


Salam
Isnin 3 Mei 2010 jam 8.00 pengajian 'Memahami Fiqh Semasa bermula diMPP Zon 3'. Alhamdulillah cukup bilangan peserta untuk meneruskan pengajian mingguan ini. Saya tersentuh juga sambutan kawan-kawan suami saya yang menyahut panggilan smsnya bahawa pengajian ini penting untuk seorang Muslim membuat keputusan di era serabut serba fitnah ini. Melalui blog ini saya mengajaklebih ramai menyertai program ini, satau-satunya yang pernah di buat untuk semua peringkat memahami deen Islam dengan lebih sempurna.
Kami suami isteri terpaksa meninggalkan pengajian 1/2 jam lebih awal kerana akan ke Pulau Langkawi urusan suami sebagai ahlilembaga pengarah Panorama Langkawi Sendirian Bhd.
Dek terlalu kerapbermusafir saya terus angkat beg yang sedia di kemas selepas pulang daripada Kelantan kerna kali ini penerbangan juga dengan 'firefly' melalui Lapangan Terbang Subang. Tidak kami sedari kami lebih selesa bermusafir melalui Subang kerana tidak terlalu jauh seperti KLIA.
Penginapan di Langkawi adalah di Meritus Pelangi Beach Resort Pantai Cenang. Hotel bertaraf 5-6 bintang sedia di kunjungi ramai pelancung merata dunia. Sewaktu saya bersarapan dalam dewan makan sekurang-kurangnya saya bersama 9 warganegara dunia, saya mewakili Malaysia. Hebat tak hebatnya Langkawi sekarang.
Rungutan yang saya dengar ialah Langkawi kini sudah berubah rupa dan sikap dengan kedatangan pelancung luar negara yang ramai dan berduit ini. Mereka membayar sewa hotel yang mahal, pakej percutian yang tinggi harganya dan mereka bebas membuat apa sahaja termasuk 'hampir' berbogel di tepi pantai. Cuaca yang panas tidak menghalang kerana mereka kini suka kulit 'tanned' hitam macam ramai celeberity terkenal didunia, antaranya Tiger Wood pemain Golf taraf emas, malah Obama Presiden Amerika juga berkulit hitam.
Saya ada tugas sambil menemani suami kerana perlu merancang program Muslimaat di Sri Lanka. Saya tidak berhasrat kemana-mana kerana Langkawi ini pernah menjadi pusat latihan program Mawaddah untuk rakyat termiskin negeri Kedah. Nak menghubungi rakan dan teman lama pun bimbang menyusahkan mereka. Antara kesulitan dalam hotel mahal ini ialah makan dan minum. Room service memang taraf antarabangsa, bayangkan nasi goreng RM42 sepinggan! lantas saya beranikan diri mengambil 'air mineral' daripada peti ice yang ada dalam chalet suite tanpa menyemak harga yang tercatit di atas peti ice.
Sewaktu check out kami melihat bil bertambah RM12.90, katanya untuk mineral water. Bukan tentang harga yang saya pertikaikan...tapi logiknya. Di kedai biasa paling-paling RM3.00. Namun saya dan suami akur sahaja, almaklum duduk di suite hotel 6 bintang ni mana boleh nampakkan tak mampu? satu budaya songsang yang merebak dalam otak pemikiran kaum 'elit' yang saya kurang selesa berada bersamanya. Malah seringkali saya menolak 'lunch'dan 'dinner' bersama suami bimbang 'social skill' saya tidak setara...WaAllahu'alam.
Inilah juga yang mendorong saya mengadakan pakej 'Finishing School' untuk remaja yang mungkin ada yang di taqdirkan menjadi isteri orang kaya, pemimpin dan berada (elit) nanti. Tujuannya untuk mengasuh mereka kekal berbudaya di redhai Allah walau di mana mereka berada. Antaranya jika ada pilihan 'harus' untuk tidak bersama kumpulan yang di dalamnya ada unsur 'unlslamic' atau 'haram' boleh saja uzurkan diri dengan terhormat.
Mesej saya menyebut air mineral mahal di Langkawi ini ialah 'ARAK HARGANYA LEBIH MURAH' dan berbondong-bondong anak tempatan bermabukan menggantikan air mineral dengan ARAK. Nauzubillah.
No comments:
Post a Comment