NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Tuesday, December 15, 2009

DEMI MU IISG (INTEGRATED ISLAMIC SCHOOL GARUT)



1. Di hadapan Hotel Jayakarta Bandung
2. Hj Kamardin dan Ibu Hanifah
3. Bangunan asas IISG
4. Senario pergunungan di Garut
5. Kumpulan pakar


Salam

Tarikh 11-15 Disember 2009 bersejarah bagi IISG (Integrated Islamic School Garut) kerana rombongan



pakar-pakar pendidikan, jurutera, arkitek dan pegawai pertanian telah mengadakan lawatan ke tapak cadangan pembinaan sekolah.

Di akhir lawatan keputusan di buat bahawa apa pun terjadi projek hendaklah di teruskan dengan izin Allah. Sehingga ada di kalangan rombongan yang menyatakan 'Demi Mu IISG kami sanggup berkorban apa sahaja.'

Tiga kaedah I di jadikan asas program IISG iaitu Ikhlas, Itqan dan Istiqamah. Ia juga berteraskan iman yang mendalam, perancangan yang rapi dan usaha yang berterusan.

Saya sendiri terpegun dengan kebesaran Allah yang telah menyatukan kami daripada Malaysia dan wakil daripada Indonesia secara penuh silaturahmi...sms saya kepada Hj Kamardin sebaik tiba di Garut
"Salam. Kami dah sampai kawasan tanah tinggi Garut. Pertama kali dah terpikat. Kalau tanam bunga macam Cameroon Highland memang captivating (tangkap minat). Tapi tanam taman bunga TAQWA di hati
anak-anak lagi cantik. Tahniahlah memilih Garut. Alhamdulillah buat masa ini."

6. Tanaman karot yang segar

Terus di jawah Hj Kamardin "Alhamdulillah..let me tell all of you, Allah beri kita peluang to invest in the BEST BUSINESS ever dan jangan lepaskan peluang ini..I also like to tumpang..salam'

Tergelak juga saya dan Puan Ngasobah membaca Hj Kamrdin tuan punya tanah nak 'tumpang', sebelum itu Puan Ngasobah dah terfikir nak buat blog tajuk "Tumpang Impian' kerana beliau memang ada impian mendirikan IIS. MasyaAllah...hati-hati yang berputik semangat inginkan Islam tertegak di muka bumi ini memang punyai impian yang sama.

Kerinduan saya memancing dan melihat keindahan tanaman seluas mata memandang tercapai di Garut. Begitu besar nikmat alam yang belum tercemar, ikan yang begitu banyak, letak pancing terus mengena...manisnya kalau di bakar...insyaAllah akan datang lagi siri lawatan kedua, mungkin dengan beberapa ahli KOHATSA, pastinya untuk memancing!

Begitulah nukilan pertama saya demimu Garut bumi Allah yang menjadi pilihan IISG, semoga Allah berkati dan di permudah urusan termasuk menampilkan pendokong, petugas dan kepimpinan yang di redhai Allah. WaAllahu'alam.

7. Kawasan pertanian

8. Memancing ikan.

No comments:

Post a Comment