanan ke Ankara kami singgah ke kilang barangan kemas dan batu onik. Semua berpakat cukup-cukuplah membelibelah dan sekadar melihat sahaja. Rezeki saya tidak dapat menjangka. Suami saya ingin meraikan "hari ibu' kebetulan anak saya mengirim mesej ucapan hari ibu. Terletaklah sebiji cincin di jari,alhamdulillah. Semoga murah lagi rezeki suami saya yang di kasihi. Saya tidaklah berhajat nak membanding kosnya dengan harga di tempat lain kerana ia kenangan indah di Turki yang ada keunikan tersendiri.SELAMAT HARI IBU 2011

Setakat ini untuk travelog Turki buat masa ini,akan bertemu lagi insyaAllah.

No comments:

Post a Comment