NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Sunday, April 11, 2010

SELANGOR WIRELESS CITY ( SWC)




Salam

Sabtu 10 April 2010 jam 8.30 malam satu upacara 'soft launching SWC' telah di adakan di Medan Selera Seksyen 2 Shah Alam. Majlis di rasmikan YB Rodziah Ismail Exco Sains teknologi & Innovasi yang membawa mesej kerajaan negeri akan memberi pelbagai kemudahan dan berkongsi kemewahan dengan rakyat menuju negara maju dan bertamaddun.

Datuk Bandar turut hadir dan menyarankan agar JARING selaku partner projek menyebarluaskan kawasan capaian wireless. Setakat ini hanya 5 lokasi yang akan dapat khidmat wireless iaitu seksyen 2, 3, 9, Kompleks PKNS, dan Dataran Shah Alam. Tujuannya agar lebih ramai penduduk terutama warga muda dapat melayari internet untuk pendidikan di mana sahaja mereka berada.
Satu senario yang tercanggih sekiranya penduduk Shah Alam bertindak 'educated' dengan masing-masing mudah berkomunikasi untuk mempercepatkan urusan dan pembelajaran melalui wireless. Namun melihatkan perkembangan mutakhir ini lebih ramai yang TIDAK suka menimba ilmu berbanding berhibur dan berpeleseran.

Bila sebut 'ilmu' semua sumber baru di anggap ilmu kepada yang belum tahu, tetapi Alquran menyebut ilmu sebagai 'Iqra' bacalah, satu perintah yang jatuh WAJIB, kalau tak membaca berdosa. Membaca dan faham adalah sinonim atau sama nilainya kerana melalui kefahaman sahaja seseorang itu boleh bertindak dengan bijak. Anihnya umat lslam membaca Alquran tanpa faham, natijahnya semua perintah Alquran kena langgar buta-buta.

Sewaktu dalam majlis seorang teman menghantar sms melahirkan kebimbangan SWC akan lebih banyak kesan negatif kerana fenomena salahguna kemudahan berleluasa. Khabarnya remaja sekolah menengah ramai yang tercicir dan lebih ramai yang tidak menunaikan solat Jumaat semata-mata kerana berkunjung ke cyber cafe bermain 'game'. Saya akur dengan keperihatiann ini kerana masyarakat Malaysia kini berada dalam 'dunia tanpa sempadan' bila melayari internet. Semua perlakuan makhluk bumi akan terpapar dalam layar internet. Jika kita tidak ada sekatan, kesan negatif mudah mengalir dalam minda remaja lelaki dan perempuan yang sedang membesar dewasa. Konsep hidup-mati, berkeluarga, beribadah, berbakti dan menjadi pemimpin belum begitu jelas dan mantap kepada mereka. Tanpa tarbiyyah yang berpandukan kebenaran mereka mudah terpengaruh dan silap-silap haribulan mereka yang akan memusuhi kebenaran yang ingin di tegakkan itu sendiri.

Apa pun majlis serba ringkas telahpun memungkinkan pengunjung Food Court di Seksyen 2 menikmati kemudahan yang di janjikan. Kian ramai pelajar IPT akan mengunjungi Food Court ini tanpa mereka perlu mencari-cari tempat capaian internet. Saya hanya berdoa lebih ramai pelajar akan dapat menembusi bidang ilmu yang membuat perbezaan supaya akan menjadi sejarah bahawa mereka berketerampilan kesan kemudahan yang bertaraf 1st class di sertai minda yang excellent class. Oleh kerana minda adalah hak Allah, kepada Allahlah kita kena memohon mendapatkanya. Amiin.

No comments:

Post a Comment