NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Wednesday, February 9, 2011

TUNGGU HARI






Menyediakan hamper buat tamu daripada Solo


Salam

Ahad dan Isnin (6 & & 7 Februari) sekembalinya lawatan ke Johor Bahru, Galeri Mawaddah membuat pembaharuan cara menyantuni Hani's Ring. Begitu juga Isnin sebahagian hasil yang kurang memenuhi citarasa dikeluarkan termasuk yang di hantar ke cawangan D'Arab Cafe. Sebelah malam Isnin kami menerima tamu daripada Solo dan sempat memberi cenderahati kuih yang baru,alhamdulillah.
Kuliah dan penuntut yang hadir

Selasa 8 Februari 2011. Awal pagi saya bersama kuliah Ustazah Faridah di Surau AtTaqwa membincangkan dua Nama Allah (AsmaulHusna) 'Al Baqi dan Al Waris'. Penjelasan yang amat menyentuh kerana dengan beberapa nama akhir dalam buku rujukan, kuliah ini akan tamat.

Alhamdulillah saya pernah menyebut dua tahun lalu untuk 'mengkhatamkan' kuliah AsmaulHusna dan ia menjadi kenyataan dengan iziz Allah, amiin. Buat pertama kali juga semua petugas Galeri Mawaddah menyertai kuliah. Ramai yang berpeluang membeli buku kedua yang akan menjadi rujukan kuliah seterusnya iaitu 'Penyucian Jiwa' oleh Syed Hawa.


Petugas Galeri Mawaddah



Hari ini adalah hari pertama Galeri Mawaddah meng'out source' masakan nasi arab kepada seorang petugas yang berpengalaman. Di doakan projek dapat berjalan dengan baik. Hari ini juga tempahan Hani's Ring di buat sejumlah 2,025 keping untuk majlis perkahwinan pada 26 Februari, semoga trend ini dapat menambah pengeluaran produk Galeri dalam tempoh terdekat.

Saya berterusterang kepada petugas Galeri bahawa projek yang dijalankan merupakan usahasama dan masing-masing perlu memainkan peranan agar perancangan menepati sasaran dan semua yang terlibat mendapat hasilnya. Sebaliknya jika jualan produk tidak menepati sasaran saya selaku penyelaras akui tidak berupaya untuk menyera elaun mereka. Dalam hati kecil ada rasa cemas dan harap semoga Allah datangkan pelbagai pertolongan dalam 'jihad' kecil kami ini.

Merenung jauh kepada tarikh hari ini tiba-tiba saya teringat shasha anak saya yang kedua kini sedang 'MENUNGGU HARI' untuk bersalin anak keempat. Terus saya merancang dengan suami akan bermusafir lagi ke selatan, kali ini ke Batu Pahat,Simpang Renggam dan Rengit.



Bersama Cik Gu Izah dan latarbelakang sekolah rendah AlGhufran

Ke Simpang Renggam menziarahi rumah baru Izah anak saya ketiga yang komit menjadi guru di sekolah Islam AlGhufran termasuk ziarah ke sekolahnya. Ke Rengit meninjau barang terpakai untuk kegunaan Galeri dan pesanan seorang teman. Selepas menalipon kak Yah di JB mungkin saya akan terus ke JB lagi mengambil 'dough' Hani's Ring.

Nampak 'ligat' di kawasan negeri Johor, dalam hati pasrah semoga semunya di permudahkan. Beberapa urusan dan pertemuan sepanjang dua hari Rabu dan Khamis di Shah Alam saya
tangguhkan sehingga Jumaat.

Menjelang waktu Maghrib saya dan suami sampai di Tangkak menyerahkan nasi le Arab dan kuih Hani's Ring di rumah Kakak serta sempat menunaikan solat jama' taqdim. Tiba di Air Itam menyerahkan makanan yang sama untuk shasha dan keluarga. Rupanya Simpang Renggam melalui jalan lama hanya 20km daripada tol Air Itam dan alhamduliallah kami selamat sampai ke rumah Izah jam 10.30 malam.

Kawasan perumahan baru di Simpang Renggam banyak dalam pembangunan dan sewa lebih murah daripada pekan biasa. Semoga kegembiraan bertemu cucu di rumah yang selesa ini membuahkan semangat kepada Izah untuk 'bertahan'. Satu pengorbanan kerana beliau meninggalkan jawatan gaji lumayan di Selangor untuk bersama tiga anak-anak dengan menjadi guru di sekolah anak-anaknya belajar. Saya puji sikap ini dan saya iringi doa pengorbanannya tidak sia-sia dalam tempoh yang terdakat dan untuk jangka panjang juga.


