NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Sunday, April 25, 2010

WHO DO I WANT TO PLEASE IN MY LIFE?


Salam

Antara kerunsingan saya ialah sering menerima aduan tentang aktiviti yang berlaku di Taman Tasik Seksyen 7 terutama di Urban Kiosk. Pelajar IPT berdekatan kini menjadikan lokasi tersebut tempat menjalankan pelbagai acara, jamuan harilahir, BBQ dan program motivasi outdoor. Peliknya semua program di jalankan waktu malam dan sering juga kumpulan Skuad Aman manasihati agar mereka tidak mencemarkan kawasan dengan membakar bahan BBQ di atas premis Wakaf yang di buat daripada kayu.

Pada hari Selasa 20 April 2010 jam 9.00 malam saya telah mengajak pengusaha anak muda di urban kiosk (nama kiosknya LITTLE URBAN KIOSK-LUK) mengadakan 'usrah' sebagai membuka ruang berkenalan dan memberi nasihat jika ada kesempatan. Namun tidak semua anggota LUK dapat sama kerana masing-masing ada urusan termasuk kurang sihat.

Rata-rata anggota LUK berusia kurang 23 tahun. Saya masih ingat sewaktu saya dalam umur mereka saya pun tercari-cari identiti, siapa saya dan ke mana saya nak menghala. Tetapi arwah bapa saya seorang pembimbing yang jelas dan tegas. Sebagai seorang guru dia hanya beri saya SATU pilihan, kena teruskan pelajaran sampai ke Universiti. Sejak itu saya tak boleh menoleh ke belakang bimbang banyak tarikan selain ke Universiti.

Antara perkongsian saya malam bersama dua remaja LUK ialah 'siapakah yang saya ingin puaskan hatinya dalam hidup saya' (WHO DO I WANT TO PLEASE IN MY LIFE). Pasti jawapan saya ialah dahulu arwah bapa dan keluarga saya. Tetapi saya terus berkongsi menyatakan selepas saya mengenal kebenara Islam saya berfikir semula tentang soalan 'Saya banyak terhutang budi kepada SIAPA?'

Kedua-dua remaja menyatakan mereka ingin menyenangkan hati keluarga yang banyak membantu dan mendorong mereka hingga ke tahap sekarang iaitu penuntut di Taylor's College. Seorang remaja menyebut arwah abangnya yang baru meninggal dunia dengan harapan apa yang di lakukannya menjadi amal soleh yang melahirkan pahala yang banyak untuk arwah abangnya.

Saat menyebut 'arwah' saya berkesempatan berkongsi bahawa kehidupan yang singkat ini adalah satu pelaburan akhirat. Bila di tanya siapa milik hari akhirat, remaja menyebut Allah. We have to please siapa yang miliki hari memberi balasan. Allah yang berhak memberi balasan apa sahaja dengan rahmatNya di dunia dan di akhirat. Dalam masa yang sama kita juga banyak terhutang budi kepada Allah sebagai hamba, minimanya NYAWA yang kita hidup ini kepunyaanNya. Tanpa nyawa siapalah kita?? mayat bergelimpangan dalam tanah???

Saya dapat menyentuh dan menyentak hati dua remaja malam itu. Ya..we must please our Creator Allah. Daripada Allah kita datang dan kepadanya kita akan kembali. Ikatan akidah tentang ini mesti kuat supaya kita tidak tergelincir untuk menyenangkan hati boy/girl friendlah, bosslah, parentslah, kalau artis peminatlah, kalau ahli politik pengundilah dan bagi yang kuat ego untuk pamir diri syok sendirilah. Semua itu tidak salah, ia perlu di galang dengan satu SYARAT iaitu asalkan tidak melanggar perintah Allah atau menyekutukan Allah.

Saya berterusterang bahawa remaja yang bermaslaah hari ini sebenarnya TIDAK BERSALAH kerana mereka perlukan bimbingan dan kasih sayang. Ramai yang terlibat dalam aktiviti sumbang dan rosak akhlak bukannya berlaku tiba-tiba, mereka terbiasa dengan amalan tidak bertanggongjawab begitu lama hinggakan tidak kenal mana yang baik dan buruk. Mereka kurang di nasihati dan hanya sering kena marah, di mana-mana, di rumah, di premis sekolah, di hadapan orang tua, di khalayak ramai. Siapa tak membeontak dan ingin tunjuk 'macho'/menang. Inilah kisah remaja malang hari ini.

Saya berdoa ada dikalangan remaja malah semua orang mula berfikir tiga soalan ini. DARI MANA SAYA DATANG? KENAPA SAYA DI DATANGKAN KE DUNIA INI? DAN KE MANA SAYA KAN PERGI???

Kepada soalan terakhir pengalaman saya mendidik dua remaja yang Allah ambil pulang dalam umur muda merupakan satu keinsafan. Kedua-dua mereka punya potensi tinggi, seorang kacak dan bersuara lunak, seorang score CGPA 4 flat. Kenapa Allah mengambil nyawa mereka semuda 16 dan 23 tahun?? supaya yang tinggal memikirkan sehebat mana pun kita bila Allah maukan kita pulang kepadaNya kita tidak boleh membantah, hanya siapkan diri dalam hidup ini untuk MENCARI KEREDHAANNYA. Semoga roh-roh mereka yang pergi dahulu daripada kita dan roh-roh kita nanti di pertemukan dan di abadikan dalam Jannahtunaim Allah. Amiin.

Program usrah LUK saya akhiri dengan menhadiahkan satu keychain anyaman majalah berbentuk kupu-kupu. Dalam pertemuan dua minggu akan datang (bulan Mei) saya beri mereka homework dengan soalan 'kalau saya menjadi kupu-kupu apa peranan saya menyumbang kepada dunia??? Kedua remaja senyum menghargai hadiah cantik berwarna warni...beautiful serentak mereka menjawab. To make the world beautiful...saya betulkan 'to make the world a better place...tapi fikirlah nanti kita jumpa bulan depan, insyaAllah.

No comments:

Post a Comment