NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Tuesday, July 27, 2010

PATAH TUMBUH HILANG BERGANTI


Puan Sarimah bersama mantan Ahli Majlis MBSA

Salam

Selasa 27 Julai saya mendapat jemputan program "Ramadhan di Gaza' anjuran MAPIM atas jemputan YB Dr Ustaz Badrul Amin di Shah Alam Convention Centre (SACC). Sebelah paginya dengan teman-teman kariah seksyen 7 kami menziarahi kawan yang sakit, alhamdulillah beransur pulih. Diikuti kelas pengajian "AsmaulHusna" di surau AtTaqwa.

Kebetulan saya telah membuat temujanji dengan Ahli Majlis MBSA merangkap Pengerusi MPP Zon 3 yang menggantikan tempat saya jam 12.00 tengahari dan kami bersetuju bertemu di SACC sahaja.

Puan Sarimah seorang usahawan gigih dan masih muda. Ia menepati citarasa saya mencari pengganti, kebetulan dia aktif dalam politik semasa berbanding saya yang tak pandai membawa bendera selain NGO Islam. Sewaktu berkenalan saya hanya mengucapkan tahniah dan memaklumkan tugas yang beliau ambilalih sedang berjalan baik dan sokongan padu akan di berikan oleh AJK MPP jika mereka terpilih semula.

Ternyata Puan Sarimah yang menetap di Sg Buluh menyerahkan kepada suasana yang sesuai untuk menjalankan tugas dan amat terbuka untuk meneruskan program sedia ada, antarnya kelas pengajian Alquran Harfiah, Bahasa Arab komunikasi dan fiqh semasa. Menanti UPSR selsai hingga bulan September akan ada tuisyen kecil setiap akhir minggu.

Mengetahui pengganti saya akan ke pejabat MPP, bekas Setiausaha Kehormat saya telah mempastikan pejabat bersih, beres dan teratur. Pegawai Tadbir Operasi (PTO) turut berada di pejabat menanti beliau. Alhamdulillah. Puan sarimah akan melantik Setiausaha Kehormatnya sendiri dan saya amat berharap bekas setiausaha kehormat saya berlapang dada menerima keputusan ini.

Begitulah patah tumbuh hilang berganti, yang lama berganti baru, yang hidup akan mati, ia semua sunnahtullah. Ketika Puan Sarimah bertanya mengapa saya tidak menyambung tugas Ahli Majlis saya hanya menjawab 'cukup tempoh dua tahun memberi pengalaman kepada saya mewarnai hidup saya dengan sedikit kesibukan.' Memang sejak awal perlantikan saya mencadangkan orang yang lebih muda, berdayatahan dan bertenaga. Saya punya wawasan dan harapan tapi kudrat sukar menandinginya. "Saya akan fokus membuat kerja untuk menubuhkan Galeri Palestin di Shah Alam' saya menambah jawapan ringkas tadi.

Yang cantiknya perubahan 'Guard of Honour' atau penyerahan tugas di iringi doa, ucapan dan jemputan ke majlis kesyukuran di rumah saya pada 1 Ogos. InsyaAllah saya bersyukur Allah SWT memberi saya kejelasan tentang perubahan kuasa wakil rakyat kecil dengan penuh kesopanan dan kasih sayang. Latihan saya puluhan tahun mengendalikan program dengan ibu-ibu, remaja dan masyarakat luar bandar mendedahkan kepada saya betapa besarnya amanah kepimpinan yang harus di akhiri dengan sejuta ingatan dan kenangan manis. Di kala usaha kita di tatang dan di hargai, itulah masa yang sesuai untuk turun takhta, jangan sampai orang dah menyampah dan mengutuk kita, nauzubillah kita di iringi musibah kiri dan kanan.

Teman yang bersama saya pagi ini menerima sedikit asakan daripada saya berhubung sikap beberapa pihak yang melihat kepimpinan sebagai persaingan sengit, jatuh menjatuh, sabotage sana sini. Saya nyatakan dengan jelas jika dalam sesebuah organisasi berlaku sikap itu saya bimbang percikan api panas yang membakar bila kita di adili di akhirat nanti. Lebih baik jangan dekati organisasi sedemikian yang di pimpin insan yang kurang matang dalam bertindak.

Apa pun sekalong tahniah kepada pengganti jawatan saya Puan Sarimah. Sedikit briefing dan nota saya sediakan semoga beliau di berkati dalam menerajui MPP Zon 3. Saya masih bebas berada di MPP selaku pelajar kelas pengajian Fiqh yang akan di mulakan semula pada 20 September insyaAllah. Yang seronoknya dalam kesibukan membuat persiapan untuk menunaikan Umrah saya di datangi pelbagai tugasan daripada Sri Lanka dan Brunei Darulsalam, keduanya inginkan penglibatan urusan yang memerlukan perancangan yang lama. Namun dalam hati ini ada Galeri Palestin dan penganjuran konsert Mahir Zain dari USA..atau AAgim daripada Indonesia..ya Allah berkati dan beri petunjuk kepadaku agar setiap saat baki nyawaku Kau redho dan untuk meninggikan kalimatMU Ameen.

No comments:

Post a Comment