



Binaan masjid sedang memasuki tingkat kedua
Bangunan asrama pelajar
Ustaz Afif timbalan mudir dengan tetamunya
Mengabdikan minat berhampiran blok sekolah
Tetamu mendoakan SBS terus maju jaya

Salam
21-24 2010 April membawa 6 musafir ke Jakarta-Bandung-Garut sekali lagi. Allah izin 21hb juga hari pertama pesawat KLM memulakan penerbangan ke Jakarta setelah seminggu tidak beroperasi kesan letupan gunung berapi di Iceland.
Tujuan lawatan ialah untuk 'site-visit' bangunan SBS yang di jangka siap dalam bulan Jun bagi pengambilan pelajar pertama awal Julai 2010.
Musafir yang agak meletihkan kerana Garut merupakan wilayah yang memakan masa 2 jam perjalanan daripada Bandung. Untuk ke Bandung Memakan masa perjalanan 3 jam dari Jakarta. Tolak campur antara 5-6 jam perjalanan merupakan satu 'ujian' jika tidak betul nawaitu.
Awal perancangan kami ingin terus ke Bandung. Khabarnya harga tiket AirAsia ke Bandung lebih dua kali ganda tambang KLM ke Jakarta. Apa pun kami perlukan bantuan keenderaan dari Jakarta lantas kami buat keputusan via Jakarta. Masing-masing memang 'excited' ingin melihat tertegakkanya wawasan SMS di Garut. Tidak sabar rasanya untuk terus sampai ke sana.
Pak KMT selaku pemilik projek yang kurang sihat sewaktu kami tiba di Jakarta menasihatkan kami berhati-hati dengan cuaca dan makanan sewaktu bermusafir kerana teman-temannya yang baru pulang di beritakan semua mendapat rawatan hospital. Satu maklumat yang menggerunkan juga terutama kami ini kumpulan warga emas.
Apa pun tekad yang kuat memungkinkan kami rancang makanan awal iaitu dengan membawa bekalan lauk pauk dari rumah. Alhamdulillah barakah kerana semua dapat menikmati makan malam yang enak bila sampai di Ascott malam itu termasuk tuan rumah. Khabarnya beliau baru keluar hospital kerana migrain, dehydration dan demam.

Awal 6 pagi waktu Jakarta (7 pagi Malaysia) kami bertolak santai dengan dua keenderaan. Kaum lelaki menaiki satu kereta, kami para wanita dalam satu kereta berasingan untuk memudahkan perbincangan. Alhamdulillah, di pertengahan jalan kereta kami di sertai Pak Mario mewakili Pak KMT dengan membawa ongkos perbelanjaan sekaligus, alhamdulillah.
Senario yang begitu sayu di hati kami kerana kini tanah di Garut berubah wajah. Tersergam bangunan dalam binaan dan pekerja sepanjang jalan masuk yang 'precarious' (menggerunkan curamnya) bekerja keras. Jawapan sms saya berhubung SBS kepada Pak KMT berbunyi ' Alhamdulillah progress fantastic! kami jumpa Ust Afif timbalan Mudir. Komit dia. Cari pelajar sampai ke ceruk kampong. Pekerja juga cepat kerja. Kami semua very happy, satisfied and excited to see the school jadi kenyataan. Syukur. Di jawab pantas 'Alhamdulillah'
Tiga fasa awal pembangunan ialah jalanraya, masjid dan sekolah termasuk asrama. Doa kami semua perancangan dapat bergerak serentak bagi memudahkan pelaksanaan. Kumpulan kami melibatkan diri dalam aspek 'software' pemilihan dan kriteria guru, murid, kurikulum dan kaedah pengajaran. Dalam suasana ramai kami berada di Malaysia harapannya dokumen yang di hantar dapat di manfaatkan kerana kita kena rai juga 'the Indonesian way of doing things' untuk menghasilkan sesuatu perancangan.
Alhamdulillah bila sampai semula ke Jakarta setelah melalui 'macet'(kesesakan jalanraya) dan ujian bermusafir kami bersyukur dan sentiasa mendoakan yang terbaik untuk SBS. Pelbagai kejadian mencuit hati berlaku sepanjang kami bermusafir yang akan menjadi kenangan manis bersama. Dalam hati saya bersarang 1000 satu macam perasaan dan persoalan. Adakah sempat kami melihat sekolah ini dalam umur senja kami? Bila lagi kami akan bersama kerana kebersamaan amat kritikal dalam jalinan dan kemantapan ukhuwwah. Semasa bersamalah kami merancang akan menghadiri kuliah Ust Miftah setiap petang Ahad, kuliah Fiqh semasa di MPP Zon 3 setiap pagi Isnin, merancang ke Masjidil Aqsa dalam bulan Jun dan insyaAllah kalau ada umur dan rezeki akan bersama sebulan sepanjang Ramadhan di Mekah. Banyak program tu...harap-harap sihat selalu demiMU dan kebenaran agamaMU ya Allah.
No comments:
Post a Comment