gambar2 di bukukan secara otomatik dalam masa 6 minit!
Salam
Jumaat 18 Februari 2011 urusan yang menanti berbaris (banyak), namun saya memilih untuk ke sebuah bank menamatkan akaun Syarikat NMS Top Sdn Bhd kerana terlalu lama tidak di aktifkan.
Apa yang perlu ialah satu Resolusi menamatkan akaun dengan tandatangan pengarah, saya dan adik saya. Kebetulan adik saya ada sama maka kami membuat persiapan.
Setiba di bank saya kecewa kali kedua dengan Key performance index (KPI) khidmat pelanggan yang gagal di hayati petugas. Kali pertama saya ke bank yang diperlukan hanya minit mesyuarat Pengarah untuk menamatkan akaun bank. Rupanya resolusi perlu di siapkan oleh sekretari syarikat. Kebetulan pejabat sekretari syarikat di bangunan yang sama. Terus saya ke pejabat sekretari dan memaklumkan akan menamatkan operasi syarikat NMS Top sekaligus. Dalam tempoh tak sampai 45 minit resolusi siap dan saya menyelesaikan urusan di bank.
Senario yang kurang menarik di bank ini ialah kurangnya pelanggan dan bank agak sepi. Saya tertanya-tanya juga adakah kerana khidmat pelanggan kurang menarik atau masalah lain. Namun saya masih ingat kes di bank ini yang tidak bersetuju saya menggunakan tandatangan huruf jawi. Antara alasannya sukar untuk di sahkan (verify).
Saya bertahan menyatakan tidak ada orang yang dapat meniru tandatangan jawi saya. Akhirnya saya terpaksa mengalah kerana seorang pegawai yang saya kurang senang sikapnya mengeluarkan suara tinggi. Lantas saya menggunakan tiga huruf NMT sebagai tandatangan. Dah dia kata senang sangat pula. Saya pula berkeras,ini hak saya dah awak tak suka jawi saya gunalah huruf rumi. Itulah kisah bank yang menurunkan semangat saya berurusan dengannya dan tidak hairan kalau apa yang saya alami mungkin di tempuhi orang lain mereka juga meninggalkan bank ini kerana banyak lagi bank saingan yang agak cekap.
Menggunakan Photo Book hanya menekan butang apabila gambar dalam pen drive atau memori di uploadkan ke mesin. Lepas 6 minit keluar sebuah buku! Proses menyusun gambar dan membukukan gambar berlaku dalam mesin!
Sebelah petang kami tiga beradik perempuan melawat sebuah syarikat pengedar mesin 'Photo Book'. Tujuan membuat perniagaan kepada usahawan baru, namun ada halangan kerana kos mesin yang tinggi. Kecanggihan mesin ini menarik dan pasti di gemari ramai anak-anak muda yang ingin menyimpan memori dalam 'photo book'.
Proses yang mudah melatak gambar seperti sebuah album tapi ia di lakukan secara otomatik melalui mesin 'photo book'. Saya tak banyak dapat menolong dalam keusahawanan ini kecuali tolong mencarikan pelanggan. Doa saya adik saya usahawan baru ini dapat memilih bidang perniagaan yang 'tak pernah rugi' iaitu betulkan nawaitu, cari sumber kewangan halal, jadikan kerja ibadat dan dakwah serta banyak bertawakkal.
Samada pasaran berada bersama kita atau orang lain banyak di tentukan rezeki dan usaha yang setimpal ingin memberi khidmat terbaik. Semua kita adalah pemimpin pemimpin dan memegang amanah menjadikan setiap saat hidup kita diredhai Allah. Buat masa ini cadangan perniagaan kena KIV walaupun mesin ini satu-satunya yang terdapat di Malaysia dan syarikat asal di France yang meminta pengedar diMalaysia menghubungi adik saya selaku agen tunggal di Malaysia.
Sebenarnya saya memberi tajuk Resolusi kepada blog ini adalah kerana saya terbaca sebuah tulisan mengenai resolusi United Nation yang hendak menghalang pembanguanan perumahan di tanah Palestin oleh negara lsrael yang di anggap 'Haram'. USA telah memVeto cadangan ini.
Gambar di Photo Book
Sedutan rencana 'Bullying the Palestinians' | ||
| ||
"Barack Obama urged Mahmoud Abbas to block a UN Security Council resolution condemning settlements." | ||
|
Gambar projek perumahan Israel di tanah yang di rampas daripada rakyat Palestin
Dalam nada yang amat bertentangan dengan aspirasi demokrasi di Mesir Presiden USA Obama meminta PLO agar tidak meyokong resolusi ini. Satu kerja gila meminta sebuah negara tertindas menyerahkan tanah mereka dijajah terus.
Apapun pelbagai penulisan wartawan bebas tidak menyokong tindakan US di tengah-tengah kemelut rakyat Timur Tengah memberontak pemerintahan kukubesi pemimpin mereka...satu komen saya petik seperti berikut:
"what happens when donors and not diplomats are driving US policy. It is too bad that they do not care that they are making the US look like Netanyahu's puppet in front of the entire world.'
MJ Rosenberg is a senior foreign policy fellow at Media Matters Action Network.
Doa saya natijah kebangkitan rakyat Mesir ialah terbuka luasnya pintu yang menghalang kemasukan umat lslam dan penyumbang-penyumbang apa saja ke Palestin. Jika ini berlaku saya mimpikan akan menjijak kaki ke AlQuds. Itu nanti adalah permulaan sejarah kejatuhan regim jahat Yahudi, amiin
No comments:
Post a Comment