NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Tuesday, July 20, 2010

MALAM JASAMU DI KENANG




Bersama En Ismahali
Menerima cenderahati
Bersama ADUN

Salam
Selasa 20 Julai saya selaku mantan Ahli Majlis di jemput hadir dalam satu majlis sederhana di pejabat MBSA Kota Kemuning untuk menghargai jasa berkhidmat selama dua tahun. Empat lagi mantan turut hadir, Mr Sow, Paparaidu, en Adnan dan Sooriyan. En Zulkifli Nani tidak dapat hadir.

Semangat berkobar menemui Ahli Majlis yang baru terpadam malam itu sebab tidak ada siapa yang memperkenalkan mereka kecuali yang sedia saya kenal di seksyen 7 iaitu En Ismahali. Khabarnya beliau akan mengambil tempat saya selaku Pengerusi MPP Zon 3. Namun akhirnya beliau di tempatkan di MPP Zon 4. Sedikit kekeliruan menempatkan calun di MPP Zon 3 dapat di bereskan dengan tenang.
Ramai pegawai MBSA tidak kelihatan khabarnya menghadiri kursus. Apa pun saya dan suami sempat menemui ramai kenalan yang mungkin selepas ini sukar berjumpa. Persiapan minda dan saikologi telah awal lagii saya siapkan untuk menghadapi malam sebegini, antaranya menukar plate kereta yang di pasang logo Ahli Majlis. Suami saya berjenaka...' sekarang sediakan shilling nak bayar parking..' kerana selama menjadi Ahli Majlis bayaran parking di kecualikan.

Debaran yang saya tak tahu datang dari mana sejak menapak ke majlis terjawab malam itu kerana Datuk Bandar menyebut nama saya dan En Zulkifli sebagai wakil NGO yang mampu melihat keluar daripada boundry negara iaitu membantu rakyat Palestin. Seorang Ahli Majlis menghantar sms tahniah...masyaAllah, masih ada yang perihatin. Agaknya Allah akan lebih mengganjari mereka yang berjihad di medan...di Gaza.

Saya mash ingat peristiwa rapat umum di Stadium Malawati anjuran Aman Palestin. Seorang pegawai tinggi MBSA teragak-agak nak memakai head band 'save Gaza'. Billa di tanya kenapa..'nanti apa pegawai lain cakap.' Saya merenung tajam kepadanya sebagai isyarat ini bukan soal kepartian atau puak tertentu, ini soal kemanusiaan global tanggungjawab semua. Dia terus pergi tanpa memakai headband. Di akhir program baru saya lihat kepalanya di lilit...begitu besar kekuatan persekitaran..ia boleh mengubah persepsi.

Malam kenangan itu di akhiri dengan penyampaian cenderahati. Sekalung penghargaan juga kepada penganjur iaitu MBSA kerana ingatkan jasa kami yang tidak lagi menjadi Ahli Majlis. Program serupa ini boleh mencetuskan dua senario, sedih dan pilu atau bersyukur dan bebas. Sedih memikirkan sewaktu hidup lagi kita menerima ujian penapisan untuk berkhidmat atau tidak, hilang peluang menabur jasa dan kenalan lama. Bersyukur dan bebas kerana tidak akan di tanya tentang amanah menjalankan tugas dengan jujur dan bertanggungjawab. Kedua-dua pengalaman ini amat baik untuk di jadikan iktibar kerana tidak ada siapa yang bebas lepas daripada detik-detik kehidupan, semuanya di hisab. WaAllahu'alam

No comments:

Post a Comment