Bersama Mudir Sekolah Islam AlGhufran

Pertemuan dengan Mudir sekolah AlGhufran keesokannya (Rabu) mengimbau nostalgia rumah agam di Jalan Kelantan Bukit Persekutuan dalam tahun 80an kerana mudir ini pernah menziarahi kami. Mengingat kembali era saya tinggal di rumah agam (rumah besar-kuarters kerajaan) dan keadaan kami dengan anak-anak masih kecil banyak perkara yang saya rasa kekurangan sekarang, antaranya sibuk berkerja anak-anak kurang bersama (lebih kerap tinggal di kampong bersama arwah ibu bapa saya,bila ada pembantu baru dapat bersama).



Pelajar makan berkumpulan waktu rehat makanan yang di sediakan pihak sekolah

Ekonomi tidaklah stabil namun seingat saya mampu juga untuk bersama keluarga dan rakan seperjuangan dalam rumah agam. Sebuah kereta Mark X second hand turut membuat sejarah ketika itu kerana kami serahkan kepada seorang adik untuk di gunakan.

Allah Maha Kaya dan Maha Pemurah kerana 20 tahun kemudian kereta Mark X dengan warna yang sama sampai semula ke tangan saya dalam keadaan yang lebih baru. Amiin.




Gambar di Rengit: kiri deretan kedai baru berbanding dengan gambar sebelah kanan rumah usang sekarang di mana jual beli di jalankan


Lawatan ke Rengit membuka tabir baru kerana kini sudah ada deretan kedai untuk menempatkan jualan barang terpakai oleh orang asli laut disitu. Sebahagian besar barang-barang datang daripada Singapura. Saya perolehi pesanan teman yang mengirim membeli barangan letrik. Saya dapati juga waktu hari bukan hujung minggu pilihan dan harga agak berbeza (banyak pilihan dan harga murah sedikit).

Melalui jalan pantai barat negeri Johor kami sempat sampai ke sebuah kawasan rekreasi tepi pantai yang agak cantik tetapi sepi. Mungkin hujung minggu ramai pengunjung agaknya. Teringin menjamu selera dengan masakan asam pedas dan kami menemui sebuah restoran. Ikannya segar, maskananya perlu di pertingkatkan.

Di tepi Pantai

Setibnya saya di rumah Shasha beliau masih belum ada tanda-tanda nak bersalin.'TUNGGU HARI' kerana dua orang anaknya pun lewat dua hari. Di doakan beliau selamat bersalin dan ibu mertuanya pun ada menjaga, legalah saya.

Sebelah petang saya sempat melawat bandar Batu Pahat yang berubah wajah kerana banyak sekali kompleks membeli belah baru di bina. Saya di fahamkan Batu Pahat banyak 'happening' termasuk kes 'menteri seks'. Di sana sini saya nampak gambar menteri ini menghias dada iklan terutama di kawasan yang ramai penduduk cina.







Batu Pahat kini banyakkompleks belibelah moden

Sewaktu menginap di rumah adik saya di Batu pahat ini ada juga datang dalam fikiran saya adakah Negeri Johor ini MENUNGGU HARI untuk berubah jika rakyat tidak berhati-hati memilih pemimpin. Mutakhir di Mesir telah 16 hari rakyat membuat protes dan bertambah merebak menuntut Husni Mubarak melepaskan jawatan kerana kediktatorannya, namun belum nampak tanda-tanda tuntutan rakyat di penuhi, kita sama-sama "TUNGGU HARI" siapa yang sebenarnya patut berundur daripada memerintah atau sekaligus luput dari muka bumi ini. Rakyat pun membentak samada penuhi tuntutan mereka atau mereka SYAHID!! berat isu ini.

Mari kita berdoalah agar hari yang kita tunggu untuk bertemu Allah adalah hari yang bahagia bukan sangsara. Antara doa petikan Abu Al Hasan Al-Syazuli berbunyi:

"Ya Allah,Ya Tuhan yang Maha Halus (Latif) Maha Pemberi,Maha Kuat,Maha Mulia, bagiMu segala apa yang ada di langit dan di bumi. Engkau kurniakan dan tentukan rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki. Limpahkanlah kepada kami rezeki yang dapat menyampaikan kami kepada rahmatMu. Limpahkan rahmatMu yang dapat menghalang kami dari murkaMu. Limpahkanlah kelembutanMu agar kami menggapai pengampuannMu. Akhirilha usia kami dengan Husnul Khatimah sebagaiman Kau akhiri usia para waliMu. JADIKANLAH HARI KEBAHAGIAAN KAMI KETIKA BERTEMU DENGANMU. Jauhkanlah kami dari api syahawat, dan masukkanlah kami dengan kelebihanMu ke tengah-tengah medan rahmatMu. Siramlah kami dengan cahaya daripadaMu yang memelihara kami. Jadikanlah kami dapat menguasai akal fikiran, menguasai jiwa dan menundukkan nafsu-nafsu kami hingga dapat memuji dan berzikir kepadaMu sebanyak-banyaknya. sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui keadaan kami." Amiin

WaAllahu'alam

1 comment:

  1. Kitab 'Penyucian Jiwa' oleh Syed Hawa tu ada lagi ke kak? saya nak beli satu bleh?

    ReplyDelete