NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Monday, February 14, 2011

THE PEARLS OF FIRST LADIES OF MUSLIMS (FLOM)


THE TOP SISTERS


Salam

Ahad 13 Februari/ 10 JamadilAwal 1432H, kami menghadiri kuliah keluarga Kohatsa di Shah Alam.

Penceramah tetap Ust Miftah melontarkan satu cabaran kepada kami wanita/ibu-ibu Kohatsa untuk menerbitkan sebuah penulisan mengenai 'mutiara' wanita pertama isteri-isteri Rasulullah saw sebagai rujukan kepada umat lslam di Malaysia. Khusus cabaran di tujukan kepada adik saya Norlida yang kini sedang menyiapkan e-booknya yang pertama.

Berikut adalah senarai nama isteri-isteri Rasulullah saw yang di beri gelaran Ummahatul Mukminat (ibu-ibu wanita beriman): WANITA-WANITA PERTAMA UMAT ISLAM (THE FIRST LADIES OF MUSLIMS-FLOM):

1. Khadijah bint Khuwaylid

2. Sawada bint Zam'a

3. A'isha Siddiqa bint Abu Bakr

4.Hafsa bint 'Umar

5. Zaynab bint Khuzayma

6.Umm Salama Hind bint Abi Umayya

7. Zaynab bint Jahsh

8.Juwayriya bint al-Harith

9. Umm Habiba Ramla bint Abi Sufyan

10. Safiyya bint Huyayy

11. Maymuna bint al-Harith

Khadijah Al Khuwailid
Khadijah adalah seorang ahli peniagaan Mekah dari keluarga yang dihormati.Khadijah adalah isteri pertama Rasulullah saw. Dia berkawin dengan Nabi sw. ketika berusia 40 tahun dan Nabi saw berumur 25 tahun. Khadijah telah melahirkan 6 orang anak hasil perkahwinan mereka.. Khadijah adalah orang yang pertama beriman kepada Rasulullah saw. Dia banyak membantu Nabi saw. dalam usaha da’wah Islam peringkat awal di Makkah. Saidina Ali pernah meriwayatkan bahawa Rasulullah saw. berkata ,” Sebaik- baik wanita di zaman itu ialah Maryam anak Imran dan sebaik-baik wanita di zamannya adalah Khadijah anak Khuwailid. Khadijah meninggal pada tahun kesepuluh selepas kenabian dan digelar tahun kesedihan kerana pada tahun itu juga Abu Talib bapa saudara Nabi saw. meninggal dunia.

Saudah binti Zumah
Rasulullah saw mengahwini Saudah pada usia 55 tahun, selepas kewafatan Khadijah. Sebelum itu Saudah dan suaminya Assakran bin Amr telah berhijrah ke Habsyah dan suaminya meninggal di sana. Selepas Rasulullah saw mengahwini Saudah , ramai daripada kaumnya memeluk Islam.

Aisyah binti Abu Bakar As Siddiq
Aisyah bekahwin dengan Rasulullah saw. ketika berusia 9 tahun di Madinah. Aisyah adalah seorang yang cerdik. Menjadi kebiasaan bagi muslimat pada masa itu bertanyakan Asiyah tentang masaalah agama .Aisyah banyak meriwayatkan hadis-hadis Rasulullah saw . Dia adalah seorang yang faqih di kalangan sahabat. Hingga dikatakan jika dikumpulkan semua ilmu di kalangan Ummu Mukminin maka Ilmu Aisyah melebihi mereka semua.
Satu peristiwa besar menimpa Aisyah iaitu fitnah yang dilalkukan oleh orang munafik terhadap dirinya yang dikenali sebagai hadith ifkh ( berita bohong ). Keluarga Rasulullah saw dan seluruh umat Islam Madinah menanggung beban perasaan yang amat berat sehinggalah Allah menurunkan wahyu menyucikan Aisyah. Rasulullah saw. wafat ketika Aisyah berusia 18 tahun dan dia sendiri meninggal pada usia 63 tahun.

Hafsah binti Omar Al Khattab
Sebelum menjadi isteri Rasulullah saw. , Hafsah telah berkahwin dengan Khunis bin Huidhafa bin Qays as Sahami . Dia telah berhijrah ke Habsyah sebelum Madinah. Khunis telah turut serta dalam perang Badar. Semasa perang Uhud. Hafsah turut serta bersama suaminya Khunis . Hafsah merawat tentera yang terluka. Khunis syahid dalam perang Uhud. Selepas itu Rasulullah saw mengahwini Hafsah yang berusia 18 tahun ketika itu. Dia sangat rapat dengan Aisyah.

