'SESUNGGUHNYA ORANG-ORANG YANG SELALU MEMBACA KITAB ALLAH (ALQURAN) DAN MELAKSANAKAN SOLAT DAN MENGINFAQKAN SEBAHAGIAN REZEKI YANG KAMI ANUGERAHKAN KEPADANYA DENGAN DIAM-DIAM DAN TERANG-TERANGAN, MEREKA ITU MENGHARAPKAN PERDAGANGAN YANG TIDAK AKAN RUGI.' (ALFATIR 29)
NIKMAT ALLAH
Monday, February 28, 2011
KEPIMPINAN ORANG MUDA
SERUAN MARI MENJALANKAN 'PERNIAGAAN YANG TAK PERNAH RUGI'
Salam
Isnin, 28 Februari 2011 semua petugas Galeri Mawaddah bercuti kerana terlalu letih sehari bersama Karnival Ukhuwwah Masjid dan Surau (KUMS) hari sebelumnya. Perancangan untuk perasmian Galeri Mawaddah pada sebelah malam Isnin juga menunggu kerja-kerja persiapan.
Alhamdulillah cabaran saya untuk menghabiskan bacaan AlQuran dalam sebulan Februari tercapai hari ini di mana kumpulan usrah pagi membantu mengkhatamkannya,amiin. Semoga menjadi amalan berterusan yang dapat menghidupkan hati. Syukur tidak terhingga kerana Allah mengizinkan masa setiap hari saya menghabiskan 1 juz bacaan AlQuran. Sewaktu perasaan kurang mampu datang sentiasa dalam hati saya berpesan 'sabar untuk taat'. Terasa dada berbuah ranum sebaik doa khatam Quran selesai di baca, sayu dan seronok menerpa sekaligus!
Lantas program majlis kesyukuran yang di aturkan jam 9.30 malam di Anjung 7 merangkumi 7 dalam satu, Meraikan bulan MaulidiRasul, kesyukuran Khatam Quran dan semua nikmat Allah, perasmian Galeri Mawaddah, menyambut hari lahir Danial Hj Hairudin, Ahmad Shukry, Nor hashimah dan Salamiah.
MERAIKAN HARI JADI EMPAT INSAN BERTUAH
Majlis berlangsung dengan ceria, ramai teman dan saudara mara dapat hadir, alhamdulillah. Modal kata-kata aluan saya hanya ayat Quran Surah Al-Ahzab (21) dan AlFatir (29).
Dalam Surah AlAhzab saranan untuk mencontohi Rasulullah saw hanya bagi mereka yang mengharapkan pertemuan dengan Allah dan Hari Akhirat serta BANYAK BERZIKIR. Kebetulan moto Galeri Mawaddah ialah 'MEMBUAT PERBEZAAN UNTUK MENYENTUH ANGKA JUTA.' Saya amat berharap petugas tidak lupa berzikir banyak-banyak, minimanya menyebut 'Bismillah' ketika bertugas hingga mencapai angka juta.
ANTARA TETAMU YANG HADIR
Surah Al Fatir membawa konsep PERNIAGAAN YANG TAK PERNAH RUGI' iaitu meliputi 3 syarat "Membaca AlQuran, solat dan infaq dalam senang dan susah' Tiga syarat ini juga menjadi falsafah Galeri Mawaddah. Harapan saya agar doa yang di bacakan pada malam perasmian di qabulkan Allah, amiin.
Kumpulan Kompang LuqmanulHakim turut menyumbang
Esok 1 Mac akan bermula era baru bagi Galeri Mawaddah dengan sasaran tambahan untuk dicapai. Tawaran membuka gerai baru di kawasan Pasaraya Giant seksyen 7 merupakan potensi membantu petugas menampilkan produk yang menjadi icon galeri iaitu kuih tradisional. Syur meneruskan Nasi Lemak Arab 'Le Arab' akan di pertimbangkan dalam minggu kedua Mac, semoga Allah permudahkan.
Suatu yang menarik berlaku hari ini iaitu anak saudara suami saya menyuarakan pendangannya terhadap 'revolusi'. Dengan mudah dia menyatakan tidak ada orang yang mahu susah dan untuk meneruskan cara hidup hari ini kita kena sokong apa sahaja tindakan pihak polis untuk membenteras keganasan seperti yang berlaku di Libya. Selagi ada puak yang menentang selagi itu rakyat akan susah. Beliau juga menceritakan pengalaman berhadapan dengan seorang rakyat Iran yang menyatakan beliau 'benci' Muslim. Apa yang anak saudara suami saya lakukan hanya berdiam tanpa menyatakan identiti dirinya seorang Muslim.
Reaksi suami saya agak mencabar tindakan anak saudaranya terutama apabila berdiam diri tanpa menyatakan identiti Muslim. Sebagai orang muda anak saudaranya lebih tahu bagaimana orang muda lain berperasaan. Kalau berkeras katanya akan lebih menyusahkan dan di bimbangi kekasaran akan meyebabkan darah orang Arab termasuk warga Iran akan meluap. Demikianlah pandangan anak muda dalam menghadapi dunia mereka. Mereka perlukan stabiliti untuk menyara dan mendidik anak-anak dalam suasana tenang tanpa gangguan.
Saya hanya bertanya 'macam mana nak jihad kalau terlalu selesa dan mewah?' Beliau diam mungkin menghormati saya. Orang muda begini perlu didekati dengan hikmah kerana tetap akan berlaku 'generation gap' jika dibiarkan tanpa bimbingan orang yang lebih tua yang pernah melalui kekesalan kerana kurang bertindak sewaktu umur masih muda.
Pertemuan malam ini juga memberi peluang saya bersama AJK Pertubuhan Mawaddah Malaysia. Saya menawarkan diri menjadi 'Penaung' kerana konsep saya biarlah orang yang lebih muda dan bertenaga menerajui aktiviti NGO. Sering saya melihat orang yang berumur sukar melepaskan jawatan pengerusi banyak NGO kerana kurang menyediakan pelapis yang muda.
Mungkin ini satu penyakit kepimpinan yang perlu kepada perubahan cara berfikir kerana orang muda perlu di dedahkan pengalaman memimpin lebih awal. Orang muda juga perlu di beri kepercayaan yang mereka lebih tahu dunia yang akan mereka kendalikan bila ketiadaan orang tua nanti. Masalahnya siapa yang sanggup mengaku mereka tua?? Semua orang akan terasa muda bila tenaganya diperlukan dan banyak kerja yang menanti untuk di laksanakan. Waallahu'alam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Alhamdulilah, tahniah atas segala kurniaan Allah. Semoga terus maju. Pada kes yang tidak menjawab mengenai orang Muslim, dalam alQuran (lupa ayat) Allah ajarkan pada Nabi M saw untuk mengatakan "Subhanallah" pada mereka yang banyak soal semata-mata untuk menyakiti hati. Itu mencukupi. Mudah dan yang lainnya Allah yang buat tindakan. Salam.
ReplyDeleteshukron. noted with thanks
ReplyDelete