NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Tuesday, February 22, 2011

ANDA ADALAH APA PROFESION ANDA






Bersama Jemaah Surau ArRayyan seksyen 7


Salam

Sabtu 19 Februari 2011 saya dan suami sempat hadir program Maulidilrasul Surau Arrayan Seksyen 7 Shah Alam. Cadangan Urban team menyertai Persatuan Belia Arryan dipersetujui sebagai usaha kerjasama untuk membimbing golongan remaja.

Makanan agak mewah dan penduduk di kariah Surau Arryan ramai yang hadir. Kisah seorang wanita yang mayatnya masih segar selepas bertahun meninggal dunia menarik perhatian dalam ceramah. Rahsia di sebalik kisah benar itu ialah wanita tersebut hanya mempunyai satu minat dalam hidupnya: membaca dan menghafal AlQuran.

Sewaktu kami mengadakan pertemuan di kalangan ahli wanita Ikram Jumaat malam, antara kelemahan semua yang hadir ialah 'sukar menghafal ayat Quran.' Dalam sebuah doa saya terbaca doa Saidina Ali seperti berikut untuk mempermudah hafalan AlQuran

"Ya Allah rahmatilah aku dengan meninggalkan kemaksiatan selamanya sepanjang Engkau menyisakan umurku (baki umurku). Rahmatilah aku agar tidak mencari-cari apa yang tidak bererti bagiku. Rezekikanlah kepadaku untuk memandang baik apa yang Engkau redhai pada diriku.

Ya Allah Pencipta langit dan bumi, Pemilik Keagungan, Kemuliaan dan Keperkasaan yang tidak terjangkau, aku mohon kepadaMu ya Allah Yang maha Pengasih, dengan KeagunganMu dan cahaya wajahMu agar Engkau kukuhkan di dalam hatiku menghafal kitabMu sebagaimana yang telah Engkau ajarkan kepadaku, dan berikanlah rezeki padaku untuk membacanya diatas jalan yang Engkau redhai dari dariku.


Ya Allah Yang Menciptakan langit dan bumi, Pemilikan Keagungan, Kemuliaan dan kerpekasaan yang tidak terjangkau, aku memohon kepadaMu ya Allah yang Maha Pengasih dengan cahaya KeagunganMu dan cahaya wajahMu agar Engkau berkenan dengan KitabMu menyinari pengelihatanku dengannya Egkau membaguskan lisanku, dengannya Engkau menghilangkan kesusahan dari hatiku, dengannya Engkau melapangkan dadaku, dan dengannya Engkau menyucikan badanku,kerana sesungguhnya tidak ada yang menolongku di atas kebenaran kecuali Engkau, tidak ada yang memberikannya selain Engkau dan tidak ada daya untuk berbuat taat dan tidak ada kekuatan untuk menjauhi maksiat kecuali dengan pertolongan Allah yang maha Tinggi lagi Maha Agong."

Hasrat kepada baki umur saya ialah kerap bersama AlQuran dan menghafal apa yang termampu, amiin.

keesokannya Ahad 20 Februari 2011 saya dan suami menghadiri majlis perkahwinan anak seorang pengarah Jabatan di MBSA. Walaupun kedatangan kami agak lewat ia memudahkan kami bertemu dengan pasangan pengantin.


Pengantin dengan professionnya


Satu kelainan kerana sebagi seorang yang bertugas dengan syarikat pengiklanan menantu tuan rumah mengenakan pakaian alat barat bertopi. Ahli keluarga malah tetamu ramai yang memakai pakaian baju melayu tradisional.

Saya membuat komen bahawa pakaian pengantin menggambarkan pekerjaan pengantin, suka mengiklankan diri sewaktu majlis besar di saksikan ramai orang. Saya terus membuat perbandingan satu ketika dahulu sebagi pegawai tinggi saya dan suami juga berprestasi mengikut apa jawatan yang kami sandang.

