NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Thursday, January 6, 2011

KECIL HATI






Lukisan alam di Damai Laut
Pantai Teluk Nipah yang mula 'di cemari'

Salam

Catatan Khamis 6 Januari 2011.

Sejak 4.30 petang semalam Rabu 5 Januari saya dan suami bersama tamu daripada Jakarta check in di Swiss-Garden Golf Resort & SPA Damai Laut Perak. Tempat rekreasi yang mendapat anugerah Kementerian Pelancungan Malaysia tahun 2010 sebagai resort terbaik 4 bintang.

Saya juga tetamu pertama di Damai Laut yang terletak agak jauh menuju ke Taiping menghala Pantai Remis iaitu di pesisiran pantai menghadap Pulau Pangkor . Hampir 4 jam perjalanan daripada Shah Alam melalui jalan pantai barat, Kuala Selangor, Sabak Bernam, Bagan Datoh, Teluk Intan, Sitiwan, Manjung, Lumut dan Pangkor. Tetamu kami amat berminat ke Pulau Pangkor dan mendapat maklumat tentang kecantikan pulau dan Damai Laut melalui internet.



Alhamdulillah tidaklah meleset pengharapan kami kerana resort (SGGR&S) amat cantik bagaikan lukisan. Lukisan alam bertingkat-tingkat pembinaannya, apartment, villa dan hotel. Lanskap padang golf amat mengkagumkan. Sekitar resort terdapat 25 tempat-tempat menarik untuk di lawati. Cuma satu kekurangan. Pihak resort dan masyarakat sekitar 'geared' (tumpukan) khidmat pelancung semata-mata untuk musim percutian.

Kedatangan kami waktu 'off period' mendapati banyak perkhidmatan tidak di adakan. Makanan laut BBQ tepi pantai yang kami tunggu-tunggu di tangguhkan hanya pada hari minggu. Penyediaan makanan untuk Room service terlalu terhad, seolah-olah kami yang datang diluar musim percutian mendapat layanan 2nd class. Kira penilaian tak baik tu.Apapun kami sempat melihat matahari terbenam pada hari pertama dan makan malam sendirian. Suami saya terpaksa keluar mencari 'lauk'. Mujurlah sedia ada dalam kereta ialah rice cooker dan beras yang saya tercapai di saat akhir nak keluar rumah kerana ingin menjamu tamu dengan beras 'Arab', rupanya amat bermanfaat. Lewat jam 9.00 barulah suami saya pulang membawa makanan dan alhamdulillah rezeki sebelum berehat di resort mewah ini.

Lawatan ke Pulau Pangkor telah di aturkan oleh pihak hotel hari Khamis11.00 pagi. Hujan gerimis mulanya tapi menjelang jam 11.00 cuaca terang dan bersama 6 penghuni yang lain kami dibawa ke jetty menaiki speed boat menghala ke Pulau Pangkor. Dalam 12 orang penumpang boat terdiri daripada 2 pelancung keturunan India suami isteri daripada Melbourne Australia, 4 pelancung cina daripada KL (suami isteri dan dua anak lelaki), tamu kami suami isteri dan dua orang anaknya daripada Jakarta dan kami berdua. Kos bot untuk ziarah yang mengambil masa mulai 11.00 pagi dan pulang ke hotel 3.30 petang adalah RM35 seorang. Lawatan sekitar pulau dan pantai RM100 satu van.

Musafir ke akhirat, musafir ubudiyyah atau apa sahaja yang membawa kita ingatkan kebesaran Allah perlulah banyak-banyak sabar. Awal-awal lagi kami dah 'mual ' dengan pakaian dua orang wanita yang bersama kami. Kalau kini heboh isu 'kurang kain' karenah artis yang menerima anugerah filem di Malaysia, di tempat peranginan ia bukan isu,ia malah menjadi satu
kebanggaan mendedah aurat.


