NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Sunday, July 18, 2010

PROGRAM TERAKHIR...MERIAH TAPI SAYU

tetamu ibu bapa dan masyarakat di akhir program


Kenangan dengan Kumpulan Kompang LuqmanulHakim


Gambar sewaktu program bermula dengan daifnya







Perarakan



Salam

Sabtu 17 Julai 2010 kini menjadi sejarah. Sempena program pentauliahan peserta kompang remaja LuqmanulHakim Pangsapuri NilamSari Seksyen 7 Shah Alam saya menjemput seramai mungkin ibu bapa peserta, kenalan, pegawai dan Ahli Majlis MBSA kerana ia merupakan program terakhir saya menerajui MPP Zon 3 sebagai pengerusi.

Permintaan YB ADUN yang akan merasmikan program ialah seawal 8.00 pagi program perlu di mulakan kerana beliau akan menyertai satu program lain tepat jam 9.00 pagi. Persiapan di buat sebelah malam Jumaat 16 Julai bahawa kelengkapan kerusi dan PA sistem daripada MBSA akan tiba se awal 7.00 pagi.

8.15 pagi YB ADUN sampai, kerusi masih belum tiba. Pelbagai telahan timbul, sabotage lah, kurang di beri perhatian kerana sudah hilang kuasa Ahli Majlis dan sebagainya. Alhamdulillah saya dapat ketenangan pagi itu. Ada 10 buah kerusi sekadar untuk VIP. Keputusan di buat memulakan program tepat jam 8.30 dan YB ADUN akan meninggalkan program jam 9.30 pagi.

Program bermula dengan beberapa jemputan, antara yang hadir ialah Ahli Majlis MPP kawasan Sri Kandis En Manaf dan Ahli Majlis wakil DAP, Mr James, Mantan Ahli Majlis Mr Sow, En Fariz dan Jannet mewakili Mr Ang daripada MPP Zon 21.

Ucapan alu-aluan terpaksa di pendekkan untuk memberi laluan majlis perasmian dan penyampaian sijil sebagai memberi semangat kepada peserta kompang. Jam 8.45 kerusi baru sampai..saya tidak terfikir nak marah-marah kerana saya amat faham petugas mesti telah mencuba sebaik mungkin dan saya juga di fahamkan di MBSA ramai petugas sedang menghadiri kursus.

Sepanjang program di jalankan semua peserta kompang, jurulatih dan penyokong daripada cawangan lain membuat persembahan dengan meriah, tetamu yang menunggu selepas YB ADUN meninggalkan program semua terhibur. Gambar kenangan dan video turut di rakam.

Di akhir program saya di dekati seorang ahli jawatankuasa...kenapa Datin tak marah-marah? bezalah saya lihat dalam program lain kalau macam ni semua orang akan melenting. Tapi Datin cool je...jawapan saya sepatah sahaja..SAYU...

Sebenarnya saya membayangkan inilah realiti diri saya di saat jenazah saya akan di hantar ke tempat persemadian..berapa kerat teman dan kenalan yang masih ingat... mengapa saya akan cemarkan dengan akhlak buruk marah-marah... bukankah senyum itu sedekah?

Jawapan saya telah membanjirkan banyak mata sekembalinya kami ke rumah masing-masing termasuk saya sendiri. Begitu besar rahmat Allah kepada saya kerana yang berapa kerat menyertai program terakhir saya hari ini semuanya ada keterikatan hati. Siapa yang melemparkan rasa sayu dan kasih sayang antara kami? siapa yang dapat menggerakkan mata menitiskan air-air jernih kerana sayu kalau bukan ALLAH yang Maha mengetahui isi hati saya.

Allah telah menyahut doa saya selama ini agar di tampilkan pembantu yang ikhlas dan tepat sekali...saya melihat kesan keikhlasan ini dalam program terakhir saya. Nikmat apa lagi yang mahu saya dustakan ya Allah??? tidak sekali kerana saya telah benar-benar merasa terbalas selama dua tahun usaha saya menerajui MPP Zon 3. Hanya kalimah syukur sahaja yang mampu keluar daripada rongga mulut dan dalam hati saya kini dan selamanya insyaAllah.

No comments:

Post a Comment