Zainab binti Khuzaimah
Dia adalah isteri kepada Ubaidah bin Al Harith sebelum berkahwin dengan Nabi saw. Zainab juga dikenali sebagai Ummu al Masakin. Berkahwin Nabi saw. ketika berusia 60 tahun dan meninggal 2 tahun kemudian.

Ummu Salamah
Namanya ialah Hindun binti Abi Umayyah. Dia memeluk Islam bersama suaminya Abdullah bin Abdul Asad. Ummu Salamah digelar Perempuan Dua Hijrah , kerana ia berhijrah dua kali ke Madinah. Hijrah yang pertama gagal kerana dihalang oleh kaumnya. Setelah Suaminya meninggal di Madinah , Rasulullah saw mengahwininya.

Maria Al Qibti.
Pada mulanya Maria adalah seorang hamba yang dihadiahkan oleh raja Mesir, Mauquqis yang beragama Nasara kepada Rasulullah saw. Rasulullah saw telah memerdekakanya kemudian mengahwininya. Maria telah melahirkan Ibrahim tetapi meninggal semasa kecil. Beliau meninggal lima tahun selpas kewafatan Rasulullah saw. Semasa Khalifah Muawiyah bin Abi sufyan, kampong kelahiran Maria telah dikecualikan dari sebarang cukai sebagai menghormati isteri Rasulullah saw.

Juwairiyah binti Al Harith
Beliau adalah orang Yahudi dari Bani Mustaliq. Ayahnya adalah ketua Bani Mustaliq. Selepas peperangan dengan bani Mustaliq , Juwairiyah dalah di antara tawanan perang. Rasulullah saw telah membebaskan Juwariyah dan mengahwininya. Sebaik sahaja Rasulullah saw. berkahwin dengan Juwairiyah, semua sahabat membebaskan tawanan Yahudi dengan menganggap semua mereka adalah ipar Nabi saw bagi menghormati Rasulullah saw. Aisyah mengatakan dia tidak mengetahui ada orang lain yang lebih membawa kebaikan kepada kaumnya seperti Juwairiyah.

Ummu Habibah
Nama beliau Ramlah dan adalah anak Abu Sufyan pemimpin Quraisyh. Sebelum berkahwin dengan Nabi saw. Ummu Habibah berkahwin dnegan Ubaidillah bin Jahsy saudara kepada Zainab binti Jahsy. Mereka telah berhijrah ke Habsyah. Setelah beberapa lama di Habsyah, uaminya Ubaidillah telah keluar dari Islam dan memeluk Nasara, dan meninggal di sana. Ummu Habibah tetap dengan Islam. Rasulullah saw. telah menghantar utusan dan menyuruh Najasyi Raja Habsyah mengawinkan Ummu Habibah dengannya.

Maimunah
Maimunah binti Al Harith Al Hilaliyyah telah berkahwin dua kali sebelum berkahwin dengan Rasulullah saw. .Ketiaka berkahwin dengan Nabi saw. usianya 30 tahun. Beliau meninggal ketika berusia 80 tahun dan adalah isteri Rasulullah saw yang paling akhir meninggal.

Safiyah binti Huyay bin Akhtab
Dia adalah anak pemimipin Yahudi dari Bani Nadhir. Safiyah menjadi tawanan selepas perang Khybar kerana orang Yahudi khianat dalam perang Ahzab.. Suaminya mati dalam perangt itu. Oleh kerana menghormati Safiyah anak ketua Bani Nadir Rasullah saw. memberi pilihan samaada ia kekal dengan agama Yahudi dan pulang kepada kaumnya atau menerima Islam dan berkahwin dengan Rasulullah saw. Safiyah telah memilih berkahwin Nabi saw.