Sikap ego dan tinggi diri amat sinonim dengan pegawai tinggi kerajaan, almaklum ramai kenalan dan berpengaruh. Itulah antara penyakit hati 'ujub dan 'riya',nauzubillah. Semoga Allah mengampunkan kejahilan kami.

Bila bersara terpaksa berperanan selaku pesara, sering ke masjid dan surau, yang wanita menghadiri majlis ilmu. Namun ada juga yang menyandang pelbagai jawatan di umur tua, saya lebih yakin menjadi pendakwah hingga akhir hayat. Minima sikap pendakwah ialah senang berjumpa dengan siapa sahaja tanpa prejudis (tanggapan).





Petugas Galeri Mawaddah mendengar tazkirah


Petang Ahad Galeri Mawaddah mengadakan perbincangan strategi memperkukuh penghasilan dan pendapatan Hani's ring (penderam) kerana seorang petugas tambahan telah menyertai team kami. Enam rahsia kekuatan telah di sebutkan Akidah, Ilmu, Persaudaraan, Kerjasama, Kewangan dan Kerja Bersungguh. Lima syarat kejayaan menurut penulisan Imam Ghazali dalam Bidayatul Hidayah ialah Ilmu, amal, Ikhlas, Takut dan Harap. Semoga team kami dapat 'menyentuh angka juta' sewaktu membuat perbezaan di Shah Alam kerana itulah yang di harapkan dalam profession kami,mungkin bermula daripada zikir berjuta??



Kenangan di rumah Dr Mona dan dr Zamri


Malam Ahad saya dan adik bersama anak lelakinya berziarah ke rumah anak saudara saya yang baru pulang daripada Australia sebagai tanda mengalu-alukan kepulangannya. Mereka suami isteri doktor suasana rumah bersih macam hospital. Begitulah profession membentu peribadi kita.

Menyesuaikan dengan krisis yang berlaku di timur tengah yang kian membara, satu karakter pemimpin yang memang layak di jatuhkan ialah Muammar Ghaddafi di Libya. Membaca latarbelakangannya yang teruk dengan keganasan, mutakhir beliau bertindak cuba menghapuskan pemberontak menurut akhlak buruknya dengan pembunuhan dan menggunakan pembunuh upahan.

Professionnya selaku pemimpin sebuah negara yang rakyat menderita dek kukubesi melahirkan sikap 'berpaut' kepada kuasa walaupun terpaksa membunuh rakyat sendiri. Beliau mendakwa 'Badouin Warrior' dan seperti Hosni Mubarak ingin 'syahid' di tanah airnya sendiri. Saya dan ramai umat lslam akan mendoakan beliau jatuh tersungkur seperti Mubarak.

Dalam berita AlJazeera saya terbaca rencana berikut:

"Hanyaanya orang gila sahaja yang sanggup membunuh rakyatnya sendiri dengan jet-jet pejuang dan mengupah orang asing membunuh mereka!… Gaddafi memang gila,Muka pun macam orang Gila

Qaradhawi : Muammar Gadafi lelaki gila, halal darah

Perkembangan terbaru di Libya menyerlahkan sekali lagi kepekaan dan kelantangan Syaikh al-Qaradhawi, Pengerusi Kesatuan Ulama Islam Sedunia.

Sebelum ini, perkembangan di Mesir telah menampilkan karektor itu pada sosok ulama besar itu.

Terbaru, al-Qaradhawi mengeluarkan fatwa supaya ‘diktator gila’, Muammar Gadafi dibunuh!

Beliau memfatwakan sedemikian disebabkan tindakan gila Muammar Gadafi membunuh rakyatnya sendiri. Bukan dengan pedang. Bukan dengan senapang.

Tapi dengan jet-jet pejuang! Dengan mengupah pembunuh-pembunuh upahan asing!

Apa yang dilakukan oleh Gadafi ke atas rakyatnya sendiri, menurut Qaradhawi, lebih teruk daripada apa yang dilakukan oleh Israel ketika mengganyang Gaza.

