NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Monday, January 10, 2011

11.1.11.MAKING A DIFFERENCE TO TOUCH A MILLION 1



Salam

Bermula Selasa 4 Januari 2011 saya dan suami bertuah kerana di sibukkan dengan kedatangan tetamu daripada Jakarta. Mahfum Hadis menyebut kedatangan tetamu ke tempat kita menambahkan rezeki dan menggugurkan dosa, amiin.

Tetamu kami ialah Asril Mario dan keluarga yang selamat sampai di KLIA tengahari 4 Januari. Terus kami bawa beliau ke D'Arab Cafe Food Court Anjung 7 menikmati 'speghetti Jambaari (udang) yang katanya 4 Thumbs up enaknya! Tahniah kepada tuan Hj Mustapha pengasas Speghetti Jambaari!

Selepas check in di Kualiti Hotel beliau kemudiannya meluncur dengan Volvo di pandu Hj Baharom ke Kg Tunku kerana berhampiran rumah Hj Baharom terdapat LRT ke KLCC. Mario dan keluarga kepingin bangat (bahasa Indonesia) shopping di KLCC.

Selaku tuan rumah (host) kepada tetamu kami sepatutnya melayani beliau sepanjang masa seperti kami di layan di Jakarta dan Bandung. Namun pelbagai urusan perlu di selsaikan dan alhamdulillah Hj Baharom sentiasa sanggup mengambilalih tugas kami sepertimana beliau menjadi tuan rumah kepada tetamu kami daripada Sri lanka sebelum ini. Saya akan sentiasa kagum dengan sifat persaudaraan yang ada pada Hj Baharom, semoga Allah menerima amal kami dan beliau serta isteri, amiin.

Sebaik tetamu bertolak ke KL saya ke Kompleks PKNS membuat tempahan T Shirt Galeri Mawaddah yang akan mengadakan hari pelancaran pada 11.1.11, satu lagi tarikh unik dan keramat...jatuhnya pada hari Selasa, hari ini. Mungkin terlalu banyak urusan agenda pelancaran di tangguhkan.

Tarikh 11.1.11 akan tersemat bukan sahaja pada t shirt yang belum siap pada tarikh yang di perlukan tetapi yang penting dalam sanubari bahawa tanda 11.1.11 adalah keesaan Allah yang memungkinkan kami menerajui pelbagai bidang, terkini keusahawanan busana,kraf dan makanan tradisional.

Dalam perbincangan dengan team persiapan Galeri Mawaddah sebelum ini kami telah setuju menggunkan tagline 'MAKING A DIFFERENCE TO TOUCH A MILLION' dalam bahasa Melayunya MEMBUAT PERBEZAAN UNTUK MENCICAH ANGKA SEJUTA' begitulah kuatnya azam Galeri Mawaddah.

To touch a Million...boleh saja bermaksud sejuta pelanggan, sejuta pendapatan, sejuta hubungan dan sebagainya, terpulang kepada siapa yang berminat membuat tafsiran. Saya terima semua pendapat tetapi saya lebih mirip ialah ingin membantu rakyat Palestin dan membuat amal soleh berbekal SEJUTA harapan insyaAllah tidak terkecuali memiliki dana yang lumayan.

Memang sejak 4 Januari diari kami padat dengan ziarah, jamuan dan meeting setiap malam berkaitan projek Garut. Making a difference ialah sentiasa mengisi masa dengan perkara baru bukan sekadar rutin seorang pesara kerajaan. Alhamdulillah dengan kesibukan sahaja segala masalah dapat di rungkai kerana sibuk mengajar sabar dan fokus kepada sesuatu tugas yang mesti di selsaikan tepat pada masa termasuk berkejar ke airport membawa tetamu yang terlewat dek shopping. WaAllahu'alam

No comments:

Post a Comment