'SESUNGGUHNYA ORANG-ORANG YANG SELALU MEMBACA KITAB ALLAH (ALQURAN) DAN MELAKSANAKAN SOLAT DAN MENGINFAQKAN SEBAHAGIAN REZEKI YANG KAMI ANUGERAHKAN KEPADANYA DENGAN DIAM-DIAM DAN TERANG-TERANGAN, MEREKA ITU MENGHARAPKAN PERDAGANGAN YANG TIDAK AKAN RUGI.' (ALFATIR 29)
NIKMAT ALLAH
Sunday, February 27, 2011
KARNIVAL UKHUWWAHFILLAH MASJID DAN SURAU (KUMS)
AHLI MAJLIS MPP ZON 3 DAN TEMAN PENYOKONG
CENDERAHATI KEPADA SURAU PALING AKTIF-SURAU ATTAQWA
Salam
Ahad 27 Februari Karnival Ukhuwwahfillah masjid dan surau (KUMS) anjuran MPP Zon 3 telah berlangsung dengan ceria dan berkesan. Objektif merapatkan persaudaran melalui pembudayaan yang bermula daripada masjid dan surau adalah satu sunnah (cara Rasulullah saw).
Seawal jam 7 pagi saya dan suami terus menuju ke Taman Tasik Seksyen 7 tempat berlangsungnya KUMS. Acara larian,memanah, dart,hafazan, membaca jawi, gubahan bunga dan mewarna kanak-kanak telah di adakan mewakili 10 surau di MPP Zon 3 (3 surau menjadi masjid setiap hari Jumaat)URUSETIA DAN EVENT MANAGER YANG SIBUK
WAKIL PMM MEMBUKA KIOSK DI KUMS TAMAN TASIK SEKSYEN 7
Mungkin ada yang keliru dan mengerutkan kening bila berhadapan dengan 3 NGO untuk Palestin serentak berada dalam karnival. Saya melihatnya dari kacamata kesuburan dan kematangan masyarakat menerima semua usaha yang soleh sebagai pembudayaan anak-anak kariah membesar dalam kefahaman dan kesedaran bahawa 'jangan biar ada kelompangan dalam masyarakat yang tidak di isi dengan kerja-kerja memuliakan lslam dan perjuangan umatnya.
Suasana di KUMS bergerak perlahan menunggu peserta dan pengunjung yang mana ramai kurang tahu bahawa ada acara di taman tasik. Mungkin sebaran berbanding dengan konsert Maher Zain II di Stadium Melawati yang bermula sejak Khamis agak terlewat. Pecahan penduduk yang mengunjungi konsert mungkin mengurangkan penyertaan KUMS. Apa pun program selesai di jalankan mengikut jadual. Sekalung tahniah kepada penganjur yang telah membuka semula tirai pembudayaan remaja melalui program kemasyarakatan.
Sebaik program tamat kami meninggalkan Taman Tasik untuk berehat. Ternyata amat letih kerana sejak hari Sabtu kami terus menerus dengan pelbagai aktiviti.
Sabtu 26 Februari kami bersama ahli keluarga menghadiri majlis perkahwinan anak sepupu saya di kg Sg Merap Bangi. Pertemuan yang jarang-jarang berlaku kerana kesibukan memberi kesan kepada saya kerana satu-satunya emak saudara yang masih hidup kurang di ziarahi anak-anak saudara. Mungkin jika umur saya setua beliau senario yang sama atau lebih sepi akan berterusan kecuali 'sesuatu' yang bercirikan persaudaraan dilakukan. Isu besar persaudaraan ada impek diakhirat kerana kurang takruf ahli keluarga di dunia menyulitkan syafaat diakhirat. Semoga ada dalam benak hati kami sanak saudara sikap suci mempertautkan kembali hati yang jauh terpisah dek keduniaan. Saya difahamkan seorang lagi sepupu saya akan mengadakan majlis perkahwinan anaknya di Johor Baharu Ahad 27 Februari dan kakak saya mewakili kami yang sibuk dengan urusan di KL.Bersama emak saudara mak cik Zainab
Kembali kepada KUMS ia mungkin satu penyelesaian kepada memperbetulkan konsep persaudaraan yang mesti bermula dengan akidah yang murni. Maksudnya semua urusan adalah untuk memuliakan agama Allah dahulu, baru bermatlamat politik atau setempat. Suasana di Shah Alam agak subur untuk tujuan ini kerana saya perhatikan ramai ibu bapa yang terpanggil untuk anak-anak mereka ikut serta sekalipun membaca naskah jawi masih 'merangkak'. Saya terfikir supaya satu acara membaca AlQuran dan terjemahan di adakan supaya anak-anak faham apa yang di hafazkan terutama dalam solat.
Semoga KUMS akan datang mungkin 3 bulan sekali akan lebih meriah dan di selitkan banyak acara yang sunnah untuk anak-anak, antaranya berkuda dan berenang.
Saya sempat berbual dengan teman yang menyertai konsert Maher Zain, katanya solat di lakukan secara berjemaah...masyaAllah. Kisahnya lagi bila Maher Zain bertanya kepada ramai dah solat,bergema jawapan yang menyejukkan hati ramai yang hadir kerana mengutamakan solat berbanding makan kerana soalan dah makan di jawab 'belum'. Saya kira pembudayaan mengutamakan solat begini suatu yang amat berkesan kepada golongan remaja yang ingin mencontohi orang dewasa yang merancang program untuk mereka.
Terfikir juga saya bagaimana jika berlaku krisis seperti yang merebak di negara Timur Tegah sekarang samada masyarakat di Malaysia sudah bersedia menjadi 'syahid' kerana memperjuangkan kebenaran. Mungkin terlalu jauh ingin menunggu angin perubahan kecuali jika Allah izinkan hidayah dianugerahkan ke dalam hati-hati anak muda untuk medahulukan keperluan hari akhirat,antaranya melakukan kebaikan dan mencegah mungkar. KUMS satu usaha ke arah ini dan saya doakan masyarakat yang menerima sentuhan KUMS akan menjadi contoh kepada yang lain.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment