NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Thursday, February 10, 2011

MUBARAK DON'T GIVE A DAMN!



Perhentian R& R Bemban Melaka

Salam

Jumaat 11 Februari 2011. Hati rasa amat marah dengan sikap Presiden Mubarak di Mesir yang buat tak kisah (don't give a damn) kepada tuntutan rakyat Mesir untuk melepaskan kuasa. Betul lah kata-kata 'power corrupts,absolute power corrupts absolutely' (kuasa merosakkan dan kuasa penuh merosakkan sepenuhnya)
Bapa dan anak yang sentiasa dalam pengembaraan

Setelah 30 tahun menggunakan kuasa darurat Presiden Mubarak masih di alam fantasi merasai beliau berkuasa sedangkan rakyat ingin menyingkirkannya. Satu iktibar kepada semua kita insan kerdil ciptaan Allah agar ada sedikit rasa 'tawaduk' (rendah hati) bila Allah turunkan ayat-ayat (tanda-tanda) kita tidak di senangi. Banyak lagi urusan yang Allah redho boleh kita lakukan berbanding 'clinging' (berpaut kukuh) kepada kuasa yang sebenarnya hak Allah,'untuk di beri kepada siapa yang Dia kehendaki...

Saya tidak berminat mengulas hal politik tapi sentiasa doa saya di tujukan kepada hati-hati yang ikhlas untuk mencegah mungkar berterusan di muka bumi dan memberikan kepada umat lslam pemimpin yang beriman dan bertaqwa. Ke arah itu perlu ada proses berkenalan dengan ramai orang supaya ide dan rancangan baik yang kita ada di sebarkan dan mengajak orang lain bersama. Ringkasnya betulkan nawaitu melakukan sesuatu, yang lain akan berjalan sebaiknya dengan izin Allah.

Sekembalinya saya daripada trip kedua ke JB petang Khamis 10 Februari terdapat peluang menziarahi seorang teman yang dirawat di DEMC Shah Alam kerana sakit kencing manis yang serius. Dalam perjalanan sebelum itu kami dapat bertemu anak keempat yang sedang bertugas di Aeroline. Ketika itu bas executive Aeroline sedang berhenti di Bemban Melaka. Alhamdulillah pertemuan yang menyenangkan baik dengan anak maupun di hospital DEMC. Malah di DEMC ada seorang lagi kenalan daripada MBSA yang di rawat kerana kecederaan semasa bertugas (jurutera sedang memantau projek terbengkalai terjatuh...)
Jam 9.00 malam Khamis mesyuarat Galeri Mawaddah dengan petugas. Persiapan untuk menyertai Pasar malam Setia Alam hari Sabtu dan perancangan memasarkan kuih Hani's Ring seluas mungkin kerana bekalan dough akan di dapatkan mengikut jumlah yang dapat membantu kos menyelenggara Galeri. Semua merasa terpanggil berusaha keras kerana ia termasuk dalam konsep SABAR untuk menjadikan kerja sebagai ibadah. Hanya orang sabar yang kenal kejayaan.

Doa saya projek kecil ini menjadi wasilah (jalan) saya memperkenalkan akhlak lslam kepada usahawan kerana akhlak merpakan penampilan yang di senangi pelanggan.

Rata-rata dimuka bumi ini manusia tercari-cari orang yang boleh menyanggah akhlak buruk yang sering di pamerkan pemimpin yang tidak perihatin. Kedudukan pemimpin tersebut samada syok sendiri atau ada agenda yang tersorok di jiwa atau terang-terang tak takut Tuhan. Senang cerita kita berhadapan dengan Firaun masakini dan cara menundukkan Firaun ada di ajar oleh Nabi Ibrahim dan Nabi Musa, iaitu kembali mentauhidkan Allah dan bersabar dalam bertindak dengan yakin. Nabi Yusuf juga berjaya setelah bersabar bertahun-tahun dan baginda berada di bumi anbia Mesir. Semoga rakyat Mesir tetap bersabar di Tahrir Square, berjaya menurunkan Mubarak atau syahid!! WaAllau'alam

No comments:

Post a Comment