Zainab binti Jahsy
Dia dilahirkan di kalangan keluarga terhormat Quraish iaitu cucu Abdul Muttalib. Dia berkahwin dengan Nabi saw. pada tahun 5 H. Rasulullah saw. telah mengahwinkan Zainab dengan Zaid bin Harithah iaitu anak angkatnya. Perkahwinan ini tidak menggembirakan Zainab kerana perbezaaan kedudukan keluarga dan akhirnya Zaid menceraikan Zainab setelah diizinkan oleh Rasulullah saw. Setelah selesai edah Allah memerintahkan Rasulullah saw. mengahwini Zainab untuk mengajar umat Islam bahawa boleh mengahwini janda anak angkat.
Zainab adalah seorang yang sangat kuat beribadat sehingga ia menggantungkan tali dirumahnya. Apabila ia penat bersembahyang atau mengantuk maka ia akan bergantung pada tali itu supaya ia boleh terus berdiri. Zainab juga adalah seorang pemurah. Pernah berlaku apabila Saidain Omar memberikan sebahagian dari ghanimah perang terhadap Parsi . Maka Zainab pun menyuruh hambanya menyenaraikan semua orang miskin di Madinah lalu dibahagikan kepada mereka harta itu berjumlah 80 dinar. Zainab adalah isteri Nabi saw yang pertama mengiringinya setelah kewafatan Nabi saw.

Memperingati tarikh kelahiran baginda Rasulullah saw yang jatuh pada hari Selasa 12 RabiulAwal 1432H tajuk yang di berikan untk di kupas oleh Ust Miftah ialah 'bagaimana mencontohi Rasulullah saw'.

Alhamdulillah ceramah yang padat dan menarik kerana Ust memang seorang yang dapat menyentuh hati pendengarnya walau di manapun. Ceramah beliau pasti akan berakhir mengenai bagaimana kita boleh menyelamatkan bumi umat lslam Palestin dan Masjid AlAqsa.

Di antara ayat-ayat AlQuran yang di sentuh ust miftah dalam ceramahnya ialah Surah AlAhzab, Al Anbia dan AliImran. Ayat-ayat yang dirujuk menyentuh Rasulullah sebagai contoh teladan, Rasulullah sebagai pemberi rahmat seluruh alam dan cinta Rasulullah adalah wasilah mencintai Allah.

Dalam sistem pendidikan sekular di Malaysia amat sukar kita menghayati impek rukun pertama Islam iaitu bersyahadah. Solat yang di dalamnya ada pengakuan TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH DAN NABI MUHAMMAD PESURUH ALLAH tidak mampu umat lslam terjemahkan dalam kehidupan sehari-hari. Kesannya ramai yang kurang arif tentang kisah hidup Rasulullah saw dan pengorbanan baginda menegakkan kebenaran lslam mulanya di bumi Mekah dan Madinah kemudian merebak ke seluruh dunia.

Seingat saya pertama kali saya membaca kisah Rasulullah saw memang amat terkesan. Doa Rasulullah di Taif menyentuh naluri kesayuan saya hingga menitiskan air mata. Seolah saya nampak baginda Rasulullah saw dalam kesedihan dan ingin sekali menghiburkan hati baginda. Inilah perasaan yang datang hanya sekali, jarang sekali perasaan jernih itu dapat di ulang.

Singkatan FLOM wujud di Malaysia sebagai jabatan First Lady Of Malaysia dibawah Jabatan Perdana Menteri, namun kehebatnya tercalar berikutan dakwaan FLOM menghabiskan duit rakyat Malaysia. Terkadang saya naik muak dengan kritikan demi kritikan terhadap sesuatu isu namun tidak ada siapa yang memberi alternatif dan jalan penyelesaiannya.

Ust Miftah bertegas menyatakan tidak sah iman seorang wanita yang mengaku lslam selagi beliau tidak mengutip mutiara yang tersirat dalam kehidupan UMMAHATUL MUKMINAT yang menjadi pendamping-pendamping setia pemimpin agung umat lslam iaitu Muhammad Rasulullah saw. Isteri-isteri bagindalah yang wajar menjadi FIRST LADIES OF MUSLIMS (FLOM). FLOM di Malaysia dan dimana sahaja tidak akan kesampaian hajat selagi mana mereka tidak merujuk mutiara yang tersimpan dalam lubuk hati isteri-isteri Rasulullah saw.

Satu ketika dahulu hasrat saya ingin menulis sebuah buku "YANG BERNAMA WANITA" kini dengan cabaran yang di buat Ust Miftah saya bercadang membantu adik saya menghasilkan
e-book keduanya bertajuk FLOM,semoga Allah perkenankan.



Tugas seorang wanita bernama isteri: BERSAMA SUAMI anywhere, everywhere!


