NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Monday, July 26, 2010

MARHABAN YA RAMADHAN




Gambar kenangan di Kota Bharu Kelantan

Salam

Sebaik sahaja tamat kelas Harfiah hari Khamis 22 Julai saya ke Anjung 7 kerana pagi itu ada seorang pengkraf Mawaddah daripada Pulau Pinang datang untuk menyertai Karnival Usahawan di Bukit Jalil. Seorang pengkraf daripada Kelang berjanji akan membantu pengangkutan daripada Shah Alam.

Menunggu masa saya akan ke Subang menaiki firefly ke Kota Bharu menziarahi Sekolah AlManar, kami menjamah nasi Arab. Ternyata pelbagai masalah berbangkit dalam pertemuan pagi itu. Saya menyimpannya dalam benak hati kecil kerana saya perlu carikan satu kaedah penyelesaian jiwa insan yang agak kalut dengan kemiskinan dan tekanan menjaga keluarga dalam era ekonomi merundum hari ini.

Penerbangan ke Kota Bharu hanya tergaggu dengan angin yang kuat waktu mendarat. Entah mengapa setiap sampai ke negeri Cik Siti Wan Kembang (kelantan) ini hati saya tersentuh, mugkin terlalu banyak kenangan yang saya lalui di negeri ini, antaranya sentiasa mendoakan kepimpinan kekal di tangan pemimpin berwibawa dan warak.
Sedia menunggu di lapangan terbang cik gu Su dan Nadia serta cucu saya Shazwani. Kedatangan saya memang ada kaitan dengan Wani (nama pendek Shazwani). Saya ingin memperlihatkan kesanggupan seorang nenek berkorban untuk meyakinkan seorang cucu beliau berada di tempat yang betul. Harapan saya wani terus berada dalam persekitaran sekolah yang sekurang-kurangnya meletakkan AlQuran di hadapan.

Menjelang Ramadhan selaku tetamu mulia tidak lama lagi saya menyeru anak-anak AlManar mereka wajar menjadi contoh kepada mencari ketenangan dan keberkatan bulan mulia. Terlalu banyak fadhilat sebulan puasa sehingga banyak hadis yang menyebutkan segala dosa dahulu dan akan datang terampun.
Persiapan minda, jiwa dan ibadah perlu kukuh menjelang Ramadhan agar kita tidak tergolong di kalangan mereka yang didoakan rugi oleh para malaikat dan di aminkan Rasulullah saw, iaitu golongan yang kedatangan Ramadhan dan berlalunya bulan mulia ini tidak mengugurkan dosa-dosa yang di lakukan.
Masalah besar kedatangan Ramadhan mutakhir ini di lihat sebagai pesta jualan juadah dan makanan sahaja, kurang sekali masyarakat menyambutnya dengan hati yang cemas, samada ada peluang bertemu lagi Ramadhan dalam tahun akan datang. Saya hanya mampu menyebut Marhaban Ya Ramadhan, Selamat Datang Wahai Tetamu Mulia, semoga keberadaan anda selama satu bulan dapat mendidik jiwa umat kepada Rabbani, bukan Ramadhani. WaAllahu'alam

No comments:

Post a Comment