Kalau kami seorang wanita Islam nak KECIL HATI memang patut kerana berkeliaran wanita di pantai dengan pakaian paling minima mencabar keujudan kami yang bertutup lingkup di pantai yang sama, yang di ciptakan oleh Allah Tuhan yang sama.

Saya bataskan diri bergaul dengan musafir lain sekadar berkenalan, susah hati saya untuk menghampiri mereka. Kadang-kadang 'terpaksa' juga berinteraksi antaranya bila menunggu ahli rombongan yang lewat sampai ke keenderaan selepas mengadakan ziarah.

Satu ketika pemandu bot memaklumkan "sekarang Pangkor untung..ramai pelancung negara barat...mereka lari daripada cuaca teruk di Europah" Memang saya nampak sendiri sejak berada di resort dan di tepi pantai Teluk Nipah agak ramai pelancung 'mat saleh' malah satu keluarga Perancis membuka warung di tepi pantai tersebut,katanya mereka sekeluarga tinggal di Pulau Pangkor.


Tamu saya berkenalan dengan seorang pelancung daripada Holland, katanya akan tinggal di Malaysia sebulan dan kemudian akan ke Bali Indonesia sebulan lagi. Hebat mereka ni, selain lari daripada cuaca buruk dan pasti punya banyak wang, mereka mungkin ada misi lain yang 'tersirat', waAllahu'alam.
Tidur yang lena di pantai

Kami pelancung satu bot terus bercerita tentang cuaca di Queensland Australia yang kini banjir teruk. 'Mak Minah' Australia terus celupar mulut berkata..'Ya ..the STUPID weather.' Saya terpaku...SAKIT dan KECIL HATI....inilah sabarnya bersama orang kafir, bila dia celupar apa yang kita patut lakukan? Marah, maki balik, bunuh?? (di Pakistan Bodyguard membunuh seorang Governor kerana Governor tersebut menentang undang-undang murtad)

Memang saya KECIL HATI dengan kata-kata celupar itu,namun saya bersabar kerana 'mereka tidak tahu' tentang iman dan takwa yang boleh menghalang akhlak buruk 'mencaci kejadian Allah'.

Saya biarkan kecil hati bersarang kerana kata-kata celupar kadangkala terkeluar daripada mulut seorang yang mengaku Islam juga tanpa disedari, apatah lagi oleh seorang yang jahil. Namun saya pasti awal-awal lagi pelancung bersama saya telah mengenal bahawa saya seorang Muslim melalui pakaian,tegur sapa dan tidak bersalaman dengan suami-suami mereka. Cukup lah untuk permulaan pendedahan itu.

Dalam hati seorang insan yang Allah cipta mesti ada satu rasa 'curious' mengapa saya dan teman mampu bertudung lingkup pergi ke pantai dan sanggup mengadakan ziarah dalam panas siang (mujur hari lawatan cuaca mendung).


Kami malah bergambar ramai dan bersalaman sebelum berpisah....bezanya saya 'TIDAK KESAH' untuk mengambil alamat dan nombor talipon mereka, TAK KEMARUK nak berkenalan rapat semata-mata kerana saya KECIL HATI dengan pertuturan mereka mengenai takdir Allah.

Sebenarnya saya melihat cuaca kelamkabut di SEMUA negara barat atau yang berpaksikan barat adalah natijah TIDAK BERIMAN..dan layaklah yang mengucap 'STUPID' weather mengharungi ujian tersebut di negaranya Australia. Walaupun di negara Malaysia sendiri berlaku banjir setiap tahun ia merupakan ujian bagi semua umat untuk memperbaiki sistem dan
membantu mangsa tetapi tidak mustahil jika ramai yang lupakan Allah kejadian dan musibah menjadi bala kepada generasi akan datang.

KECIL HATI ini akan saya bawa pulang untuk di rawat. Kadang-kadang kita silap untuk berkecil hati dengan perkara remeh, hari ini saya rasa ia amat besar dan saya mungkin sukar memaafkan pelakunya. Semoga Allah memberinya 'petunjuk'. WaAllahu'alam.

No comments:

Post a Comment