NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Thursday, February 3, 2011

PASAR TANI MEGA JOHOR BAHARU


MUSAFIR KE JB

PERGI SINGGAH R&R
PULANG SINGGAH ANGSANA MALL


Salam

Ahad 6 Februari 2011, hampir 24 jam yang lalu saya dan suami beserta tiga pembantu Galeri Mawwadah berada di Pasar Tani Mega Johor Baharu yang di adakan dipadang bersebelah Stadium Jalan Larkin Johor.

Ramai yang bertanya ada apa di sana? Alhamdulillah kami dapat apa yang kami cari. Se pakej pengalaman bermusafir bersama dan pertemuan empat mata dengan anak muda yang menggoncang minda saya mengenai pendapatan lima angkanya. Saya berdoa satu hari anak muda ini akan menjadi jutawan insyaAllah.

Dalam kemelut masyarakat di Mesir menghadapi pemerintahan zalim, konsep doa di jelaskan oleh ulama muktabar Yusuf AlQardhawi seperti berikut:

Sumber petikan internet:“kami akan menghadapi kamu (Presiden Husni Mubarak) dengan doa diwaktu sahur dan dengan setiap orang yang kusut rambutnya dan berdebu tubuh badannya yang jika dia berdoa kepada Allah, nescaya Allah akan memperkenankan doanya”. Doa orang-orang yang dizalimi akan diangkat oleh Allah melepasi awan dan akan dibukakan untuknya pintu-pintu langit sambil Dia berkata, “demi keagungan dan ketinggianKu, Aku akan menolongmu walau pun selepas beberapa ketika”.

Begitulah dahsyatnya kesan doa yang akan di perkenan Allah kepada sesiapa yang zalim termasuk diri individu yang menzalimi diri sendiri bila mengabaikan taggungjawab dan amanah yang Allah berikan sewaktu hidup dimuka bumi ini.

Berbalik kepada doa saya untuk Alif usahawan muda di JB yang jatuh pangkat 'cucu' saudara kepada saya, beliau memperlihatkan kesungguhan dalam bidang tugasnya sebagai usahawan dan kami jadikan beliau sumber rujukan perniagaan 'kuih tradisional' yang senghaja saya bawa ke Shah Alam.


suasana pasar tani yang ramai pengunjung


Bermula seawal jam 6.30 pagi beliau telah berada di Pasar Tani Mega JB untuk menjual 40 kilo bahan kuih penderam (Hani's ring di Shah Alam) dengan pendapatan bersih (net) RM700.00 sehari. Petang esok (Ahad) katanya akan berada di Pasir Gudang dengan pengalaman mengutip pendapatan yang sama. Tidak hairanlah beliau mampu meraih RM3,000.00 (Ringgit Malaysia Tiga Ribu) seminggu. Namun pengorbanan yang begitu tinggi sehinggakan nak bersarapan pun tak sempat!

Aimi pembantu pemasaran Galeri Mawaddah terpegun...masyaAllah, dengan duduk tak berapa jam membuat kuih penderam dapat RM700? Biar betul,ini pendapatan sehari...kalau 30 hari atau sehari dua tempat? Mau mencicah 30 ribu sebulan? Beliau mencongak. Saya terharu Aimi amat terkesan dengan pengalaman melihat sendiri aktiviti Alif dan beliau merakam video camera daripada handfonnya proses yang Alif lakukan.


Alif tekun mengusahakan kuih deram

Sebenarnya apa yang saya ingin kongsikan dengan pembantu Galeri yang bersama dalam musafir keJB bukan sekadar mendedahkan jumlah pendapatan Alif tetapi kegigihannya meneruskan perniagaan ibunya yang kini brpindah di Tebrau Johor mengikuti suaminya (bapa tiri Alif) berniaga kain baju. Khabarnya bidang perniagaan tersebut lumayan juga dengan pendapatan RM1,000 sehari di pasar malam yang ramai pengunjung.

Dalam keadaan biasa seorang anak muda tidak akan menunjukkan minat melakukan apa yang Alif buat kerana menganggu kegiatan harian ramaja, antaranya tidur lama-lama, dengar muzik kuat-kuat, lepak dengan teman atau berjalan-jalan melancung. Namun Alif setia dengan bidang ini sehingga terpaksa menolak tawaran melanjutkan pelajaran ke UiTM. Kecekapannya menyediakan bahan sendiri, membentuk kuih dan menggoreng sendiri amat saya kagumi.

beliau kurang bercakap dan tangan cepat bertindak jika kuih didapati hampir hangus. Sewaktu saya sampai beliau bingkas bangun dan bersalaman (dia memakai sarung tangan), begitu juga ketika mengalu-alukan kedatangan suami saya. Sewaktu kami akan pulang dua pek kuih di sediakan sebagai buah tangan. Siapa yang ajar Alif berbudi bahasa? satu senario yang sukar di cari di kalangan anak-anak muda hari ini. Tahniah kepada neneknya yang mungkin ada sumbangan mendidiknya, begitu juga sejuk perut ibunya mengandungkan anak yang soleh.


Shah Alam cuba mengulangi kejayaan Alif
Alif sempat bersalaman dalam kesibukan

Sempat saya mengungkap kata-kata sewaktu berpisah dengan Alif: "semoga Alif terus berjaya dan jangan tinggal solat ya?" dia mengangguk.

Dalam perjalanan pulang saya kemudiannya berkongsi dengan pembantu Galeri satu kisah dahsyatnya jika seorang tidak menunaikan solat seperti berikut:

"Diceritakan dalam kitab Makzan al-Wa’izhin, “Pada zaman Rasulullah s.a.w, ada seorang lelaki mendatangi Rasulullah dan mengeluh mengenai kemiskinannya. Rasulullah berkata kepadanya, “Mungkin kamu tidak melaksanakan solat.” Lelaki itu membalas, “Wahai Rasulullah, saya melaksanakan solat lima waktu bersama tuan.”

Rasulullah berkata pula, “Mungkin di rumahmu ada orang yang tidak mengerjakan solat.” Lelaki itu menjawab, “Wahai Rasulullah, mereka semua mengerjakan solat. Saya tidak keluar rumah selagi saya belum memerintahkan mereka semua mengerjakan solat.”

Rasulullah berkata pula,"mungkin tetanggamu ada yang tidak mengerjakan solat?Lelaki itu menjawab mereka tetap mengerjakan solat."

Kemudian Jibril a.s. datang, lalu berkata, “Wahai Rasulullah, di suatu jalan, ada orang yang meninggal dunia dan semasa hidupnya, dia tidak bersolat. Kemudian seekor gagak mematuk tulang kecil dari mayat itu dan meletakkannya pada pohon yang terletak dekat dengan rumah lelaki itu. Katakan padanya supaya mengambil dan membuang tulang itu, supaya rezekinya menjadi mudah.”

MasyaAllah begitu teliti kesan tidak menunaikan solat sampai menganggu rezeki seseorang. Tuhanlah yang lebih mengetahui kelebihan segala sesuatu.(sumber internet)

Blog ini ingin menganalisa senario kemiskinan dan mengundang rezeki. Jika di teliti proses pendidikan yang di lakukan Rasulullah saw baginda sering memperingatkan 'tangan di atas lebih baik daripada tangan di bawah' menunjukkan bahawa dalam apa situasi pun kita perlu mempunyai sesuatu untuk di sumbangkan, wang ringgit, kemampuan berfikir, merancang, kemampuan tenaga empat kerat, kemampuan memberi sokongan, kemampuan menulis demi kebenaran. Apa yang di sumbangkan tidak pernah luput daripada pengetahuan Allah. Samada akan di gandakan di dunia dan di akhirat atau akan kekal menjadi amal soleh yang laris di pasaran akhirat.

Sering orang akan berkira-kira apa faedah membantu orang lain yang sepatutnya mereka sendiri perlu berusaha. Namun kita sering lupa bahawa membantu orang lain di waktu mereka perlukan bantuan kita memberi jaminan kita akan di mudahkan pula oleh Allah yang maha melihat. Yang paling inginkan ialah kita mendapat jaminan dimudahkan di saat 'sakratulmaut.'

Keberadaan saya di Galeri Mawaddah menjadi tanda tanya mengapa perlu bersusuah payah? Selain mengisi masa dengan sesuatu yang bermanfaat, saya seronok melihat keberhasilan idea dan saranan yang saya kemukakan menjadi kenyataan. saya juga ingin membuka peluang yang jarang-jarang sampai kepada setengah golongan. Peluang termasuk merancang bersama satu perusahaan, peluang berniaga di tempat selesa selain di gerai, pengalaman memberi pandangan dengan dada yang lapang, peluang menyertai musafir dan banyak lagi kebersamaan yang jika tidak di aturkan mungkin ada yang tetap berada di tahap lama. Kesan kurang pengalaman serta pendedahan kepada pelbagai ujian dan pengorbanan sering menjadikan seorang usahawan selesa dan kurang bermotivasi mara ke hadapan .


Sempat bersama 6 cucu di Tangkak


Ziarah Nasir yang lumpuh kesan kimoterapi stroke


Namun saya yakin setibanya kami di rumah setelah membuat ziarah di rumah kakak saya di Tangkak termasuk melawat Nasir anak sepupu saya sakit kanser dan akhirnya singgah di rumah kakak suami saya di Kajang semua kelelahan dan masing-masing dapat berehat dengan baik. Pemerhatian sepanjang musafir pasti akan menjadi kenangan manis kerana memang janji Allah dalam setiap pemusafiran akan berhasil dengan penghapusan dosa dan mendapat keredhaan Allah jika betul nawaitunya. WaAllahu'alam.

No comments:

Post a Comment