Buat permulaan ini saya kutip maklumat di internet dulu tips-tips THE PEARLS OF FIRST LADIES OF MUSLIMS, semoga ada keberkatannya. Blog saya ini di tulis pada cuti hari kelahiran baginda Rasulullah saw yang saya raikan di Batu Pahat menunggu kelahiran cucu ke sepuluh anak keempat Shasha, semoga Allah permudahkan. (dengan sedikit ubahsuai)

"Penulis Al-Ustadzah Ummu Ishaq Zulfa Husein Al-Atsariyyah Sakinah: 04 - Februari - 2005 "

Apa yg sering diangankan oleh kebanyakan laki2 tentang wanita yg bakal menjadi pendamping hidupnya? Cantik, kaya, berjawatan tinggi dan menghormati suami. Sebuah keinginan yg lebih tepat disebut angan-angan kerana jarang ada wanita yg memiliki sifat-sifat sedemikian sekaligus. Malangnya kebanyakan laki2 lebih memperhatikan penampilan zahir sementara unsur akhlak wanita tersebut kurang diperhatikan. Padahal akhlak dari pasangan hidup itulah yg akan banyak berpengaruh terhadap kebahagiaan rumah tangganya.

Seorang muslim yang shalih ketika membangun mahligai rumah tangga pertama yang menjadi hasrat dan cita-citanya adalah agar kehidupan rumah tangga kelak berjalan dengan baik dipenuhi mawaddah wa rahmah sarat dengan kebahagiaan ada saling ta‘awun (membantu) saling memahami dan saling mengerti. Dia juga mengharap memiliki isteri yang pandai memposisikan diri untuk menjadi naungan ketenangan bagi suami dan tempat beristirahat dari tekanan kehidupan di luar. Ia berharap dari rumah tangga itu kelak akan lahir anak turunan yang shalih yg menjadi qurratu a‘yun (anak sebagai mata hati) baginya.

Demikian harapan demi harapan ditampilkan sambil meminta kepada Ar-Rabbul A‘la agar dimudahkan segala urusannya.

Namun tentu apa yg menjadi harapan seorang muslim ini tidak akan terwujud dengan baik terkecuali bila wanita yang dipilih utk menemani hidup adalah wanita shalihah,karena hanya wanita shalihah yg dapat menjadi teman hidup yg sebenar dalam suka maupun lara yang akan membantu dan mendorong suami untuk taat kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala. Hanya dlm diri wanita shalihah tertanam aqidah tauhid, akhlak yang mulia dan budi pekerti yang luhur. Dia akan berupaya ta‘awun dgn suami utk menjadikan rumah tangga bangunan yg kuat lagi kokoh guna menyiapkan generasi Islam yg diridhai Ar-Rahman.

Abdullah bin Amr radhiallahu ‘anhuma meriwayatkan sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam:

الدُّنْيَا مَتاَعٌ وَخَيْرُ مَتَاعِ الدُّنْيَا الْمَرْأَةُ الصَّالِحَةُ

“Sesungguh dunia itu adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita shalihah.”

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda kepada Umar ibnul Khaththab radhiallahu ‘anhu:

أَلاَ أُخْبِرَكَ بِخَيْرِ مَا يَكْنِزُ الْمَرْءُ، اَلْمَرْأَةُ الصَّالِحَةُ، إِذَا نَظَرَ إِلَيْهَا سَرَّتْهَ وَإِذَا أَمَرَهَا أَطَاعَتْهَ وَإِذَا غَابَ عَنْهَا حَفِظَتْهَ

“Maukah aku beritakan kepadamu tentang sebaik-baik perbendaharaan seorang lelaki yaitu istri shalihah yg bila dipandang akan menyenangkannya, bila diperintah akan mentaatinya dan bila ia pergi si istri ini akan menjaga dirinya.”

Berkata Al-Qadhi ‘Iyyadh rahimahullah: “Tatkala Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam menerangkan kepada para sahabat bahwa tidak berdosa mereka mengumpulkan harta selama mereka menunaikan zakat beliau memandang perlu memberi kabar gembira kepada mereka dengan menganjurkan mereka kepada apa yg lebih baik dan lebih kekal yaitu istri yg shalihah yg cantik kerana ia akan selalu bersamamu menemanimu. Bila engkau pandang menyenangkanmu ia tunaikan kebutuhanmu bila engkau membutuhkannya. Engkau dapat bermusyawarah dengannya dalam perkara yg dapat membantumu dan ia akan menjaga rahasiamu. Engkau dapat meminta bantuan dalam keperluan-keperluanmu, ia mentaati perintahmu dan bila engkau meninggalkan ia akan menjaga hartamu dan memelihara/mengasuh anak-anakmu.”

