NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Friday, February 11, 2011

MESIR PADA 11.2.11 CETUSAN ANAK MUDA

Salam

Presiden Hosni Mubarak akhirnya mengaku kalah dan melepaskan jawatan memerintah Mesir kepada Lembaga Tertinggi Tentera Mesir.


Tahrir Square selepas perhimpunan rakyat
Selain berdemonstrasi dengan aman remaja mampu membersihkan Tahrir square


Perayaan besar yang berlaku di Tahrir Square pada hari Jumaat keramat ini menggambarkan betapa indahnya 'kebebasan' daripada kongkongan pemerintahan 'kukubesi' menggunakan kuasa darurat Hosni Mubarak. Pasti orang BERJIWA KECIL seperti Mubarak tidak mampu melawan suara 80 juta rakyat yang majoriti membencinya.

Generasi muda Mesir yang melihat ibu bapa mereka tersiksa dan tertekan kini bangkit menyelamatkan negara tersebut, alhamdulillah. Saya terbaca satu joke dalam internet seperti berikut:

Tahrir Square still buzzing and so is social media online. A joke being circulated: "Mubarak died and met the late presidents Anwar Sadat and Gamal Abdel Nasser in the afterlife. They asked him: Poisoned or assassinated? He replied: Neither, Facebook!"

Begitu besarnya kuasa komunikasi internet !

Anak-anak muda yang BERJIWA BESAR merasa bertanggungjawab menyingkirkan Mubarak kerana telah menindas dan meyusahkan sebahagian besar rakyat terutama rakyat yang komit untuk menegakkan kebenaran di tanah air mereka. Kumpulan pergerakan yang berasaskan lslam di tekan, di penjara dan di siksa sejak era Anwar Sadat yang di teruskan malah di tambah sulit oleh Mubarak. Urusan umat lslam di Palestin teruk di belasah Israel gara-gara perjanjian Mubarak dengan pemerintah haram Yahudi.

Amiin...doa yang pernah saya petik daripada kesyahduan kata-kata Ulama Muktabar Yusuf Al Qardhawi kini menjadi kenyataan Allahuakbar!!

Terkesannya selepas rakyat mesir bebas daripada kongkongan Hosni Mubarak tersebar flyer di Tahrir Square berbunyi seperti berikut:

"Today this country is your country. Do not litter. Don't drive through traffic lights. Don't bribe. Don't forge paperwork. Don't drive the wrong way. Don't drive quickly to be cool while putting lives at risk. Don't enter through the exit door at the metro. Don't harass women. Don't say, 'It's not my problem.' Consider God in your work. We have no excuse anymore."

Mereka juga menyebut jangan biarkan negara di cerobohi seperti di Iraq dan Afghanistan.

Cetusan revolusi Mesir berlaku di tangan anak-anak muda. Saya mimpikan di negara Malaysia satu kebangkitan anak-anak muda belia dan remaja melakukan perubahan 'membebaskan' diri daripada ancaman mana-mana pemimpin yang BERJIWA KECIL yang ingin menyesatkan rakyat.

Gara-gara ingin menang pilihanraya contohnya ada pemimpin yang sanggup menghina hukum Allah sedangkan mereka hidup pun dengan belas kasih Allah yang beri nyawa! Lantas turun musibah bala yang tak terbendung, banjir disana sini, malah di tempat tinggi berlaku banjir seperti hukum yang berlaku di zaman Nabi Nuh. Nauzubillah!

Untuk anak-muda Malaysia saya petik ketokohan seorang penjana komunikasi sosial Ahmed Maher daripada Mesir seperti berikut;

Ahmed Maher, one of Egypt’s best-known youth activists, has led politically mobilized young Egyptians and worked to develop their political consciousness through the skillful deployment of new technologies and social networking sites such as Facebook, YouTube, Flickr, and Twitter. He is the co-founder of the April 6 Facebook group, or “April 6 Youth,” an activism campaign launched in April 2008 in solidarity with workers’ strikes in Mahalla al-Kubra.

Kembali ke kisah di Malaysia. Jumaat 9.00 malam saya di kejutkan dengan kepulangan daripada belajar di Australia Norharlina anak saudara saya.


MasyaAllah rindunya kami empat tahun tak bertemu dan lebih-lebih lagi bagi saya yang kerap musafir namun belum sempat mencicah kaki menziarahinya di Melbourne, tau-tau dah pulang. Cucu-cucu saudara pun dah besar panjang yang akan menjadi bakal anak muda yang akan berperanan besar dalam era perubahan umat menuju akhir zaman.

Kami makan besar di restoran D'Arab Cafe dan bercerita nostalgia. Jelas fikiran saya dengan Norharlina sama. Rasa tak seronok di Malaysia, cara hidup berperaturan, kesohehan maklumat, kesedaran sosial, kemudahan awam dan kebebasan berbagai bidang banyak berlaku di negara orang, sedikit sangat di negara sendiri. Pepatah 'Hujan Emas di negara orang, Hujan Batu di negara sendiri dah terbalik, elok pergi ke Hujan Emas....' fikir-fikirlah.

Seolah-olah di negara sendiri kita terkongkong dengan banyak perkara termasuk kesibukan yang melelahkan, Kerja siang malam terasa beban...hmm itu sebab ramai yang berhenti kerja awal menjadi usahawan kerana sistem kerja yang 'tak bersistem' terutama yang mengkesampingkan lslam dan kebebasan memang menyusahkan orang.

Semua orang 'takut' nak menyuarakan pandangan secara terbuka tapi 'mengumpat' berlaku di sana sini. Kesan mengumpat yang merupakan 'dosa' itulah yang menyebabkan Allah tak turunkan pertolongan. Ramai yang terhijab dengan angkara sendiri.

Namun harapan di Mesir kini mereka mula menikmati kebebasan tulin yang bermula daripada kesedaran anak-anak muda untuk perubahan positif dan kepekaan orang dewasa yang menjadi penasihat yang baik insyaAllah.

Apa pun tarikh keramat lagi 11.2.11 sama unik dengan 11.1.11 kerana mencipta sejarah besar dunia yang kini merebak di banyak negara lslam lain Algeria dan Yemen. Hakikatnya satu kesedaran yang berlaku secara meluas perlukan sistem berkomunikasi yang baik, jelas dan teratur.

Kalau semua ini boleh berlaku di Mesir tidak mustahil ia juga boleh berlaku di Malaysia insyaAllah. Amiin

No comments:

Post a Comment