NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Monday, March 14, 2011

INDI DHUYUF (SAYA ADA TETAMU)

1. D'Arab Cafe Kawasan Perniagaan Seksyen 7 Shah Alam
2. Kuliah subuh dan taaruf
3. Rombongan terdiri daripada 15 orang
4. Sarapan di Hotel Luxton
5. Membelibelah di Cibaduyut
6. Rabbani House
7. Pertemuan dua tokoh Malaysia Indonesia
8. Pasangan usahawan muda Acheh yang gigih di Thamrin City
9. Di Ascott
10. Restoran Garuda Bandung
11. Cottage Al Jannah DarulTauhid
12. Hotel Luxton
13. Bersama tuan rumah di Ascott
14. Kenangan di Ascott
15. Lapangan Terbang SeokarnoHatta Jakarta
16. Menunggu transport di Pameran Buku Senayan




17. LCCT AirAsia





Salam

4-7 Mac tempoh meredakan kepenatan pulang daripada musafir ke Terengganu dan urusan memulakan semula perniagaan Nasi Lemak Le Arab di Shah Alam. Cadangan mengadakan 'Sudut Tijarah' bermula di Surau AtTaqwa sedang di pertimbangkan. Objektif cadangan ialah untuk menambah dana aktiviti surau dan menjadi model kepada surau lain di Seksyen 7, insyaAllah.

Selasa 8 Mac 2011/3 RabiulAkhir 1432H saya tidak dapat hadir dua pengajian, paginya kelas ganti Harfiah dan petangnya pengajian Fiqh semasa. Sebabnya saya ada tetamu (dalam bahasa Arab indi Dhuyuf). Tetamu saya akan ikut serta dalam musafir ke Jakarta sempena acara tahunan Islamic Book Fair yang akan berakhir 13 Mac 2011. Ini tahun ketiga saya dapat hadir pameran buku-buku lslam ihsan adik saya yang menyediakan tiket kapalterbang percuma. Amiin

Sejak tarikh itu saya menjadi tuan rumah di Malaysia dan di Indonesia melayan tetamu rombongan di Shah Alam, Jakarta dan Bandung.

Dalam tempoh bermusafir berlaku musibah Tsunami di Jepun yang mengurangkan perihatian warga dunia kepada kezaliman Gaddafi ke atas rakyat Libya. Lebih 10,000 mangsa diberitakan maut dan ramai lagi yang belum dikesan. Mutakhir ialah krisis nuklear yang meletup berikutan tsunami dan tidak mustahil kesan Tsunami akan berlaku kekurangan bekalan makanan dan keperluan asas hidup manusia di seluruh dunia.

Saya melihat kejadian gempabumi dan tsunami yang begitu kerap mutakhir ini (Gempabumi di New Zealand akhir Februari 2011) sebagai tanda-tanda kebesaran Allah untuk manusia mula memikirkan ke mana halanya kehidupan yang terlalu 'precarious'(dalam bahaya) dan kepada siapa manusia perlu mengharapkan bantuan.

Apa pun kedudukan tetamu di sisi agama lslam amat terpelihara kerana selama 3 hari mereka perlu mendapat layanan istimewa bagi tuan rumah yang ingin mendapat ganjaran rezeki dan terhapus dosa setelah tetamu pulang. Saya memang sengaja mengajak rombongan daripada Johor Bahru sebagai pendedahan kepada dua orang usahawan muda yang masih berpeluang belajar daripada kegigihan usahawan Indonesia.

Di akhir lawatan saya melihat beberapa perubahan dari segi cara berfikir usahawan anak muda yang mula membuka mata kepada peluang menjadikan tugas harian sebagai saluran amal soleh dan menyumbang bakti kepada yang memerlukan.

Sesungguhnya keyakinan saya dan adik di Jakarta menjadi tuanrumah untuk memudahkan tetamu adalah urusan paling utama dalam menjalin silaturrahim. Setinggi kesyukuran kepada Allah yang membuka ruang amal kepada kami dapat meraikan dhuyuf (tetamu) amiin

No comments:

Post a Comment