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah pula bersabda:

أَرْبَعٌ مِنَ السَّعَادَةِ: اَلْمَرْأَةُ الصَّالِحَةُ، وَالْمَسْكَنُ الْوَاسِعُ، وَالْجَارُ الصَّالِحُ، وَالْمَرْكَبُ الْهَنِيُّ. وَأَرْبَعٌ مِنَ الشّقَاءِ: الْجَارُ السّوءُ، وَاَلْمَرْأَةُ السُّوءُ، وَالْمَركَبُ السُّوءُ، وَالْمَسْكَنُ الضَّيِّقُ.

“Empat perkara termasuk dari kebahagiaan yaitu wanita yang shalihah, tempat tinggal yg luas/ lapang tetangga yg shalih dan keenderaan yg nyaman. Dan empat perkara yg merupakan kesengsaraan yaitu tetangga yg jelek, istri yg jelek, kendaraan yg tidak nyaman dan tempat tinggal yg sempit.”

Ketika Umar ibnul Khaththab radhiallahu ‘anhu bertanya kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam: “Wahai Rasulullah harta apakah yg sebaik kita miliki?” Beliau Shallallahu ‘alaihi wa sallam menjawab:

لِيَتَّخِذْ أَحَدُكُمْ قَلْبًا شَاكِرًا وَلِسَاناً ذَاكِرًا وَزَوْجَةً مُؤْمِنَةً تُعِيْنُ أَحَدَكُمْ عَلَى أَمْرِ الآخِرَةِ

“Hendaklah salah seorang dari kalian memiliki hati yg bersyukur, lisan yg senantiasa berdzikir dan istri mukminah yg akan menolongmu dalam perkara akhirat.”

Cukuplah kemuliaan dan keutamaan bagi wanita shalihah dengan anjuran Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bagi lelaki yg ingin menikah utk mengutamakan dari yg selainnya. Beliau Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

تُنْكَحُ الْمَرْأَةُ ِلأََرْبَعٍ: لِمَالِهَا وَلِحَسَبِهَا وَلِجَمَالِهَا وَلِدِيْنِهَا. فَاظْفَرْ بِذَاتِ الدِّيْنِ تَرِبَتْ يَدَاكَ

“Wanita itu dinikahi kerana empat perkara yaitu kerana harta,kerana keturunan,kerana kecantikan dan kerana agamanya. Maka pilihlah olehmu wanita yg punya agama kerana engkau akan beruntung.”

Al-Hafidz Ibnu Hajar rahimahullah berkata: “Yg sepatut bagi seorang yg beragama dan memiliki muruah utk menjadikan agama sebagai petunjuk pandangan dlm segala sesuatu terlebih lagi dlm suatu perkara yg akan tinggal lama bersama, maka Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam memerintahkan utk mendapatkan seorang wanita yg memiliki agama di mana hal ini merupakan puncak keinginannya.”

Al-Imam An-Nawawi rahimahullah berkata: Dalam hadits ini ada anjuran utk berteman/ bersahabat dgn orang yg memiliki agama dlm segala sesuatu krn ia akan mengambil manfaat dari akhlak mereka,di berkati, baik jalan mereka dan aman dari mendapatkan kerusakan mereka.”

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman berhubung wanita solehah:

فَالصَّالِحَاتُ قَانِتَاتٌ حَافِظَاتٌ لِلْغَيْبِ بِمَا حَفِظَ اللَّهُ

“Wanita shalihah adalah yg taat lagi memelihara diri ketika suami tidak ada kerana Allah telah memelihara mereka.”

Dalam ayat yg mulia di atas disebutkan di antara sifat wanita shalihah adalah taat kepada Allah dan taat kepada suami dalam perkara yg ma‘ruf dan memelihara diri ketika suami tidak berada di sampingnya.

