NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Sunday, February 13, 2011

PASAR MALAM SETIA ALAM

KELAINAN HANI'S RING BERASASKAN DOUGH DARI JOHOR BAHRU




HANI'SRING /PENDERAM
KINI BERADA DI PASAR MALAM
SETIA ALAM, SHAH ALAM SETIAP SABTU 5.00 PTG -9.30MLM

Salam

Sabtu 12 Februari 2011, team petugas dari Galeri Mawaddah memulakan perniagaan Hani's Ring dan Nasi lemak Le Arab di Pasar Malam Setia Alam mulai jam 5.00 petang.

Satu pengalaman yang menggamit 'excitement' (keseronokan) kepada petugas kerana sebelum ini masing-masing hanya menjadi pelanggan bukan operator pasar malam.

Lokasi Pasar Malam Setia Alam di Shah Alam Selangor amat strategik kerana berada dikawasan penduduk mewah dan kelihatan jelas daripada jalan besar menghala ke pekan Meru. Di dakwa sebagai pasar malam terpanjang di Shah Alam kami juga mendapati ia di urus oleh MPP (Majlis Perwakilan Penduduk) Zon 21 yang amat cekap.

Petak jualan yang di tawarkan kepada team kami pula tempat laluan pengunjung dan mudah meletakkan barangan. Alhamdulillah Allah mudahkan. Tiga petugas tak menang tangan menyiapkan permintaan dan di akhir perniagaan jualan mencicah RM200. Masih terlalu jauh untuk mengejar kecekapan Alif dan team di JB yang berpengalaman lebih 3 tahun dan mengutip RM700 setiap kali berada di pasar malam yang ramai pengunjung atau pasar tani mega.

Namun pengalaman indah terukir pada air muka petugas. Saya amat bersyukur dapat menyertai kegembiraan mereka. Saya hanya mampu mengulangi komitmen saya kepada mereka dengan satu caption PERAHIN (Persaudaraan, RAzeki Halal dan INfaq) InsyaAllah dengan tiga nawaitu tersebut di doakan Allah terima amal dan di murahkan rezeki semua.

Bercerita tentang persaudaraan ia merupakan senjata kuat dalam setiap urusan umat Islam seperti perintah AlQuran:

“Sesungguhnya orang-orang mukmin itu adalah bersaudara.” (A]-Hujurat:10)
Rasulullah saw. juga bersabda,

“Jadilah kalian hamba-hamba Allah yang saling bersaudara.”

Generasi Islam yang pertama di bawah didikan Rasulullah saw amat memahami makna persaudaraan di mana iman dalam dada telah menumbuhkan rasa cinta, kedekatan, dan persaudaraan yang paling luhur dan abadi di antara mereka. Mereka ibarat satu tubuh, satu hati, dan satu tangan. Dan inilah karunia Allah yang selalu diingatkan kepada mereka,

“Dan yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman). Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang ada di bumi, niscaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka. Akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka.” (Al-Anfal:63)

Program di bawah Galeri ingin merealisasikan mesej persaudaraan, selain mencari rezeki dengan usaha yang fokus dan gigih, petugas di galakkan untuk melaksanakan infaq dalam senang dan susah. Semoga falsafah PERAHIN dapat membantu kami fokus dan berjaya insyaAllah.

Sepanjang team berada di pasar malam saya meninjau seluruh kawasan dan mencari tempat untuk petugas menunaikan solat. Ujian bagi peniaga di pasar malam kerana mereka WAJIB menunaikan dua waktu solat, Asar dan Maghrib. Jam 9.30 malam bersiap untuk pack pulang di mana solat Isya boleh di tunda di rumah.

Alhamdulillah kawasan penduduk mewah kemudahan selesa di sediakan, janji nak solat atau tidak sahaja. Bagi yang liat nak tunaikan solat harapannya agar kami membuat kelainan sebagai usaha dakwah. Rupanya ini rahsia berada di pasar malam, kena dakwah...alhamdulillah.

Saya ucap syabas kepada team Galeri Mawaddah yang gigih menyempurnakan misi jualan pertama di pasar malam Setia Alam. Penilaian kami ia mempunyai potensi yang tinggi kerana waktu di pertengahan bulan kami dapati masih ramai pengunjung.

Keletihan semua di ganjari rasa puas kerana dapat mempromosi jualan Hani's Ring yang ada kelainan di pasar malam ini (maksudnya belum ada peniaga yang menjualnya) Nasi lemak Le Arab berhadapan dengan lebih empat peniaga lain termasuk 'Nasi Ambeng' yang saya lihat dah mula popular dikalangan pelanggan bangsa cina. Untuk mengekalkan fokus perniagaan kami membuat keputusan akan menangguhkan perniagaan Nasi lemak LeArab kecuali tempahan awal di buat.

Doa saya petugas Galeri Mawaddah akan terus membuat kelainan yang akan menyentuh angka juta, mungkin melalui kenalan, amalan soleh, dakwah, infaq dan fokus untuk berjaya. Jika Alif yang masih muda dapat meraih pendapatan lima angka sebulan tidak mustahil team petugas Galeri yang rata-rata umur empat puluhan (kecuali Aimi dua puluhan) akan dapat menikmati pulangan yang sama, malah lebih lagi insyaAllah.

Demi persaudaraan yang di asaskan oleh nenek Alif saya yakin semua yang di hajatkan akan menjadi kenyataan dalam masa terdekat dengan izin Allah, amiin.

No comments:

Post a Comment