NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Sunday, May 2, 2010

MENANAM POKOK IMAN




Gambar-gambar:

Di lapangan terbang SAA Subang
Persembahan pelajar
Bersama pelajar Maahad
Bersama para guru



Salam

Alhamdulillah, dengan izin Allah jua modul "Finishing School' fasa 1 berjaya di lancarkan pada 30 April 2010 bertempat di Maahad Al Quran dan Bahasa Arab Lilbanat AlManar Kg Bukit Akar Pasir Putih Kelantan.

Fasa 1 berteraskan modul pengukuhan jatidiri dan melakar wawasan diri. Objektif fasa ini ialah menanam pokok iman dalam jiwa peserta berkonsepkan diri mereka amat berharga (precious), a gift to the world (Hadiah kepada dunia).

Fasilitator 'finishing school' amat teruja dengan penampilan 30 pelajar banat (perempuan/girls) AlManar yang hebat-hebat semuanya, dari pelajar tingkatan 2, 3, 4 dan 6.

Seawal pagi kami rasa selesa dengan penerbangan 'firefly' melalui lapangan terbang Sultan Abdul Aziz Subang (SAAS) yang kini telah di ubahsuai dengan persekitaran 'cosy' dan indah. Setibanya di lapangan terbang Sultan Ismail Petra Pangkalan Chempa kami di sambut mesra dan terus ke Maahad di mana pelajar berbaris menunggu dengan ceria. Persekitaran penuh kehijauan menggamit nostalgia kami yang berasal dari kampong, sambil dapat berkenalan dengan para guru yang muda-muda belaka dan kemudiannya menikmati hidangan makanan yang enak masakannya.

Program menanam pokok iman merupakan proses mengajak remaja 'finishing school' memanfaatkan umur singkat menjadi remaja yang hanya sekali dalam kehidupan (antara 5-7 tahun) sebagai tapak semaian yang subur membina keyakinan diri bahawa mereka insyaAllah akan menjadi 'the best of the best' jika benih iman tumbuh subur di jiwa.

Kalau sebelum ini seruan 'the best of the best' kepada peserta Skuad Bersih di Shah Alam kurang mendapat sambutan, di kalangan pelajar AlManar kata-kata tersebut bergema!! MasyaAllah... Dalam hati saya berbisik 'aku di tempat yang tepat di hadapan pewaris dan kepimpinan Islam masa depan.'

Program demi program yang kami jalankan mendapat sambutan termasuk pakej yang di panggil 'HIJAB'. Modul ini mengajak remaja melihat apakah yang mengHIJAB hati mereka daripada tampil sebagai umat 'the best' seperti janji Allah dalam AlQuran. Demonstrasi yang di jalankan terkesan di jiwa mereka kerana setitik pencemaran hitam (maksiat) yang di masukkan ke dalam gelas hati yang jernih putih akan terus menjadi keruh. Untuk menjernihkan kekeruhan/maksiat tersebut mengambil masa yang lama.

Masing-masing kumpulan mampu menganalisa proses pencemaran dan kaedah pembersihan jiwa yang di cemari nafsu, maksiat dan gangguan syaitan dengan baik sekali, alhamdulillah. Inilah bezanya pelajar yang berilmu kerana mereka di beri kecerahan untuk berfikir berlandaskan kebenaran Alquran kesan menghafal ayat-ayat suci yang tersimpan dalam dada. Sewaktu bertaaruf kami kagum dengan cita-cita mereka untuk mempertahankan kebenaran AlQuran melalui pelbagai wawasan kerjaya termasuk seorang peserta yang ingin menjawat jawatan Menteri Hal Ehwal Wanita. Amiin.

Bengkel yang di jalankan berjaya mencongkil kreativiti pelajar, antaranya public speaking, rekabentuk busana Muslimah dan pelbagai melodi baru nasyid 'MUHASABAH CINTA'. Sebagai fasilitator kami insaf betapa ramai lagi remaja di luar sana yang kurang peluang untuk di bimbing menyalurkan potensi mereka ke arah berkreatif. Sebaliknya bila di biar bersendirian tanpa panduan atau silap memilih teman ada yang bertindak liar, merosak diri dan menggangu orang lain sebagai jalan keluar meluahkan perasaan remaja yang membara.

Kami memang terpanggil dengan isu cinta remaja hari ini yang tidak terkecuali melanda pelajar Maahad. Lantas kami fokus untuk mengukir dalam jiwa remaja 'finishing school' sebuah keinsafan sepertimana yang di sebut dalam Alquran tentang Nabi Yusuf a.s. ketika di goda cinta wanita. Baginda terus menyebut ' Aku berlindung kepada Allah'.

Tambahan lagi fasa menanam pokok iman tidak boleh di serabutkan dengan menanam benih cinta yang berteraskan nafsu dimana mengikut falsafah hari ini semuanya 'serba boleh'. Analogi remaja kononnya kalau artis Brat Pitt dan Angelina Jolie boleh bercinta dan mempunyai anak tanpa perkahwinan, kenapa mereka tak boleh?? begitu dahsyatnya pengaruh artis dan media barat di hati remaja hari ini. Hasilnya isu membuang bayi dan penderaan yang di laung-laungkan dalam media perdana bukanlah suatu yang menghairankan.

Tayangan VCD 'Laskar Pelangi' di sebelah malamnya banyak memberi pengajaran dan keinsafan kepada pelajar kerana mereka mulai menghargai ilmu yang sentiasa di hidangkan kepada mereka sedangkan ramai lagi penduduk di dunia ini yang tidak berkemampuan menimba ilmu dek kemiskinan dan penjajahan. Pelajar juga belajar berpegang kepada pendirian "di mana ada azam di situ ada jalan.'

Kini saya terngiang-ngiang ingin mendengar pelajar AlManar melaungkan 'Best of the best' dan 'AllahuAkbar'. Begitu juga betapa lunaknya suara dua pengerusi majlis mempertuturkan kalimah dalam bahasa Arab dan bahasa Inggeris dengan fasih. Mengungkap kata-kata pembantu fasilitator 'inilah tempat yang saya ingin berada. Jika ada di kalangan adik-adik yang berhajat nak keluar Maahad hari ini mari ganti dengan saya. Adik-adik ambillah diploma saya, saya akan ambil tempat adik-adik. Semua yang mendengar tercuit hati dengan kelucuan kakak fasi, namun saya hajat sangat kata-kata tersebut menjadi inspirasi kepada pelajar Maahad bahawa mereka adalah golongan 'precious: a gift to the world."

Precious, suatu yang berharga bagi seorang remaja perempuan membawa erti asli, original dan masih suci. Harapan saya untuk remaja perempuan walau di mana dan siapa pun mereka, mereka hendaklah menanam pokok iman di hati masing-masing supaya ia tumbuh subur menghasilkan buah yang mekar dan manis untuk di persembahkan kepada dunia sebagai contoh remaja terbaik, 'the best of the best'. Setelah mereka meninggalkan alam remaja kenangan indah menjadi remaja contoh yang suci pasti akan mewarni hidup berkeluarga dan bermasyarakat insyaAllah.

Dalam diam saya memasang hasrat agar remaja Maahad AlManar tampil mencontohi remaja yang pernah di iktiraf dalam Alquran Surah Al Kahfi ayat 13 bermaksud "Sesungguhnya mereka adalah pemuda-pemuda (remaja) yang beriman kepada Tuhan mereka dan Kami tambahkan petunjuk kepada mereka." Amiin.

1 comment:

  1. salam. Bila dah 82 tahun, maka silap tekan. Baca komen dalam post yang sebelum ini.

    ReplyDelete