Ketika Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam menghadapi permasalahan dengan isteri-isteri baginda sampai baginda bersumpah tidak akan mencampuri mereka selama sebulan Allah Subhanahu wa Ta’ala menyatakan kepada Rasul-Nya Shallallahu ‘alaihi wa sallam:

عَسَى رَبُّهُ إِنْ طَلَّقَكُنَّ أَنْ يُبْدِلَهُ أَزْوَاجًا خَيْرًا مِنْكُنَّ مُسْلِمَاتٍ مُؤْمِنَاتٍ قَانِتَاتٍ تآئِبَاتٍ عَابِدَاتٍ سآئِحَاتٍ ثَيِّبَاتٍ وَأَبْكَارًا

“Jika sampai Nabi menceraikan kalian mudah-mudahan Tuhan akan memberi ganti dengan isteri-isteri yg lebih baik daripada kalian: muslimat, mukminat, qanitat, taibat, ‘abidat, saihat dari kalangan janda ataupun gadis.”

Dalam ayat yg mulia di atas disebutkan beberapa sifat istri yg shalihah yaitu:

a. Muslimat: wanita-wanita yg ikhlas tunduk kepada perintah Allah ta‘ala dan perintah Rasul-Nya.

b. Mukminat: wanita-wanita yg membenarkan perintah dan larangan Allah Subhanahu wa Ta’ala

c. Qanitat: wanita-wanita yg taat

d. Taibat: wanita-wanita yg selalu bertaubat dari dosa-dosa mereka selalu kembali kepada perintah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam walaupun harus meninggalkan apa yg disenangi oleh hawa nafsu mereka.

e. ‘Abidat: wanita-wanita yg banyak melakukan ibadah kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala .

f. Saihat: wanita-wanita yg berpuasa.

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam menyatakan:

إِذَا صَلَّتِ الْمَرْأَةُ خَمْسَهَا، وَصَامَتْ شَهْرَهَا، وَحَفِظَتْ فَرْجَهَا، وَأَطَاعَتْ زَوْجَهَا، قِيْلَ لَهَا: ادْخُلِي الْجَنَّةَ مِنْ أَيِّ أَبْوَابِ الْجَنَّةِ شِئْتِ

“Apabila seorang wanita shalat lima waktu, puasa sebulan, menjaga kemaluan dan taat kepada suami maka dikatakan kepadanya: Masuklah engkau ke dalam surga dari pintu mana saja yg engkau sukai.”

Dari dalil-dalil yg telah disebutkan di atas dapatlah kita simpulkan bahwa sifat istri yg shalihah adl sebagai berikut:

1. Mentauhidkan Allah Subhanahu wa Ta’ala dgn mempersembahkan ibadah hanya kepada-Nya tanpa menyekutukan-Nya dgn sesuatupun.

2. Tunduk kepada perintah Allah Subhanahu wa Ta’ala terus menerus dlm ketaatan kepada-Nya dgn banyak melakukan ibadah seperti shalat puasa bersedekah dan selainnya. Membenarkan segala perintah dan larangan Allah Subhanahu wa Ta’ala.

3. Menjauhi segala perkara yg dilarang dan menjauhi sifat-sifat yg rendah.

4. Selalu kembali kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala dan bertaubat kepada-Nya sehingga lisan senantiasa dipenuhi istighfar dan dzikir kepada-Nya. Sebalik ia jauh dari perkataan yg lalai tidak bermanfaat dan membawa dosa seperti dusta,mengumpat,membesarkan diri dan lainnya.

5. Menaati suami dlm perkara kebaikan bukan dalam bermaksiat kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala dan melaksanakan hak-hak suami sebaik-baiknya.

6. Menjaga diri ketika suami tidak berada di sisinya. Ia menjaga kehormatan dari tangan yg hendak menyentuh, dari mata yg hendak melihat atau dari telinga yg hendak mendengar.

Demikian juga menjaga anak-anak rumah dan harta suaminya.

Sifat isteri shalihah lebih terperinci seperti berikut:

1. Penuh kasih sayang selalu kembali kepada suami dan memohon maafnya.
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :

أَلاَ أُخْبِرُكُمْ بِنِسَائِكُمْ مِنْ أَهْلِ الْجَنَّةِ؟ اَلْوَدُوْدُ الْوَلُوْدُ الْعَؤُوْدُ عَلَى زَوْجِهَا، الَّتِى إِذَا غَضِبَ جَاءَتْ حَتَّى تَضَعَ يَدَهَا فِي يَدِ زَوْجِهَا، وَتَقُوْلُ: لاَ أَذُوقُ غَضْمًا حَتَّى تَرْضَى

“Maukah aku beritahukan kepada kalian istri-istri kalian yg menjadi penghuni surga yaitu istri yg penuh kasih sayang banyak anak selalu kembali kepada suaminya. Di mana jika suami marah dia mendatangi suami dan meletakkan tangan pada tangan suami seraya berkata: “Aku tidak dapat tidur sebelum engkau ridha.”