Gadafi memang gila!

Hanya orang gila sahaja yang sanggup membunuh rakyatnya sendiri dengan jet-jet pejuang dan mengupah orang asing membunuh mereka!

Tidak peliklah jika sejak dahulu lagi beliau disifatkan gila.

Dan sekarang al-Qaradhawi menyifatkannya sebagai ‘sudah tidak waras’.

Al-Jazeera. net melaporkan :

أفتى رئيس الاتحاد العالمي لعلماء المسلمين الشيخ يوسف القرضاوي بقتل الطاغية الليبي معمر القذافي بسبب قتله أبناء شعبه عن طريق قصفهم بالطائرات واستخدام المرتزقة الأجانب لقتلهم

(Pengerusi Kesatuan Ulama Islam Sedunia, Syaikh al-Qaradhawi telah memfatwakan [supaya] dibunuh Penindas Berbangsa Libya, Muammar Gadafi disebabkan [tindakannya] membunuh rakyatnya melalui cara membedil mereka dengan jet-jet pejuang dan penggunaan orang-orang upahan asing bagi [tujuan] membunuh mereka)

Menurut Qaradhawi, sesiapa sahaja yang berkemampuan melepaskan tembakan kepada Gadafi, hendaklah berbuat demikian.

Al-Jazeera.net memetik beliau sebagai berkata :

أصدر الآن فتوى بقتل القذافي. أي ضابط أو جندي أو أي شخص يتمكن من أن يطلق عليه رصاصة فليفعل، ليريح الليبيين والأمة من شر هذا الرجل المجنون وظلمه.

(Sekarang, saya keluarkan fatwa [supaya] dibunuh Gadafi.Mana-mana pegawai [keselamatan], tentera atau mana-mana individu [yang] mampu melepaskan tembakan kepadanya, maka lakukanlah bagi membebaskan orang-orang Libya dan ummah daripada kejahatan dan kezaliman lelaki gila ini!)

Saiful Jahiliyyah, bukan Saiful Islam!

Anak diktator itu, Saiful Islam (Pedang Islam) yang bersekongkol dengan ayahnya, turut ditempelak oleh Qaradhawi dengan menyifatkannya sebagai ‘salah satu daripada pedang-pedang jahiliah’, bukannya pedang Islam!

Dalam ucapannya, Qaradhawi tidak lupa memberi semangat kepada rakyat Libya agar terus melakukan pemberontakan keatas pemerintahan Muammar Gadafi, sambil menegaskan sesiapa yang terbunuh dalam pemberontakan itu sebagai ‘syahid di sisi tuhannya dan baginya kedudukan yang agung di syurga Firdaus’.

Sesiapa pun boleh bersetuju atau tidak dengan fatwa terbaru Qaradhawi ini.

Namun, mesejnya di sini ialah, Qaradhawi sesungguhnya telah memberi contoh peranan sebenar seorang ulama dalam masyarakat.

Peka. Semasa. Bergerak seiring dengan denyut nadi ummah. Proaktif. Berani. Lantang. Terkehadapan…

Demikian terserlahnya profession seorang ulama di saat nasihatnya di perlukan.

Isnin 21 Februari 2011 saya dan adik ke Pejabat Pendaftaran Syarikat di Shah Alam. Saya menambah aktiviti kepada Galeri Mawaddah meliputi promosi makanan tradisional sementara adik saya mendaftar 'Smartop Global services' untuk mengusahakan ebook dan produk digital, di doakan kami akan melakukan sesuai dengan profession kami selaku usahawan Muslim yang menurut konsep Alquran surah Al Fatir 29:

" Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca kitab Allah (Al Quran) dan melaksanakan solat dan menginfaqkan sebahagian rezeki yang Kami anugerahkan kepadanya dengan diam-diam dan terang-terangan,mereka itu mengharapkan PERDAGANGAN YANG TIDAK AKAN RUGI" Amiin.

No comments:

Post a Comment