NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Saturday, February 26, 2011

HARI KRAF KEBANGSAAN DAN KREATIVITI




Salam

Rabu 23 Februari 2011 saya terima panggilan seorang peserta kraf yang kini memiliki sebuah perniagaan WanNur Kraf di Terengganu. Katanya Hari Kraf kebangsaan (HKK) telah bermula hingga 7 Mac.

Terlalu cepat masa berlalu kerana seingat saya HKK 2010 baru sahaja berlepas. WanNur Kraf ketika itu turut serta dengan kreativiti beg daripada majalah.

Mungkin rezeki juga ingin bertemu teman tersebut kerana saya bercadang keKL mencari sesuatu, antaranya hanger untuk pameran Galeri dan buku yang saya tempah daripada Fajar Islamic Books Jalan Masjid India.

Mungkin tersalah hari agaknya kerana pengunjung agak ramai hari pertama walaupun perasmian di adakan keesokan hari iaitu khamis 24 Februari. Bilik air dan surau padat dan masa agak sukar di rancang. terpaksalah saya menunda dua hasrat awal dan fokus hanya di pameran kraf sampai ke petang.
Kreativiti membuat kulit kerang

Pertemuan dengan peserta kraf memang menyeronokkan kerana terlalu banyak kenangan manis bersama. Pengusaha WanNur mengimbau kata-kata saya sewaktu memberi motivasi kepadanya supaya kuat pegang azam sampai menjadi dan berjaya, saya teringat sebuah buku 'buat sampai jadi'.

Nah..dia buktikan dan saya memang yakin beliau seorang yang gigih memegang prinsip dalam Surah AlFatir 29 dengan maksud 'Perniagaan Yang Tak Pernah Rugi' iaitu orang-orang yang membaca alQuran, yang menunaikan solat dan menginfaq harta dalam terang dan sembunyi...Alhamdulillah beliau pun profession awal seorang guru mengajar alQuran. Doa saya sentiasa bersamanya, amiin.

Tema HKK 2011 ialah Kraf Menjana Ekonomi dalam bahasa inggeris 'Craft Generates the Economy'. Yang saya faham ialah bagaimana kraf boleh menjana pendapatan tambahan dan memperkukuh ekonomi individu dan jika dirancang dengan baik akan dapat menjana ekonomi masyarakat dan negara seperti negeri Indonesia, Cina,Vietnam dan korea yang melambakkan kraf ciptaan mereka di negara kita dengan harga yang amat murah. Masalah kraf Malaysia ialah kos tenaga buruh tak tergapai tangan (tinggi).

Kreativiti merupakan ibu rekacipta (invention). Kraf adalah bidang yang yang banyak memberi idea rekacipta mesin keperluan pelbagai bidang termasuk tenunan kain. Alhamdulillah Perbadanan kemajuan kraftangan Malaysia dapat menganjurkan acara tahunan HKK di Kompleks Kraf Jalan Conlay setiap tahun. Banyak idea baru yang di tampilkan termasuk jemputan pereka daripada luar negara.



Yang seronoknya WanNur Enterprise mencipta biji kertas untuk bahan hiasan gelang tangan. Terpegun juga saya memakai gelang yang berasaskan kertas majalah. Kebetulan satu tawaran mengajar kraf akan di adakan di Marang Terengganu pada 2 dan 3 Mac saya dapat idea untuk memperkenalkan kreativiti kraf ini. Alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment