Salam
Rata-rata saya mendengar keluhan 'tension' di kalangan keluarga dan teman. Bila di sorot perkembangan mutakhir memang siapa pun akan 'tension.' Yang terakhir kematian seorang pelajar 15 tahun ditembak Polis di Seksyen 11 Shah Alam. Semua orang rasa 'tak selamat' dengan pihak polis. Seorang ahli kariah kawasan perumahan rumah saya rumahnya di masuk pencuri. Habis semua barang kemas dan yang berharga lesap di bawa penyamun siang hari. Waktu itu keluargnya balik kampong. Sekarang ini semua orang tension nak tinggalkan rumah. Paling tertekan dan tension ialah berita yang di gembar gemburkan tentang keputusan pilihanraya Hulu Selangor, ramai yang tension mendengar berita sumbang dan kurang tepat daripada media perdana. Nasihat saya kepada isu terakhir itu ialah tutup tv jangan beli akhbar. Ramai yang kata saya dah berbalik ke zaman primitif tanpa menyedari ramai yang macam saya mendapat berita daripada maya (langit)
Seorang ahli dari barat, Barthelemy-saint-Hilaire pernah berkata "Politik adalah tenggelem dalam berbagai kesulitan yang berterusan sehingga tidak punya kesempatan untuk mendalami hal-hal prinsip."m.s 285 Atlas Perang Salib oleh Sami bin Abdullah al-Maghluts, 2009, penerbit Almahira.
Meneliti kata-kata ini dan melihat kesan politik di sekitar, saya setuju kerana tekanan akibat pelbagai kesulitan yang berlaku amat ketara. Matlamat telah menghalalkan semua cara. Baik atau buruk, bermanfaat atau merosakkan orang lain bukan jadi penilaian lagi.
Seorang ibu tunggal mengadu kepada saya kiosk krafnya di potong bekalan letrik dan kini menunggu permohonan mendapatkan meter persendirian yang mungkin mengambil masa. Dia terus pulang ke kampong menjalankan kerja 'pencuci' rumah. Kesulitan yang nampak kecil di mata TNB/PBT amat besar kesannya kepada seorang wanita yang cuba menyara kehidupan, namun jawapan ringkas pihak berkuasa hanyalah 'kami cuma menjalankan tugas.'
Tension boleh di leraikan dengan beberapa 'pintu' yang pada saya penting di beri perhatian semua orang. Saya juga tertekan dengan pelbagai isu dan masalah, tapi dengan izin Allah saya di tampilkan dengan pelbagai 'peluang' meleraikan tension. Selain melalui bacaan dan rujukan buku-buku yang di nukilkan ulamak muktabar (yang terbukti soleh) saya membiasakan diri membaca Quran bertalaqi (membaca quran di hadapan Ustaz yang bersanad- bertaliarus cara pembacaan sehingga sampai kepada sumber asal iaitu daripada Rasulullah saw sendiri). Pintu pertama ini di perkukuh dengan kelas tafsir Alquran Miracle 15 in 1 pada setiap Ahad jam 9.00 malam. Sebaik sahaja keputusan pilihanraya Hulu Selangor di umumkan pada hari Ahad baru-baru ini kami terus fokus mendengar kuliah.
Ustaz yang mengupas ayat surah Alfatehah menegaskan kita kena tahu keinginan Allah dan untuk itu mau tak mau kita mesti baca AlQuran, kerana di dalamnya tersurat dan tersirat apa yang Allah inginkan untuk kita hambaNya yang lemah. Ringkasnya jika kita tertekan BACA ALQURAN.
Dalam suasana masih tension hari Isnin sebelah malamnya saya di pertemukan dengan AJK baru Surau Arryan mewakili kumpulan pemuda. Mereka menyenaraikan pelbagai program untuk masyarakat dan remaja supaya dapat di dokong oleh MPP Zon 3. Antara program untuk menyerikan Dataran Ilmu di Taman Tasik ialah 'speakers' corner' dalam bahasa Inggeris untuk remaja sekolah. Saya sukalah program ini kerana ia akan mengasah bakat dan kemahiran di kalangan remaja. Lantas tekanan hilang dari benak saya. Oleh itu pintu kedua hilangkan tension ialah ' BUAT KERJA AMAL MELALUI KERJASAMA DALAM SATU PASUKAN'. Pulang malam itu boleh tidur lena selepas berdoa Allah satukan hati umat Islam dalam kerja-kerja kebaikan.
Hari Selasa pagi saya di kunjungi seorang ibu tunggal yang mencadangkan sebuah NGO di ujudkan khas untuk golongan seperti beliau kerana suaminya baru sahaja meninggal dunia. Pertubuhan Mawaddah Malaysia katanya melibatkan remaja dan kerja kemanusiaan Palestin. Dia perlukan sebuah NGO khusus tapi mesti di pimpin oleh saya. Pelik bunyinya tapi ia satu perleraian banyak isu juga kerana ibu tunggal merupakan golongan terbesar di negara kita sekarang, kesan kahwin cerai dan sikap tidak bertanggongjawab banyak pihak. Nampaknya ibu tunggal yang datang bertemu saya ini mempunyai pengalaman yang luas dan memang bidang pengelibatannya ialah mengajar 'tuisyen'. Saya sarankan NGO itu juga libatkan golongan wanita
yang tidak berkhawin supaya kita juga dapat membantu mana-mana andartu yang mengalamai tekanan hidup. Lantas pintu ketiga hilangkan tension ialah 'FOKUS UNTUK MEMBANTU JANDA-JANDA, ANAK-ANAK YATIM DAN ORANG MISKIN' kerana ini perintah Allah dalam banyak ayat AlQuran.
Hari yang sama ada kuliah Aqidah di Surau AtTaqwa mengupas AsmaulHusna (Nama-nama Allah). Pagi itu nama yang di kupas ialah "AlHayyu" atau 'Menghidupkan'. Antara saranan yang saya terkesan ialah bagaimana manusia boleh meniru sifat Allah dengan 'menghidupkan' hati orang yang kita dampingi. Antara sifat yang dapat 'menghidupkan' hati yang mati, keras dan hambar ialah dengan berkata yang benar, baik dan mesra. Juga dengan memberi sedekah sambil berdoa semoga Allah 'hidupkan' persaudaraan Islam. Lantas pintu keempat menghilangkan tension ialah HADIR MAJLIS ILMU DENGAN PENUH KEFAHAMAN DAN KESEDARAN'
Petang Hari Selasa saya berkesempatan ke Restoran Mo'meen di Seksyen 7. Restoran berkonsepkan makanan segra francise daripada Mesir menampilkan petugas berbangsa Arab bersama dengan crew remaja tempatan. Menunya campur arab dan makanan segra ala macdonald terutama air hidangan set ialah pepsicola. Rakan kongsi Malaysia merupakan seornag teman lama, seorang Dato', katanya pelaburan menelan belanja 2 juta RM. Tapi katanya jualan laris sejak pembukaan pada 20 April yang lalu. Saya pun melihat ramai pelajar IPT menjadikan tempat kemas dan sunyi dua tingkat ini tempat belajar. Menikmati keindahan dan kebersihan sekitar restoran hati yang tenang dan nyaman, satu peleraian tension yang terbawa-bawa daripada suasana sibuk di luar. Lantas pintu kelima meleraikan tension ialah MAKAN MAKANAN RINGAN DAN BERTEMU TEMAN LAMA SAMBIL MENYOKONG PROJEK YANG DI USAHAKAN AGAR MAJU.
Pintu keenam menghilangkan tension berlaku bila saya di pertemukan dengan seorang mudir Maahad Tahfiz Alquran Wal-Qiraat. Dia ingin memohon kawasan acara memanah (archery) untuk pelajar Maahad dan juga dengan masyarakat serta tempat berkuda. Sambil merujuk kepada maksud sebuah hadis Rasulullah saw yang menggalakkan tiga acara sukan iaitu berenang, memanah dan berkuda beliau berazam mendedahkan pengalaman sukan ini kepada pelajarnya. Terkini beliau sedang merancang menubuhkan Kolej dan Universiti AlQuran di Shah Alam dan minta bantuan saya membuat temujanji untuk memohon rumah Exco di Seksyen 7 sebagai kampus.
Saya dan suami macam terpukau dengan pertemuan itu. Memang kami ada wawasan ingin melihat Universiti Alquran, kini peluang di depan mata kerana rumah Exco hanya di sebelah padang pejabat MPP Zon 3 dan di hadapan Surau AtTaqwa. 'Berdoalah jadi kenyataan' suami saya berbisik. "Allah nak kita lihat indahnya impian sebelum kita mati" Saya menjawab. Inilah pintu terakhir menghilangkan tension. BERAZAM MENJADIKAN WAWASAN ALQURAN DI UTAMAKAN SEBAGAI SATU KENYATAAN.
Melalui blog ini saya ingin berkongsi dengan ahli keluarga saya, teman dan rakan bahawa tekanan di sekitar boleh di leraikan melalui 6 pintu-pintu di atas. Sunnahtullah mensyaratkan kita berusaha dulu baru dapat hasil. As you sow you will reap. Marilah kita tanam kebaikan AlQuran dalam taman hati kita supaya tumbuh di akhirat nanti buahnya yang manis. WaAllahu'alam
Salam. Well written. We can include this as appendix to our main paper to get sponsors.
ReplyDelete