NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Wednesday, July 21, 2010

AL INSYIRAH- SURAH ALQURAN MEMUDAHKAN






1. Mesyuarat pertama Urban Team
2. Pasangan muda mewakili pasukan bolasepak Surau AtTaqwa
3. Majlis tahlil dan kesyukuran
4. Pasar malam terpanjang di Selangor? MPP Zon21

Salam

Sabtu 17 Julai jam 6.00 petang pasukan veteran bola sepak Surau Attaqwa turun bermain bola sepak berhadapan dengan pelawat daripada Jabatan Bomba Singapura. Yang saya dapat tangkap gambar satu keluarga muda selepas permainan yang agak berat sebelah. Scorenya 3-0, 0 bagi pasukan veteran. Apa pun tahniah kerana masih bersemangat termasuk suami saya bekas pemain bolasepak Jabatan satu ketika dahulu.

8.30 malam pertama kali saya melangkahkan kaki ke pasar malam terpanjang di Selangor di SP Setia MPP Zon 21. Tepat seperti yang di taklimatkan dalam lawatan MPP Zon 3 baru-baru ini bahawa sambutan masyarkat terhadap keujudan pasar malam ini amat tinggi. Saya dapat lihat pengusaha berbagai kaum dan pengunjung juga termasuk pelancung luar negara. Syabas kepada AJK MPP Zon 21 yang bekerja kuat memantau aktiviti ini.


Pagi Ahad 18 Julai saya membaca Alquran dan terjumpa ayat surah Al Insyarah (kemudahan) berbunyi 'Maka apabila engkau telah selsai daripada sesuatu urusan tetaplah bekerja keras untuk urusan yang lain , dan hanya kepada TuhanMulah engkau berharap. (ayat 7-8)

Taddabur ayat Quran ini menyentuh hati kecil saya bahawa tidak ada istilah berehat selepas satu urusan. Tanpa berlengah saya menyertai program wanita mengadakan majlis tahlil dan kesyukuran di salah sebuah rumah kariah surau AtTaqwa. Bila berhadapan dengan tugas yang lain kita mesti sentiasa berharap agar Allah mempermudahkan.

Memikirkan langkah-langkah layu selepas program akhir MPP Zon 3 selsai tengahari Sabtu 17 Julai itu saya turut tersentuh dengan komitmen Skuad Aman yang meneruskan tugas jam 1.00-200 pagi 18 Julai. Ternyata mereka ikhlas untuk memastikan keselamatan kawasan Taman Tasik terus sejahtera.

5.30 petang Ahad 18 Julai sepantas itu 'Urban Team' telah mengadakan pertemuan pertama di Hailam Kopitiam Jalan Kristal Seksyen 7 Shah Alam. Tujuan pertemuan ialah untuk memulakan langkah baru selepas selsai tugasan di bawah MPP dan meneruskan usaha yang di rintis agar tidak terabai tanpa perancangan susulan.


Protem committee bersetuju sebuah badan berdaftar di tubuhkan supaya fokus untuk mendidik golongan remaja. Masing-masing memberi idea dan pandangan ke arah keberkesanan projek baru ini. Rupa-rupanya inilah hikmah saya tidak terpilih sebagai Ahli Majlis dan pengerusi MPP kerana saya perlu membantu golongan muda merealisasikan wawasan mereka sendiri.


Seorang pelajar peringkat Sarjana UiTM telah di lantik sebagai pengerusi Urban Team. Di akhir pertemuan saya mengucap syukur kerana Urban Team terus bertindak tanpa menunggu mood bekerja pudar dan terus menghayati apa yang sepatutnya di lakukan oleh seorang yang beriman iaitu berkerja dan terus bekerja untuk mendapat keredhaan Allah sahaja.


Isnin 19 Julai kuliah fiqh Semasa di bawah bimbingan Ust Fauzi di teruskan di pejabat MPP. Ini juga merupakan permintaan saya kepada MBSA agar tidak menafikan hak ahli masyarakat di didik dengan pelbagai ilmu untuk memantapkan akidah Islam. Pada hari yang sama barang-barang saya di pejabat MPP perlu di keluarkan sebelum pengganti saya datang, dengarnya untuk mencari calon yang sesuai megendalikan Zon 3 ada sedikit masalah.

Mesyuarat anjuran Aman Palestin bagi menguruskan harta wakaf dan membangunkan sebuah Galeri Palestin di Shah Alam telah di adakan pada jam 8.30 malam Isnin 19 Julai. Saya di amanahkan tugas pengerusi untuk melakarkan perancangan. Kebetulan ada ura-ura untuk menjemput seorang penasyid popular Maher Zain daripada USA ke Malaysia. Cadangan di buat agar Aman Palestin menjadi penaja utama konsert ini.

MasyaAllah...dengan deretan tugasan yang menunggu saya amat bersyukur di beri rezeki teman dan rakan yang mengisi masa dan kemampuan saya seadanya. Kebetulan masa amat singkat menjelang 2 Ogos saya dan suami akan berlepas mengerjakan ibadah Umrah di mana semua urusan perlu di bereskan. Alhamdulillah Urban Team terus melakar sejarah dan terkini akan mendaftar sebagai NGO di bawah Kementerian Belia dan Sukan. Didoakan semua perancangan berjalan lancar dan masing-masing dapat hazam akan DUA prinsip yang saya sampaikan kepada ramaja kompang Luqmanul Hakim jika ingin berjaya: JANGAN SENTUH MAKSIAT DAN JANGAN KHIANAT DAN BERHASAD DENGAN ORANG LAIN. Maksud positifnya sentiasalah taat perintah Allah dan jaga hubungan persaudaraan supaya mantap serta jauhi perpecahan yang bermula daripada hati yang 'Tidak cool-tidak tenang" kesan serabut dosa dan kerja sia-sia. WaAllahu'alam

No comments:

Post a Comment