2. Melayani suami seperti menyiapkan makan minum tempat tidur pakaian dan seumpamanya.

3. Menjaga rahasia-rahasia suami lebih-lebih yg berkenaan dgn hubungan intim antara dia dan suaminya.

4. Selalu berpenampilan yg bagus dan menarik di hadapan suami sehingga bila suami memandang akan menyenangkannya. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

أَلاَ أُخْبِرَكَ بِخَيْرِ مَا يَكْنِزُ الْمَرْءُ، اَلْمَرْأَةُ الصَّالِحَةُ، إِذَا نَظَرَ إِلَيْهَا سَرَّتْهَ وَإِذَا أَمَرَهَا أَطَاعَتْهَ وَإِذَا غَابَ عَنْهَا حَفِظَتْهَ

“Maukah aku beritakan kepadamu tentang sebaik-baik perbendaharaan seorang lelaki yaitu istri shalihah yg bila dipandang akan menyenangkan bila diperintah akan mentaati dan bila ia pergi si istri ini akan menjaga dirinya”.

5. Ketika suami sedang berada di rumah ia tidak menyibukkan diri dengan melakukan ibadah sunnah yg dapat menghalangi suami untuk mendekatinya seperti berpuasa, terkecuali bila suami mengizinkan. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

لاَ يَحِلُّ لِلْمَرْأَةِ أَنْ تَصُومَ وَزَوْجُهَا شَاهِدٌ إِلاَّ بِإِذْنِهِ

“Tidak halal bagi seorang istri berpuasa sementara suami ada kecuali dgn izinnya”.

6. Pandai mensyukuri pemberian dan kebaikan suami serta tidak melupakan kebaikannya kerana Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah bersabda: “Diperlihatkan neraka kepadaku ternyata aku dapati kebanyakan penghuni adalah kaum wanita yg kufur.” Ada yg bertanya kepada beliau: “Apakah mereka kufur kepada Allah?” Beliau menjawab: “Mereka mengkufuri suami dan mengkufuri kebaikannya. Seandai salah seorang dari kalian berbuat baik kepada seorang di antara mereka setahun penuh kemudian dia melihat darimu sesuatu niscaya dia berkata: “Aku tidak pernah melihat darimu kebaikan sama sekali.”

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam juga pernah bersabda:

لاَ يَنْظُرُ اللهُ إِلَى امْرَأَةٍ لاَ تَشْكُرُ لِزَوْجِهَا وَهِيَ لاَ تَسْتَغْنِي عَنْهُ

“Allah tidak akan melihat kepada seorang istri yg tidak bersyukur kepada suami padahal dia membutuhkannya.”

7. Bersegera memenuhi ajakan suami utk memenuhi hasrat,tidak menolak tanpa alasan yg syar‘i dan tidak menjauhi tempat tidur suami kerana ia tahu dan takut terhadap berita Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam:

وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ مَا مِنْ رَجُلٍ يَدْعُو امْرَأَتَهُ إِلَى فِرَاشِهِ فَتَأْبَى عَلَيْهِ إِلاَّ كَانَ الَّذِي فِي السَّمَاءِ سَاخِطًا عَلَيْهَا حَتَّى يَرْضَى عَنْهَا

“Demi Dzat yg jiwaku berada di tangan-Nya tidaklah seorang suami memanggil istri ke tempat tidur lalu si istri menolak melainkan yg di langit murka terhadapnya hingga sang suami ridha padanya.”

إِذَا بَاتَتِ الْمَرْأَةُ مُهَاجِرَةً فِرَاشَ زَوْجِهَا لَعَنَتْهَا الْمَلاَئِكَةُ حَتَّى تَرْجِعَ

“Apabila seorang istri bermalam dalam keadaan meninggalkan tempat tidur suami niscaya para malaikat melaknat sampai ia kembali .”

Sumber: www.asysyariah.com

No comments:

Post a Comment