

1. Penyelaras Skuad Bersih di MPP Zon 3 pada 18 April
2. Projek kitarsemula minyak terpakai di lancarkan
3. 'Duta kecil" Skuad Bersih dalam pelancaran projek pada 25 April

Salam
Ahad 25 April 2010 jam 10.00 pagi di kala penduduk Kuala Selangor sibuk mengundi memilih wakil ke Parlimen, saya berada dalam program pelancaran projek kitarsemula minyak masak terpakai di pangsapuri Nilamsari seksyen 7 Shah Alam.
Ini merupakan program MPP Zon 3 menyertai agenda Perancangan Mampan LA21 MBSA. Ia lanjutan program pada 18 April di pejabat MPP Zon 3 yang merasmikan projek ini sebagai satu kerjasama antara semua pihak yang perihatin iaitu MBSA, Alam Flora, MPP dan syarikat swasta CGV. Pada tarikh yang sama MPP Zon 3 juga mengiktiraf 'Skuad Bersih' sebagai rakan kongsi anggota masyarakat muda untuk bersama-sama menjayakan program kitarsemula.
Sifat kurang yakin melaungkan kata-kata 'best of the best' di kalangan ahli skuad bersih yang berkumpul di Pangsapuri Nilamsari pagi ini membuat saya berfikir adakah anak-anak ini faham maksud 'best of the best'. Entah apa sebabnya tagline kata-kata tersebut terus datang dalam ilham saya sebagai motivasi kepada peserta skuad bersih.
Skuad bersih merupakan program mengajak anak-anak sekolah menyertai aktiviti kemasyarakatan sebagai 'duta kecil' untuk menjaga kebersihan sekitar tempat tinggal mereka dan MPP Zon 3 amnya. Sebagai motivasi kepada penyertaan mereka satu projek kitarsemula di lancarkan dengan kerjasama Alam Flora dan Syarikat CGV yang akan membeli semula minyak terpakai untuk di jadikan 'BIODIESEL' menggantikan minyak diesel biasa yang banyak mengelurakan asap hitam carbon dioxide.
Mesej 'Best of the best' saya utarakan berteraskan panduan Alquran Surah At-Tin ayat 4-5 bermaksud 'Sesungguhnya kami (Allah) telah menciptakan manusia dalam bentuk yang 'sebaik-baiknya' kemudian kami (Allah) kembalikan dia ketempat yang serendah-rendahnya.' Sebagai manusia yang di beri nikmat akal fikiran memang berbeza daripada makhluk lain seperti binatang, tanaman dan batu bata. Oleh itu seruan kepada kebersihan merupakan satu tanggongjawab di kalangan manusia supaya di laksanakan dengan jayanya. Tambahan tujuan program Mampan ialah untuk mewariskan kepada generasi masa depan (anak-anak cucu) persekitaran yang lebih baik daripada apa yang kita rasai supaya mereka boleh bersyukur dan mengingati sumbangan bakti kita.
Beberapa hari yang lalu seorang penduduk pangsapuri menghantar sms kepada saya agar menyelitkan mesej menjaga akhlak di kalangan remaja kerana di dapati mutakhir ini ramai remaja di pangsapuri yang terlibat dalam gejala sosial, kurang mendengar nasihat serta bergaul bebas. Tidak ada sumber lain yang dapat saya fikirkan selain konsep menjadikan diri seorang remaja sebagai ' best of the best' (terbaik daripada yang terbaik) sebagai dorongan mengubah sikap dan akhlak remaja.
Saya turut mengajak remaja yang semuanya memakai kemeja kuning jingga (orange) warna koporat Skuad Bersih pagi itu agar membersihkan diri, jiwa, peribadi dan berjaya di mana sahaja mereka berada jika ingin menjadi insan yang terbaik.
Akhlak terbaik ialah bersyukur dengan nikmat kehidupan. Bila remaja skuad bersih di tanya siapa memberi 'nyawa' semua menjawab Allah. Salah satu sifat bersyukur kepada anugerah nyawa oleh Allah ialah melaksanakan semua perintahNya terutama kebersihan. Bersihkan diri bangun awal pagi dan bersujud mengucapkan terima kasih kepada Allah akan mendorong insan untuk menjaga kebersihan yang lain, di rumah dan di persekitaran. Ia turut mengawal hati daripada membuat maksiat dan menyusahkan orang lain termasuk mengubah sikap untuk menghormati ibu bapa, jiran, orang tua dan guru.
Terus saya berkongsi pengalaman betapa remaja di Malaysia amat bertuah kerana di negara jiran Indonesia khususnya Bandung yang baru saya lawati ramai anak-anak 'putus sekolah' (tidak dapat meneruskan belajar) kerana suasana kemiskinan. Anak-anak juga menjadi anak-anak jalanan yang kurang makanan, kurang asuhan serta tiada tempat tinggal. Ibu bapa mereka membiarkan mereka sedemikian kerana kurang mampu menyara keluarga.
Alhamdulillah program pagi ini selesa di lancarkan dan turut di sertai pegawai Alam Flora yang memberi nasihat menyokong konsep 'best of the best'. Wakil syarikat CGV turut menyediakan tong untuk peserta pangsapuri mengisi minyak terpakai. Bila tong sudah penuh minyak akan di beli semula dan wangnya akan di sumbangkan kepada pengurusan Surau AlHijrah.
Saya juga mengajak penghuni pangsapuri yang berdekatan agar menyertai projek ini, iaitu usaha meyokong bukan mengagalkan. Almaklum katanya pesaing kepada syarikat yang membeli semula minyak masak ini ramai, ada yang menawarkan harga lebih tinggi dan mereka mengambil jalan mudah mengheningkan semula minyak terpakai sebagai minyak masak baru (harga murah) dalam plastik tanpa berjenama. Kesan kesihatan hasil kimia menjernihkan minyak agak menakutkan kerana ia merupakan potensi penyakit kanser selain meningkatkan kolesterol.
Apa pun sebaik saya meninggalkan majlis tanpa menjamah jamuan ringan kerana ada pertemuan dengan seorang teman daripada Jakarta di rumah adik saya, saya terfikir-fikir siapalah yang dapat meraih tahap 'best of the best'. Adakah ia satu ilusi (khayalan) atau ia satu motivasi diri yang perlu sentiasa lebih baik setiap saat demi mencari keredhaan Allah. Dan hanya Allah Penghakim tahap pencapaian kita walau di mana kita berada dan siapa pun kita. WaAllahua'lam
No comments:
Post a Comment